Malam Yang Indah

4.4K 143 1
                                    

Nur memandang bangunan bangunan yang bercahaya dan lampu lampu yang menerangi malam dari atas bumbung bangunan. Dhiyan telah membawa dia kesini. Dipandangnya Dhiyan di sebelah yang memandang langit.

"Sayang.. Tengok tu. Ada bulan dan bintang," ujar Dhiyan. Ralit memandang langit.

Nur di sebelah turut mendongak ke langit. Kelihatan bulan mengambang dan bintang yang bertaburan. Cantik sekali.

Dhiyan mula memandang Nur. Dia merapati Nur. Dari belakang dia memerangkap Nur. Kedua dua tangannya diletak di palang bangunan. Tidak mahu Nur lepas. Dagunya diletakkan di bahu Nur.

"Dulu kita selalu lepak kat atas bumbung kan sayang," ujar Dhiyan mengenang masa lalu. Bahu Nur diciumnya.

Jantung Nur berdebar laju. Dia rasakan Dhiyan sangat romantik malam ni. Dia hanya diam.

"Sayang.. D penat," luah Dhiyan. Tangannya mula melingkari pinggang Nur. Memeluk Nur.

"Kenapa D?" Tanya Nur. Kepalanya dipaling sedikit memandang Dhiyan. Tangannya diletakkan di tangan Dhiyan. Terasa tenang dalam pelukkan Dhiyan.

"D kalau boleh nak semua orang tahu yang D dah kahwin. Jalan dengan sayang pun tak perlu sembunyi lagi. Bebas macam dulu," ujar Dhiyan. Dia tak nak lagi menyorokkan identitinya.

"Nur nak macam tu juga. Tapi D kan penyanyi. Kalau ada yang tahu D dah kahwin jatuh lah kerjaya D," balas Nur.

Dhiyan mengeluh. Tidak tahu apa perlu dibuatnya. Syarikat rakaman yang dia tengah bekerja tidak tahu dia dah kahwin. Ahli kumpulan TRIO pun tidak tahu. Demi cita cita dan impian dia terpaksa merahsiakannya.

Nur berpusing menghadap Dhiyan. Tangannya disangkutkan di leher Dhiyan. Matanya tepat memandang mata Dhiyan.

"Sabar ya D," pujuk Nur lembut.

"Suatu hari nanti D nak beritahu pada semua orang yang D ada isteri yang comel ni. D nak dunia tahu yang kita bahagia," ujar Dhiyan.

"Nur pun nak semua orang tahu yang suami Nur ni penyanyi yang kacak. Hanya milik Nur seorang. Biar semua orang cemburu," Nur ketawa suka.

Dhiyan turut ketawa. Perlahan lahan ditariknya kepala Nur lalu Dhiyan mencium bibir Nur. Nur memejam mata membalas ciuman Dhiyan.

"Sayang. Jom kita balik. Sambung kat rumah," ajak Dhiyan sambil senyum nakal.

"Mengada," balas Nur sambil menjeling geram.

Mereka berdua berjalan pulang ke rumah beriringan. Malam masih awal.

* * *
Nur malu malu bila Dhiyan membelai rambutnya. Kepalanya ditundukkan. Mereka berdua telah pulang ke rumah dan berada di dalam bilik mereka bersama.

"Sayang..," panggil Dhiyan lembut. Kepala Nur diangkatnya supaya memandangnya.

"Emmm..," sahut Nur memandang mata Dhiyan.

"Izinkan D malam ni boleh?" Pinta Dhiyan.

Jantung Nur berdebar. Dia tahu apa yang dimahukan Dhiyan. Perlahan lahan dianggukkan kepalanya. Dia juga inginkannya.

"Terima Kasih sayang," suara Dhiyan yang romantik membuatkan Nur makin tidak keruan.

Dhiyan mencium bibir Nur. Dia berasa geram dengan Nur. Dia memang dah terlalu cintakan Nur. Terlampau banyak sehingga tidak dapat dihitung.

Satu persatu baju Nur ditanggalkan Dhiyan. Nur hanya diam. Dia malu. Dhiyan membaringkan Nur. Dahi Nur diciumnya. Kemudian kedua dua pipi Nur dicium.

"I Love You sayang," ucap Dhiyan lalu mencium bibir Nur.

"I Love You too D," balas Nur. Dia memeluk Dhiyan erat.

Malam yang indah menjadi saksi. Cinta mereka berdua bersatu di lautan asmara. Semoga hari esok membawa sinar kebahagiaan yang berterusan tanpa halangan.

Cinta Kita [Complete]Where stories live. Discover now