Cincin

4.1K 145 0
                                    

Masa berlalu dengan pantas. Tidak lama lagi Dhiyan akan kembali semula ke luar negara. Lagu yang diciptanya hampir siap. Masanya banyak bersama dengan Nur. Hari harinya indah bersama Nur. Tiada masalah atau halangan yang mendatang.

Dhiyan memetik gitarnya. Memainkan lagu yang diciptanya. Terasa not not lagu sesuai dengan lirik lagunya. Dia mula menyanyi. Suaranya yang garau dan merdu itu memenuhi ruang tamu. Terleka dia seketika.

Dhiyan tersentak lalu berhenti menyanyi bila terdengar bunyi tepukkan. Dia memandang arah bunyi itu. Kelihatan Nur berdiri di pintu rumah sambil senyum.

"Selamat pulang sayang," ucap Dhiyan tersenyum.

Hari ini dia tidak menjemput Nur pulang ke sekolah kerana Nur ada aktiviti kelab dan pulang waktu petang.

"Best lah lagu D buat," kata Nur. Dia duduk di sebelah Dhiyan.

"Mesti lah best. Tengok lah sapa yang buat," Dhiyan konon mendabik dada.

Nur mencebik bibirnya. Menyampah pula dia rasa.

"Nyampah lah tu," ujar Dhiyan cuit hidung Nur. Dia ketawa kecil. Dia peluk Nur. Terasa rindu pula.

Nur membiarkan Dhiyan memeluknya. Dia suka dipeluk dan dimanjakan.

"Dah siap lagu D buat?" Tanya Nur ingin tahu.

"Dah sayang. D kalau boleh tak nak dah fikir pasal buat lagu ni. Tu yang D siapkan cepat," jawab Dhiyan.

"Bagus lah. Tak sabar Nur nak dengar lagu terbaru D ni," ucap Nur sambil senyum. Dia suka dengar Dhiyan menyanyi.

Dhiyan ikut senyum. Dahi Nur dicium sayang. Kalau boleh hari hari dia nak berkepit je dengan Nur.

"Sayang.. Ada bau sesuatu lah," Dhiyan menghidu hidu. Dia mula ingin menyakat Nur.

"Bau apa D?" Tanya Nur. Dia ikut hidu hidu juga.

"Bau masam busuk lah. Macam ada orang tak mandi. Bau peluh. Sayang ada bau tak?" Kata Dhiyan. Beriya iya dia mencari punca bau tu.

Nur yang dengar Dhiyan berkata begitu terus memukul lengan Dhiyan.

"Saja lah tu kan," Nur muncung bibir tanda tidak puas hati. Ada ke patut Dhiyan kata dia busuk. Wangi ni tau.

Dhiyan ketawa kuat. Suka dia tengok Nur merajuk.

"Pergi mandi lah sayang," suruh Dhiyan masih ketawa.

"Tak nak!" Protes Nur. Sengaja dia lawan Dhiyan.

"Ohhh.. Lawan ye. Meh sini. Biar D yang mandikan sayang," Dhiyan bangun lalu di angkatnya Nur. Dikendong Nur atas bahunya.

"Arghhh!! D!! Lepas lah!" Jerit Nur. Terkejut juga dia dikendong Dhiyan. Belakang badan Dhiyan dipukul pukulnya.

Dhiyan hanya ketawa. Dibawanya Nur masuk ke bilik lalu menuju ke bilik air. Nur cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya.

"Yeay! Kita mandi sama," kata Dhiyan seronok. Dia mengunci pintu bilik air sebaik sahaja masuk.

"D!!!" Nur hanya mampu menjerit geram.

* * *
"Sayang..," panggil Dhiyan lembut.

Nur buat tidak tahu. Saja dia buat buat merajuk. Badannya dia mengiring membelakangi Dhiyan. Tidak mahu pandang Dhiyan. Dia sebenarnya malu. Pertama kali mandi bersama Dhiyan. Dia menarik selimut menutupi badannya.

"Sayang.. Majuk lagi ke?" Tanya Dhiyan. Digaru kepalanya yang tidak gatal. Tak sangka pula Nur merajuk bila mandi bersama.

Dhiyan tidak tahu macam mana ingin pujuk Nur lagi. Sedang memikirkan idea tiba tiba dia teringat sesuatu. Dahinya ditepuk. Macam mana dia boleh lupakan benda itu. Cepat cepat Dhiyan bangun dari katil lalu menuju ke almari. Almari dibuka. Dhiyan mencari beg pakaiannya. Diselongkar beg pakaiannya. Akhirnya benda yang dicari dijumpai.

Dhiyan melompat naik ke katil semula. Dipeluknya badan Nur dari belakang. Tangan Nur dicapai lalu menyarungkan sesuatu di jari Nur.

"Untuk sayang D," ucap Dhiyan lalu mencium leher Nur.

Nur yang terkejut memandang jarinya. Kelihatan sebuah cincin silver yang berbentuk separuh love di jarinya. Cantik sangat cincin itu. Nur terus berpaling memandang Dhiyan.

"Cincin ni lambang cinta kita. Masa kita kahwin D takde kasi sayang apa apa pun," ucap Dhiyan sambil senyum. Rambut Nur dibelainya.

Nur terharu. Matanya mula berair. Dia teringat masa mereka berkahwin. Dhiyan memang tidak ada berikan apa apa pun padanya. Nur pantas memeluk Dhiyan.

"Sayang tak majuk lagi kan," kata Dhiyan turut memeluk Nur.

Nur menggelengkan kepalanya di dada Dhiyan tanda dia tidak merajuk lagi.

"Sebenarnya Nur tak merajuk pun. Nur malu kita mandi sama," luah Nur. Mukanya mula merah.

"Buat apa nak malu sayang. Kita suami isteri. D pun dah tengok pun," ujar Dhiyan sambil mengusik Nur.

"D ni kan.. Suka usik Nur. Suka sakat Nur," Nur perlahan melepaskan pelukan.

"Biar lah. Sayang D. Mesti lah kena usik," Dhiyan mencium pipi Nur laju laju tanda geram.

Nur ketawa suka. Dia turut mencium pipi Dhiyan. Sayangnya pada Dhiyan tidak pernah surut.

"Tapi kan D. Kenapa bentuk love ni separuh?" Tanya Nur. Dia membelek cincin yang diberi Dhiyan.

"Separuh lagi dekat D," ujar Dhiyan sambil mengenggam jari tangan Nur yang tersarung cincin. Kelihatan sebentuk cincin di jari Dhiyan. Sama seperti Nur.

"Cinta kita akan menjadi satu bila bersama," kata Dhiyan lagi. Dahi Nur diciumnya penuh kasih.

Nur tidak terkata. Tidak sangka Dhiyan sangat mencintainya. Jari tangan Dhiyan Nur turut genggam. Bersatu dalam genggaman.

Cinta Kita [Complete]Where stories live. Discover now