Salah Faham

4.2K 147 1
                                    

"Sayang.. Meh sini. Duduk sebelah D," Dhiyan memanggil Nur sambil menepuk nepuk tilam.

Sebaik sahaja mereka berdua selesai makan malam. Mereka telah masuk ke dalam bilik utama untuk berehat.

Nur yang baru sahaja selesai menyusun buku ke dalam begnya memandang Dhiyan. Dia terus menuju ke arah Dhiyan lalu duduk sebelah yang sedang menyandar di kepala katil. Nur turut bersandar di kepala katil. Kepalanya dilentok ke bahu Dhiyan.

"Emm.. D nak cakap apa ye?" Tanya Nur. Tangan sudah mencapai jari jemari Dhiyan lalu digenggamnya.

Dhiyan di sebelah Nur tersenyum. Dia membalas genggaman tangan Nur.

"D nak tanya sebenarnya ni. Sayang kata sayang maafkan D tapi kata D ada salah. D nak tahu apa salah D?" Soal Dhiyan lembut.

Nur terus memandang Dhiyan. Dia membetulkan duduknya lalu menghadap Dhiyan.

"D tak tahu salah D?" Soal Nur balik.

"Salah D yang D tahu sebab tinggalkan Nur sehari selepas kita kahwin," ujar Dhiyan.

Nur mengeluh perlahan. Kepalanya ditunduk.

"Sayang.. Jangan diam. Cakap lah apa salah D," Dhiyan ingin kepastian.

"D langsung tak balas emel Nur. Banyak Nur hantar. Satu pun D tak balas. Nur risau," kata Nur sambil dipicit jari Dhiyan tanda geram.

"Sayang ada hantar emek kat D? Bila? D tak terima pun. D tengok satu emel dari sayang pun takde. Jadi D fikir sayang masih marah D," ujar Dhiyan pelik.

Sepanjang dia di luar negara satu emel dari Nur pun dia tidak terima. Dia hanya fikir yang Nur marahkan dia dan tidak mahu hantar emel. Dia pun tidak lah hantar emel.

"D tipu," tuduh Nur. Mulutnya dicebiknya.

"Hei sayang. D tak tipu ok," kedua dua pipi Nur dipegangnya. Tepat memandang Nur.

"Sayang pergi ambil laptop sekarang. Tunjuk kan emel yang sayang hantar kepada D," suruh Dhiyan segera.

Nur turun dari katil menuju ke meja belajar lalu mengambil laptop kepunyaannya. Dia membawa ke arah Dhiyan. Laptop dibuka. Emel dibuka lalu ditunjuk kepada Dhiyan.

"Tengok ni. Nur ada hantar ok," Nur menunjuk emel yang dihantarnya kepada Dhiyan.

Dhiyan meneliti emel tersebut. Kemudian ditepuknya dahi sendiri. Tergelak dia sendiri.

"Sini sayang. Cuba tengok alamat emel yang sayang letak," Dhiyan menarik Nur duduk. Pinggang Nur dipeluk sebelah.

"Betul lah. Ni kan alamat emel D," kata Nur.

"Sayang.. Emel yang sayang hantar tak sampai ke D sebab salah. Sayang tertinggal satu huruf ok. Cuba tengok betul betul," ujar Dhiyan.

Nur meneliti alamat emel yang ditaipnya. Kemudian dia tersengih malu. Rupanya dia tertinggal satu huruf jadi semua emel yang dihantar kepada Dhiyan tidak sampai. Beriya iya dia ingat Dhiyan tidak membalas emelnya.

"Hehehe.. Salah rupanya ye," Nur gelak menutup rasa malunya. Dia mengaru garu kepalanya yang tidak gatal.

"Sayang.. Sayang..," D mengeleng kepala. Dia terus menarik Nur dalam pelukannya. Dicium pipi Nur berkali kali tanda geram.

"D.. Sudah lah," Nur meronta ronta ingin lepas. Mukanya sudah merah.

Dhiyan berhenti mencium Nur. Dia ketawa. Geram betul dia dengan isterinya ni. Dia masih memeluk Nur.

"Nur minta maaf ye," Nur memohon maaf. Rupanya ini hanya lah salah faham sahaja.

"Takpe sayang," Dhiyan tidak kisah. Hanya hal kecil sahaja.

"Terima Kasih," ucap Nur. Pipi Dhiyan diciumnya.

Dhiyan memeluk erat Nur. Rasa tenang bila memeluk Nur. Nur rasa selesa dalam dakapan Dhiyan.

"Sayang.. Esok cakap dengan Ezam yang D bukan abang sayang. Walaupun kawan kawan sayang tak tahu D suami sayang, sayang cakap lah yang D ni kekasih sayang," kata Dhiyan. Ada rasa cemburu di hati bila teringat balik yang Ezam sukakan Nur.

"Cemburu ye," usik Nur sambil tersenyum.

"Mesti lah cemburu. Sayang kan isteri D," Dhiyan mengaku.

"Iye. Esok Nur cakap kat Ezam ye. Nur tolak dia. Nanti Nur cakap yang Nur ada D dah," kata Nur memujuk Dhiyan.

Dhiyan tersenyum. Dahi Nur diciumnya lembut. Sayangnya pada Nur sangat tebal.

"Jom tidur," ajak Dhiyan. Dia bangun lalu meletakkan laptop Nur di meja kemudian menutup lampu.

Nur baring di tilam. Selimut ditariknya. Dhiyan baring disebelah Nur lalu menarik Nur dalam pelukannya. Nur membalas pelukan Dhiyan.

"Selamat Malam sayang. Love u sayang," bisik Dhiyan.

"Selamat Malam juga D. Love u too," balas Nur.

Mereka berdua memejamkan mata. Tidur dalam ketenangan yang indah bersama cinta berdua. Malam semakin larut.

Cinta Kita [Complete]Where stories live. Discover now