Nur mengelap cermin tingkap dengan kain lembap yang dibasahkan dengan air. Masa cuti ni lah dia berpeluang untuk mengemas rumah. Dia tidak suka rumah dia dan Dhiyan bersepah. Jiwa akan tenang bila tengok rumah sendiri bersih.
Dhiyan memerhati Nur dari belakang. Dia tersenyum. Berkahwin dengan Nur adalah pilihan yang tepat. Walaupun Nur masih muda tapi tahu membuat kerja rumah.
"Sayang!" Sergah Dhiyan dari belakang. Dipeluknya Nur.
Nur terkejut. Terangkat juga lah bahunya.
"D ni kan. Terkejut tau," marah Nur. Yela. Dia tengah leka lap tingkap Dhiyan menyergahnya pula. Memang terkejut lah jadinya.
"Hahaha!" Dhiyan hanya ketawa suka.
"Sorry sayang. Muah!" Pipi Nur diciumnya sayang.
Nur yang marah terus tersenyum. Jantung yang laju sebab terkejut menjadi reda.
Nur terus mengelap tingkap. Dhiyan pula masih memeluk Nur dari belakang. Tidak mahu melepaskan. Dia rasa selesa begini.
"Ting Tong! Ting Tong!"
Nur dan Dhiyan saling pandang. Siapa yang menekan loceng rumah mereka. Masing masing tidak tahu siapa yang datang.
"Biar Nur yang bukakan pintu ye," Nur menawarkan diri.
Dhiyan hanya mengangguk. Pelukan dilepaskannya. Membiarkan Nur pergi membuka pintu. Dia menunggu di ruang tamu.
Nur menuju ke pintu. Tertanya juga di dalam hatinya siapa yang datang. Mungkin keluarga mereka. Nur terus membuka pintu.
"Suprise!!" Jerit dua suara lelaki.
Terkebil kebil Nur memandang orang yang berada di luar pintu rumah.
"Hai," ujar Nur kekok. Dia kenal 2 orang lelaki itu. Tetapi seorang perempuan di belakang 2 orang lelaki itu dia tidak kenal.
"Eh? Kami minta maaf. Ni rumah Dhiyan ke?" Tanya salah seorang lelaki itu.
Terkejut juga mereka. Nak kasi kejutan kepada Dhiyan mereka balik yang terkejut. Perempuan yang membuka pintu bukan Dhiyan.
"Iya. Ini rumah Dhiyan. Masuk lah," Nur menjemput mereka bertiga masuk. Pintu rumah ditutup.
Mereka bertiga masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja 2 orang lelaki itu ternampak Dhiyan di ruang tamu. Mereka menjerit. Yang perempuan hanya diam.
"Hei Dhiyan!!" Jerit 2 orang lelaki itu.
Dhiyan yang terkejut terus terpaku. Tidak sangka ahli kumpulan TRIO merangkap sebagai kawannya datang ke rumah.
"Hei Raz! Hei Ary! " Dhiyan mendapatkan kawan kawannya.
Mereka berdakapan bertiga. Seronok berjumpa bersama.
"Hai Maya," Dhiyan menegur perempuan itu.
Nur sudah menuju ke dapur. Dia ingin membuat air untuk dihidangkan kepada tetamu.
"Jemput duduk. Tak kan berdiri je," pelawa Dhiyan.
Mereka semua duduk di ruang tamu. Berbual sesama mereka. Kebanyakkan apa yang dibualkan mereka berkaitan jadual menyanyi mereka dan tentang lagu terbaru.
"Jemput minum semua," pelawa Nur sambil tersenyum. Perlahan lahan dia menghidangkan air. Dhiyan turut membantu isterinya.
"Terima Kasih," ucap mereka bertiga serentak.
Dhiyan menarik Nur duduk sebelahnya. Bahu Nur dipeluknya erat. Nur ternampak mereka bertiga memandang. Ingin kan penjelasan.
"Sayang.. Kenalkan ini Raz. Ini Ary. Dan yang ni Maya, pengurus kumpulan kami," Dhiyan memperkenalkan ahli TRIO walaupun Nur sudah tahu. Cuma pengurus sahaja Nur tidak tahu.
Nur tersenyum. Dia memandang Maya. Maya cantik. Berambut panjang dan berkulit cerah. Terbit sedikit rasa cemburu di hati Nur kerana kumpulan Dhiyan diuruskan Maya.
"Ini Nur. Kekasih hati aku," kata Dhiyan pada kawan kawannya sambil tersengih. Rahsia yang dia dan Nur sudah kahwin disimpan kemas.
"Apa? Kekasih? Tak kasi tahu kita orang pun," ujar Raz.
Tak sangka Dhiyan ada kekasih sudah. Maya hanya diam. Dalam hatinya rasa cemburu kerana Dhiyan yang disukai sudah ada kekasih.
"Saja aku tak kasi tahu," balas Dhiyan.
"Comel juga kekasih kau Dhiyan," puji Ary.
"Mesti lah. Sayang aku ni memang comel," Dhiyan pandang Nur. Tersenyum. Nur membalas senyuman Dhiyan.
Maya yang melihat sudah berasa panas. Ingatkan bila jumpa Dhiyan boleh lah bergembira tetapi lain pula jadinya.
"So.. Macam mana korang boleh tahu rumah aku?" Tanya Dhiyan.
"Kami pergi rumah ibu ayah kau. Diaorang yang kasi tahu," jawab Ary.
"Ohhh.. Korang tidur hotel lah ye?" Tanya Dhiyan lagi.
"Yup," balas Ary lagi.
Mereka semua terus berbual mesra. Nur dan Maya lebih banyak diamkan diri. Nur merasakan Maya macam tidak puas hati dengannya. Dia rasa Maya suka kan Dhiyan. Dia sebagai seorang perempuan dia tahu macam mana perempuan sukakan seorang lelaki. Dia harap tiada masalah yang akan timbul nanti.
"Ok lah Dhiyan. Kita orang balik dulu. Esok kita jumpa lagi. Boleh berbincang lagi," Raz meminta diri untuk pulang ke hotel mereka.
Mereka bertiga bangun dari tempat duduk. Dhiyan menghantar mereka bertiga ke pintu rumah. Nur mengemas meja di ruang tamu. Rumah mereka yang riuh tadi sudah kembali sunyi.
YOU ARE READING
Cinta Kita [Complete]
RomanceDhiyan - Vokalis kumpulan TRIO yang terkenal. Menyanyi adalah cita-citanya serta impian seseorang. Walaupun terkenal dan disukai ramai gadis tetapi seorang suami yang setia. Sangat mencintai isterinya. Nur - Merupakan teman Dhiyan sewaktu kecil. Men...