Murung Kecewa

4.3K 137 0
                                    

Dhiyan masih menatap laptopnya. Berulang kali dia membaca email dari Nur. Dia masih tidak percaya yang Nur takkan datang ke sini. Nur lebih rela pergi bercuti dengan kawan daripada datang menemuinya. Hatinya terus berasa kecewa. Ingin sahaja dia pulang tetapi dia ada tuntutan kerja.

Dia mengeluh perlahan. Email dari Nur dibiarkan sahaja terbuka tidak dibalasnya. Dia ingin merajuk dengan Nur. Dia betul betul kecewa. Dia terlalu berharap yang Nur akan datang tetapi apa yang diharapkannya tidak menjadikan kenyataan. Dia dah tak sanggup nak berjauhan dengan Nur.

Nampaknya dia kena bersabar. Nur sanggup menunggunya selama setahun. Jadi tak salah dia juga menunggu Nur datang.

Dhiyan berbaring. Matanya memandang siling. Dia terbayangkan Nur. Dia terlalu rindukan Nur. Akhirnya Dhiyan terlelap sendiri.

* * *
Dhiyan menyanyi dengan lemah. Hari ini dia terasa murung. Email dari Nur masih dia ingati membuatkan harinya tidak bersemangat. Dia mengeluh perlahan.

"Stop!" Produser menyuruh Dhiyan berhenti menyanyi. Alat rakaman turut ditutupnya.

"Awak ni kenapa Dhiyan? Takde semangat je," ujar produser.

"Saya minta maaf," ucap Dhiyan.

Raz dan Ary saling pandang. Bahu diangkat tanda tidak tahu.

"Awak nampak letih dan tak bersemangat. Jadi saya beri awak rehat hari ini. Esok kita sambung semula rakaman," kata produser.

"Terima Kasih Encik," ucap Dhiyan terus berlalu keluar.

Dia terserempak dengan Maya di pintu tetapi dia tidak peduli. Terus berjalan pergi dengan kemurungan.

Maya berasa pelik. Dia memandang Raz dan Ary untuk kepastian. Ary dan Raz menggeleng tanda tidak tahu. Dia terus keluar mengejar Dhiyan. Ini masanya dia perlu ambil peluang.

* * *

Dhiyan duduk termenung di bangku yang terdapat di taman. Email dari Nur memang memberi kesan padanya. Puas dia cuba menepis rasa kecewa tetapi dia tidak berjaya. Malah dia berasa murung. Nak senyum pun tidak ada semangat.

"Dhiyan," panggil Maya lembut.

Dhiyan menoleh. Kelihatan Maya datang ke arahnya. Ini yang buat dia rasa tidak selesa. Pasti akan ada gosip. Mahu sahaja dia pergi tetapi Maya pengurusnya. Mesti Maya ingin tahu kenapa dia tidak bersemangat hari ini.

"Kenapa ni?" Tanya Maya lalu duduk sebelah Dhiyan.

"Takde apa apa," jawab Dhiyan. Tidak mahu beritahu hal sebenar.

"Kalau ada masalah cerita lah. Maya sedia dengar," lembut Maya berkata. Dia cuba untuk memikat.

"Hmmm.. Ada masalah sikit dengan Nur," ujar Dhiyan.

Maya diam. Dia tersenyum gembira. Mesti Dhiyan dan Nur tengah bermasalah. Mungkin pasal gosipnya dengan Dhiyan.

"Dhiyan. Kalau boleh jangan campurkan hal peribadi dengan hal kerja," kata Maya.

Dhiyan mengeluh. Dia tahu dia tidak patut campurkan hal peribadi dalam urusan kerja tetapi dia tidak boleh.

"Sudah lah Dhiyan," pujuk Maya. Sengaja dia duduk rapat dengan Dhiyan. Dia mahu paparazi nampak mereka berdua supaya gosip tentangnya dan Dhiyan tersebar lagi. Bahu Dhiyan ditepuk perlahan.

Dhiyan hanya diam. Malas mahu berbicara. Fikirannya masih melayang memikirkan Nur.

* * *
Dari kejauhan paparazi telah memulakan tugas mereka. Mengambil gambar Dhiyan berdua dengan Maya. Kemudian mula menyebarkan gosip di dalam media. Berita macam ini sentiasa mendapat perhatian. Lebih lebih lagi peminat TRIO yang sukakan gosip begini.

* * *
Nur membuka laptopnya. Dia ingin membaca berita atau info yang terkini.. Dia juga ingin tahu info pasal kumpulan TRIO kerana sejak dia tamat sekolah dia tidak pergi ke bangunan yang memaparkan skrin besar yang sentiasa keluarkan berita tentang TRIO.

Masanya banyak dihabiskan di rumah sahaja. Ingin membuat kerja rumah tetapi dilarang ibunya kerana dia mengandung. Jadi dia hanya duduk sahaja. Makan dan tidur.

Nur tekan satu blog hiburan. Bulat matanya melihat apa yang terpapar. Gambar Dhiyan dan Maya duduk berdua di taman. Duduk bersebelahan. Rapat. Dia berasa sedih tiba tiba. Matanya berair. Fikirannya mula memikirkan Dhiyan curang.

Satu persatu dia membaca ayat yang ditulis dalam blog tersebut. Dia juga turut membaca komen komen yang ditinggalkan. Kebanyakan dari peminat TRIO yang sukakan mereka bersama. Nur memukul sofa yang diduduknya. Hatinya geram.

Perlahan lahan Nur tarik nafas hembus. Dia harus percayakan Dhiyan. Dia tidak patut kata Dhiyan curang. Dia pasti ini memang Maya sengaja buat begitu. Dia tahu Maya akan cuba nak mendapatkan Dhiyan. Dia harus sabar. Dia akan datang juga jumpa Dhiyan.

Nur menutup laptopnya. Terus dia baring disofa. Tiba tiba dia murung. Dia rindukan Dhiyan. Fikirannya terus melayang.

Cinta Kita [Complete]Where stories live. Discover now