Masalah

4.1K 156 0
                                    

Nur mengemas bukunya masuk ke dalam beg. Waktu persekolahan sudah tamat. Dia ingin pulang ke rumah. Sejak berkahwin dia lebih suka duduk di rumah setelah tamat waktu sekolah walaupun Dhiyan tiada di rumah.

"Nur, kami pulang dulu," ujar kawan sekelasnya sambil melambai lalu keluar dari bilik kelas.

Nur hanya membalas lambaian kawannya. Dia turut keluar dar kelas sampai menyandang beg sekolahnya. Sebaik dia keluar dari bilik kelas dia ditegur seseorang.

"Nur," panggil seseorang.

Nur berpaling ingin melihat siapa yang memanggilnya.

"Ezam. Tak balik lagi?" Tanya Nur.

Ezam merupakan kawan sekelasnya juga tetapi jarang sekali mereka berbual. Kalau berbual pun hanya berkaitan kerja sekolah sahaja.

"Nak balik lah ni. Jom," ajak Ezam.

Dia memandang Nur. Dalam hatinya dia menyimpan perasaan suka kepada Nur tetapi dia belum meluahkan lagi.

Nur tersenyum. Dia berjalan bersebelah Ezam. Sambil mereka berjalan menuju ke pintu pagar mereka berbual. Mereka turut bergelak ketawa bila bercerita tentang perkara yang lucu berkaitan rakan rakan sekelas mereka.

* * *
Dhiyan sampai di perkarangan sekolah Nur. Kelihatan ramai pelajar sekolah pulang ke rumah. Dari luar pagar Dhiyan mencari cari kelibat Nur. Matanya terpaku melihat Nur dan seorang pelajar lelaki sedang jalan beriringan sambil bergelak ketawa.

Sudah lama dia tidak melihat Nur ketawa begitu. Sejak semalam dia kembali Nur asyik marah. Tiada senyuman atau ketawa untuknya. Dia tertanya tanya juga siapa lelaki itu. Nur kelihatan gembira di sebelah lelaki itu. Hatinya dipaut rasa cemburu melihat Nur dengan lelaki lain. Dia tidak mahu Nur bersama dengan lelaki itu. Nur hanya untuk dia.

* * *
Sebaik sahaja Nur dan Ezam mendekati pagar Nur ternampak Dhiyan yang sedang memerhatinya. Wajah Dhiyan kelihatan muram. Tiada lagi senyuman yang selalu terukir dibibir Dhiyan. Nur resah. Dia tidak mahu Dhiyan memikir bukan bukan.

"D," tegur Nur sebaik tiba di pintu pagar sekolah.

Dhiyan hanya diam. Dia memandang lelaki yang berada di sebelah Nur. Ingin tahu siapa pelajar lelaki itu.

Ezam yang sebelah Nur tidak tahu apa apa. Dia mula terfikir lelaki yang ditegur Nur mungkin abang Nur.

"Saya Ezam," Ezam memperkenalkan diri kepada Dhiyan.

"Dhiyan," balas Dhiyan acuh tak acuh sahaja.

"Awak abang Nur kan. Saya nak minta izin. Kalau boleh hari sabtu ni saya nak ajak Nur keluar pergi tengok wayang," ujar Ezam ramah.

Dhiyan diam. Tidak tahu kah Ezam yang Nur tidak mempunyai abang. Nur hanya anak tunggal dan dia adalah suaminya. Matanya pantas memandang Nur inginkan penjelasan.

Nur yang memandang Dhiyan telan air liur. Tidak tahu nak cakap apa.

"Saya suka Nur. Saya harap awak sebagai abang Nur izinkan saya dengan Nur," kata Ezam lagi yang tidak tahu situasi mula tegang.

Nur yang mendengar Ezam berkata begitu tercengang terus memandang Ezam. Dia tidak sangka Ezam menyukainya. Dhiyan pula terkejut. Berani sungguh Ezam menyukai isterinya.

"Ezam.. Awak cakap apa ni?" Tanya Nur ingin kepastian.

"Betul Nur. Saya suka awak. Saya tahu awak mesti suka saya juga kan," kata Ezam.

Nur rasa macam nak tercekik mendengar ayat Ezam. Dia memang suka dengan Ezam tetapi sebagai  kawan sahaja. Tidak lebih dari itu.

Dhiyan terasa ingin marah tetapi dikawal rasa marahnya. Dia tidak sangka Nur ada lelaki lain sudah. Dia mula tak faham kenapa Nur mencium dan memeluknya malam tadi.

"Ezam.. Kami balik dulu ye. Esok jumpa lagi," ujar Nur.

Nur cepat cepat menarik lengan Dhiyan berlalu dari pintu pagar sekolah. Dari wajah Dhiyan dia tahu Dhiyan marah. Dia tidak mahu menimbulkan kekecohan di pagar sekolah.

Dhiyan menarik lengannya dari dipegang Nur. Hatinya terasa marah dan cemburu. Laju langkahnya meninggalkan Nur dibelakang menuju ke rumah.

Nur mengeluh perlahan. Dia tidak mahu Dhiyan marah. Dia tidak suka. Masalah ini harus diselesaikan dengan segera. Nur mengejar mendapatkan Dhiyan.

Cinta Kita [Complete]Where stories live. Discover now