Keputusan

3.6K 137 1
                                    

Nur memandang Dhiyan tengah mengemaskan baju masuk ke dalam beg. Esok Dhiyan sudah nak berangkat ke luar negara. Nur meramas tangannya. Perlu kah dia berterus terang dengan Dhiyan yang dia tidak mahu ikut. Bukan sebab kata kata Maya. Tapi tak lama lagi dia nak exam dan tamat persekolahan. Takkan nak tinggal macam tu sahaja. Nur gelisah.

"Sayang.. Tak kemas barang lagi ke? Esok kita nak bertolak dah," ujar Dhiyan lembut.

"Hmm.. Emm.. D. Nur nak cakap sesuatu boleh tak?" Tanya Nur.

"Cakap je sayang," kata Dhiyan. Dia melipat baju.

"Nur minta maaf. Nur tak dapat ikut D," ujar Nur perlahan. Dia nampak Dhiyan berhenti melipat baju.

"Kenapa?" Tanya Dhiyan. Suaranya turut berubah.

Nur bangun dari duduknya lalu memeluk leher Dhiyan dari belakang. Dagunya diletak di bahu Dhiyan.

"D marah ke?" Soal Nur. Dia tak nak Dhiyan marah.

Dhiyan mengeluh perlahan. Dhiyan melepaskan pelukan Nur lalu menarik tangan Nur. Menyuruh Nur duduk di depannya.

"Hari tu sayang dah kata nak ikut D. Kenapa tiba tiba tak nak ni?" Dhiyan menanya tepat memandang Nur.

"Nur tak nak ganggu D. Nur nak D beri tumpuan kepada nyanyian. Lagi pun tak lama lagi Nur nak exam. Nak tamat persekolahan," jawab Nur berhati hati. Tak menyinggung perasan Dhiyan.

"Sayang tak ganggu D pun. Sayang boleh ambil exam kat sana juga kan. Buat pertukaran," kata Dhiyan. Dia berharap Nur akan ikut.

"Susah lah D. Biar Nur habiskan persekolahan kat sini. Nanti Nur pergi sana ye," balas Nur. Tangan erat genggam tangan Dhiyan.

"D tak sanggup nak berjauhan dengan sayang lagi. Please sayang. Ikut ye," Dhiyan mencuba memujuk Nur.

"Nur pun tak nak jauh lagi dari D. Tapi Nur nak habiskan sekolah dulu. D tunggu Nur datang kat sana nanti ye. Lagi 2 bulan je," kata Nur.

Dhiyan mengeluh perlahan. Hatinya sedikit kecewa kerana Nur tidak mengikutinya ke luar negara. Tapi sudah keputusan Nur begitu. Terpaksa dia turuti.

"Yela. D tunggu Nur datang. Jangan lambat. Lepas 2 bulan mesti datang ye," ujar Dhiyan.

"Terima Kasih D," ucap Nur lalu memeluk Dhiyan. Diciumnya pipi Dhiyan.

"Kasih diterima sayang," balas Dhiyan membalas pelukan Nur.

"Hmm.. Sayang.. Boleh tak malam ni?" Dhiyan bertanya.

"Boleh apa?" Soal Nur balik memandang Dhiyan.

Dhiyan tersenyum nakal. Malas dia nak melayan perasan kecewa. Minta Nur melayankannya lagi seronok.

Nur yang nampak senyuman nakal Dhiyan sudah tahu apa yang Dhiyan mahukan. Dia mengangguk malu.

Dhiyan terus terkam memeluk Nur. Malam ni dia takkan melepaskan Nur dari dakapannya.

* * *
Nur membuka matanya. Sinaran matahari yang masuk menerusi tingkap biliknya menganggu tidurnya. Nur meraba tempat tidur disebelahnya tetapi kosong. Tiada Dhiyan. Dengan segera Nur bangun. Memandang sebelah yang kosong. Dia memandang sekeliling bilik. Sunyi. Hatinya tertanya ke mana Dhiyan pergi.

Nur terpandang sekeping kertas di meja kecil sebelah katil. Dicapainya kertas itu. Hatinya mula berdebar. Perlahan lahan dibukanya kertas tersebut.

"Sayang.. Maafkan D kerana pergi meninggalkan sayang tanpa ucapan. D tidak mahu melihat air mata sayang jatuh saat melihat D pergi. D akan tunggu kedatangan sayang. Jaga diri ye sayang. Selamat Tinggal. I love you sayang."

Nur mengesat air matanya yang menitis. Dhiyan telah pergi. Di hatinya mula terasa rindu. Dia harus terima. Ini keputusan yang dibuatnya.

"Selamat Tinggal juga D," ucap Nur perlahan. Sedih.

* * *
Dhiyan duduk termenung di airport sementara menunggu panggilan masuk. Dia berasa sedih meninggalkan Nur. Tapi dia harus terima. Dia pasti akan menunggu Nur datang kepadanya.

"Dhiyan. Kau ok tak ni?" Tanya Ary. Dari tadi dia hanya melihat Dhiyan termenung dan tidak berbicara.

Dhiyan hanya mengangguk. Dia tiada mood untuk berbual.

"Guys. Jom. Dah tiba masanya," ajak Maya. Dia memandang Dhiyan. Puas hatinya kerana berjaya membuat Nur tidak mengikuti Dhiyan.

Mereka semua terus bangun. Menuju ke pintu masuk. Sudah tiba masa mereka berangkat ke luar negara semula. Demi kerjaya.

Cinta Kita [Complete]Where stories live. Discover now