Pecah Rahsia

3.8K 143 0
                                    

"Sayang.. D nak cakap sikit boleh?" Tanya Dhiyan. Dia memandang Nur yang tengah mencuci pinggan mangkuk.

Ary, Raz dan Maya telah lama pulang ke hotel. Kini hanya Nur dan Dhiyan sahaja.

"D nak cakap ape ye?" Soal Nur. Dia mengelap pinggan yang sudah selesai dibasuhnya.

"Kenapa sayang iyakan sahaja bila Maya kata kita sepupu?" Dhiyan bertanya.

Nur berpusing memandang Dhiyan. Bibirnya senyum.

"Tak pela D. Nanti kalau ramai yang tahu kita ni kekasih atau suami isteri susah nanti. Tak pasal pasal orang dah tak suka TRIO.. Tak suka D," ujar Nur.

Dhiyan hanya diam. Dia sebenarnya kalau boleh nak semua orang tahu mereka dah berkahwin.

"D.. Suatu hari nanti orang akan tahu juga kita dah kahwin. Buat masa ni biar orang tak tahu ye," kata Nur. Tangan Dhiyan disentuhnya.

Sebenarnya Nur juga ingin semua orang tahu Dhiyan miliknya tapi pada masa yang sama tak mahu kerjaya Dhiyan sebagai penyanyi hancur. Dhiyan masih baru dalam bidang nyanyi dan tengah melonjak. Dia tak nak gara garanya Dhiyan akan jatuh.

"Sayang.." Dhiyan menarik Nur supaya duduk di atas pehanya.

Nur hanya menuruti. Dia duduk atas pangkuan Dhiyan. Tangannya melingkar di leher Dhiyan. Dia tersenyum.

"Apa kata sayang ikut D pergi luar negara," cadang Dhiyan. Pinggang Nur dipeluknya.

"Boleh ke?" Tanya Nur. Pelik.

"Boleh lah. D nak bawa sayang. D nak sayang sentiasa ada di sisi D. D nak sayang sokong D. Beri semangat. Hari hari D nak tengok sayang," ujar Dhiyan tepat memandang Nur.

Nur tiba tiba rasa terharu. Tidak sangka Dhiyan mahu dia ikut ke luar negara.

"Nak ikut D tak?" Tanya Dhiyan. Dia berharap Nur mahu mengikutinya. Dia tak nak tinggalkan Nur keseorangan disini lagi.

"Nak!" Jawab Nur suka. Dia mahu ikut Dhiyan. Dia tak sanggup lagi nak berjauhan dengan Dhiyan. Dipeluknya Dhiyan erat.

Dhiyan membalas pelukan Nur. Tersenyum suka. Mereka tak kan berjauhan lagi.

* * *
Nur menyarung kasut sekolahnya. Dia ingin segera pergi ke sekolah. Tidak mahu lewat kerana dia ada perjumpaan kelab di waktu pagi.

"Sayang.. Hati hati ye," pesan Dhiyan. Berdiri menunggu Nur selesai memakai kasut.

"Iye D," ujar Nur lalu bangun.

"Meh sini.. Nak peluk," Dhiyan menarik Nur dalam pelukannya.

Nur turut membalas pelukan Dhiyan.

"Nur pergi dulu ye," ucap Nur. Dia membuka pintu.

Dhiyan menarik sebelah tangan Nur. Nur berpaling. Satu ciuman singgah di bibir Nur. Ciuman dari suami tersayangnya.

"Wow!!" Kedengaran suara Ary dan Raz.

Dhiyan dan Nur pantas memandang ke arah pintu. Kelihatan Ary dan Raz tercegat di depan pintu yang terbuka. Dhiyan tersengih. Nur malu. Mereka sudah ketahuan.

"Nanti aku jelaskan ok," kata Dhiyan pada Raz dan Ary.

"Sayang pergi sekolah cepat," suruh Dhiyan.

Nur hanya mengangguk. Dengan segera dia melangkah pergi. Mukanya merah. Dia sudah malu dengan Raz dan Ary sebab nampak adegan cium dia dengan Dhiyan.

* * *
"Kau kata Nur kekasih kau. Tapi kenapa duduk serumah ni?" Raz menanya sebaik mereka duduk di sofa.

"Sebenarnya Nur bukan kekasih aku pun," jawab Dhiyan. Rambutnya diusap ke belakang.

"Jadi siapa Nur? Siap cium bibir bagai," ujar Ary ingin tahu.

"Sebenarnya Nur isteri aku," kata Dhiyan terus terang.

"Isteri!!" Serentak Raz dan Ary bersuara. Terkejut.

"Bila kau kahwin?" Laju Raz menyoal tidak sabar.

"Tahun lepas. Sebelum pergi ke luar negara," jawab Dhiyan selamba.

"Dah lama. Jadi kenapa kau rahsiakan dari kita orang?" Ary pula menyoal.

"Aku tak nak Nur rasa tak selesa. Yela. Nanti macam macam wartawan tanya Nur. Nak keluar pun jadi perhatian je. Nur masih sekolah lagi. Tak nak dia berasa terganggu," luah Dhiyan sambil mengusap tengkuknya.

Ary dan Raz hanya diam mendengar.

"Buat masa ni biar lah tiada siapa yang dah tahu aku dah kahwin walaupun aku nak je semua orang tahu," kata Dhiyan.

"Kalau orang tahu kau dah kahwin kau tak kisah ke kerjaya kau sebagai penyanyi terkenal jatuh?" Tanya Raz.

"Aku tak kisah. Suatu hari nanti aku nak semua orang tahu aku dah kahwin. Terpulang lah nak minat aku ke tak lagi. Kerjaya aku nak jatuh ke aku tak kisah. Sekurangnya cita cita dan impian sudah tercapai," panjang lebar Dhiyan berkata.

"Aku harap kau berdua jangan kasi tahu Maya dan syarikat rakaman kita dulu ya," ujar Dhiyan.

"Ok.. Kita orang janji tak kasi tahu," Raz berjanji. Ary turut serta.

"Terima Kasih," ucap Dhiyan sambil tersenyum.

Hari yang akan dia umumkan dia dan Nur sudah berkahwin pasti akan tiba.

Cinta Kita [Complete]Where stories live. Discover now