BAB 2
setelah menikah mereka pun kembali ke bandaraya lipis bersama sama. mereka memulakan hidup baru bersama sama dengan hati yang gembira. di sepanjang tempoh perkahwinan mereka azroy melihat isterinya langsung tidak mahu makan biar pun dia mendesak maya makan bersamanya. setiap kali dia mengajak maya makan pasti gadis tu akan cakap dia tak laparlah, perutnya masih kenyanglah, perutnya sakitlah dan macam macam lagi. bila dia terus di desak maya akan pergi tinggalkannya seorang diri di dapur. begitulah sikapnya setiap kali azroy mengajaknya makan. keadaan bertambah pelik apabila azroy bangun pagi dan melihat ada tikus mati di dapurnya. tikus montok yang besar pula tu. leher tikus itu seperti berlubang di gigit sesuatu. dia memerhatikan lubang di leher tikus tersebut. ianya langsung kering macam tidak ada darah pula. tentu ada yang menggigit leher tikus tu lalu menghisap darahnya sehingga kering tapi apakah yang menggigit dan menghisap darah binatang macam tu sekali?.... berkerut dahi azroy memikirkannya. "apa yang abang buat tu?", soal suatu suara. azroy terkejut dari lamunannya. kelihatan isterinya sedang melangkah masuk ke ruang dapur tersebut. "tengok ni... ada tikus mati atas lantai...", perlahan lahan azroy menunjukkan bangkai tikus di tangannya pada isterinya itu. dia lihat maya langsung tidak menunjukkan sebarang perasaan geli atau pun terkejut dengan bangkai tikus tersebut. malah dia dengan wajah selambanya, mengambil bangkai tikus itu dari tangan azroy lalu membuangnya ke dalam plastik hitam untuk di buang ke dalam tong sampah yang ada di situ. azroy hanya terpinga pinga sebaik saja dia melihat isterinya membuang bangkai tikus tersebut ke dalam tong sampah tersebut
keadaan bertambah pelik apabila azroy melihat isterinya lebih suka keluar pada waktu malam. katanya dia hendak keluar ambik angin kat luar sekejap. pada mulanya azroy tidak syak apa apa tapi bila isterinya selalu meminta kebenaran untuk keluar pada waktu malam dia mula merasa curiga. namun dia cuba mengusir perasaan curiga itu dari lubuk hatinya. malam itu seperti biasa maya keluar di waktu malam. dia melangkah menuju ke arah taman permainan yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan malawati. tanpa di sedarinya azroy sedang mengekorinya dari belakang. dia memerhatikan isterinya dari jauh secara sembunyi sembunyi. dia lihat isterinya sedang duduk di atas buaian sambil bermain buaian. dia merenung bulan dan bintang di langit. lama juga dia berbuat begitu. kemudian dia bangun dari atas buaian tersebut. kelihatan seekor anak kucing sedang berjalan tidak jauh dari situ. perlahan lahan isterinya mengambil anak kucing tersebut. dia mengusap usap leher anak kucing itu dan kemudian.... "say u love me but u dont....", kedengaran handphone azroy berbunyi secara tiba tiba. terkejut betul azroy di buatnya. cepat cepat dia mengambil handphonenya. rupa rupanya kakaknya marlina yang call dia. dia terus saja hung up sebab dia rasa dia tak ada masa hendak berbual dengan kakaknya tu sebab dia sekarang sedang mengintip kelakuan isterinya secara senyap senyap. dia kembali memasukkan handphonenya ke dalam poket seluar jeansnya. perlahan lahan dia mendongakkan wajahnya untuk mengintip isterinya tapi isterinya sudah tidak ada di situ lagi.
"eh... ke mana pula perginya si maya ni?", soal azroy kehairanan. tiba tiba, "abang cari saya ke?", kedengaran suatu suara bergema dari belakangnya. perlahan lahan azroy mengalihkan pandangannya. kelihatan maya sedang berdiri memerhatikannya tidak jauh dari situ. azroy terpaksa buat wajah selamba. "oh... abang tak buat apa apa... abang cuma nak ambik angin saja ni...", dalih azroy sambil tersengih macam kerang busuk. "oh... begitu... er... aku balik ke rumah dulu ya...", kata maya seraya melangkah pergi dari situ. "okay...", balas azroy sepatah. dia memerhatikan isterinya sehingga dia hilang dari pandangannya. perlahan lahan azroy melangkah menuju ke arah buaian di mana maya sedang duduk tadi. kelihatan bangkai seekor anak kucing terkulai layu di atas tanah tidak jauh dari situ. kalau tidak salah itulah anak kucing yang di pegang oleh maya sebentar tadi. di leher anak kucing tu ada kesan gigitan yang sangat dalam. yang peliknya luka di leher anak kucing tu langsung tidak ada darah. mungkin darah si anak kucing sudah habis di hisap oleh sesuatu yang menggigitnya tapi persoalannya sekarang apakah yang menggigit binatang yang malang itu?... berkerut dahi azroy memikirkannya. dia nampak kucing malang tu di pegang oleh maya sebentar tadi tapi takkanlah maya yang menggigit leher binatang tu dan menghisap darahnya sehingga mati. "hish... takkanlah maya macam tu pula...", azroy cuba mengusir keluar segala sangkaan buruknya. dia melemparkan bangkai anak kucing itu ke dalam tong sampah yang berdekatan. perlahan lahan dia bangun lalu beredar dari situ. fikirannya penuh dengan persoalan yang belum terjawap.
sampai di rumah sewanya kelihatan maya sedang duduk menonton TV di ruang tamu. azroy melangkah lalu duduk dekat di sebelah isterinya. "er... maya... boleh abang tanya awak suatu soalan tak?", soal azroy memulakan bicara. "tanyalah...", balas maya sepatah. belum pun sempat azroy bersuara tiba tiba isterinya seperti orang yang hendak muntah pula. dia segera berlari menuju ke bilik mandi yang terletak tidak jauh dari situ. azroy bingkas bangun lalu melangkah mengekori isterinya dari belakang. "uwweeeekkk!....", kedengaran isterinya muntah di dalam bilik mandi. "sayang... kenapa awak muntah tu?", soal azroy ingin tahu. namun tiada jawapan. beberapa minit kemudian maya muncul di depan matanya. "awak dah rasa okay ke?", soal azroy ingin tahu. maya menganggukkan kepalanya perlahan lahan. "kalau awak tak sihat biar abang bawa awak ke klinik ya...", kata azroy. "tak payahlah....", maya bersuara sambil menggeleng gelengkan kepalanya. "memandangkan awak tak berapa sihat mari kita pergi ke bilik tidur...", cadang azroy pula. "baiklah...", maya menganggukkan kepalanya. mereka mula melangkah menuju ke bilik tidur yang terletak tidak jauh dari situ. perlahan lahan maya berbaring di atas katil. "apa yang ingin abang tanyakan pada saya tadi tu?", soal maya ingin tahu. "oh... nothing... just forget about that... awak berehat dan tidur ya... ", balas azroy seraya menutup tubuh isterinya dengan selimut di tangan. maya pun melelapkan matanya. azroy merenung wajah isterinya. fikirannya terganggu apabila dia memikirkan apa yang di lihatnya sebentar tadi. mungkinkah isterinya yang menggigit leher anak kucing tersebut sehinggakan binatang itu mati atau apa?... persoalan tersebut terus bermain di mindanya...
*** *** ***
"faiz... i think there's something wrong with my wife...", azroy bersuara sebaik saja dia duduk di sebelah rakannya itu. "maksud kau?", soal faiz seraya mengangkat wajahnya. dia memandang wajah rakannya. mahu tidak mahu azroy pun terpaksa menceritakan apa yang di lihatnya semalam. dia juga mengatakan pada faiz bahawa isterinya langsung tak nak makan dan dia asyik muntah sejak 2 hari kebelakangan ini. setelah dia mendengar apa yang di katakan oleh rakannya itu, faiz mula tersenyum lebar. "Apasal kau tersenyum ni?... aku cakap serius, kau tersenyum pula...", soal azroy sedikit bengang. "kau tau tak bila orang perempuan tak nak makan dan dia muntah muntah thats mean dia mengandung.... tak lama lagi kau akan jadi seorang ayah...", balas faiz sambil tersenyum lebar. "tapi dia langsung tak makan....", kata azroy tapi perkataannya di potong pantas oleh faiz. "kawanku... tak ada apa yang perlu kau bimbangkan... itu perkara biasa bagi orang yang mengandung. mereka pasti hilang selera makan dan langsung tak nak makan... isteri saya pun pernah mengalami perkara seperti itu semasa dia mula mula hamil dulu...", kata faiz dengan wajah selamba. "tapi pernah ke kau nampak isteri kau pegang kucing and then bila kau tengok aje kucing tu mati secara mendadak dengan leher yang berlubang?", soal azroy. faiz terdiam sebaik saja dia mendengar perkataan rakannya itu. dia tak tahu nak cakap apa.
YOU ARE READING
ASH (PG13)
Fiksi Ilmiah#1 in science fiction (05/05/2017) {EMIRATES SCI-FIC BEST BOOK AWARD} Sinopsis:- Ketika azroy sedang memandu keretanya seorang diri di satu pagi yang indah itu tiba tiba saja muncul seorang gadis di hadapan keretanya. Gadis tersebut merayu padanya a...