"apa nama yang sesuai untuk anak kita?", soal azroy pada isterinya. "entahlah... abanglah yang bagi nama pada anak kita tu...", maya bersuara sambil tersenyum. "urm... apa kata kalau abang namakan dia mohd ashriel bin mohd azroy...", kata azroy pada isterinya. "hm... nama yang baik. kita boleh panggil dia ash kan bang?...", kata maya. "okay juga tu...", balas azroy perlahan lahan. mereka saling berbalas senyuman.
*** *** ***
maharaja zios sedang berdiri menghadap jendela kaca besar yang ada dalam kapal induk miliknya. dia merenung ke arah kota daigon yang telah hancur itu. "tuanku... maaf mengganggu...", kedengaran suatu suara bergema di belakangnya. perlahan lahan dia mengalihkan pandangannya ke arah datangnya suara itu. kelihatan kolonel reid sujud di depan matanya. "ada apa kolonel?", soalnya dengan wajah yang serius. "ada beberapa orang tentera kita mati di bunuh semalam, tuanku... banyak senjata kita telah hilang. begitu juga dengan ubat ubatan dan pakaian tentera kita... patik rasa pasti ada pencuri yang menyelinap masuk ke kubu pertahanan kita dan cuba mencuri senjata, ubat ubatan dan pakaian tentera tu...", lapor kolonel reid perlahan lahan. "korang dah tahu siapa dalang di sebalik semuanya ni?", soal maharaja zios. "belum tahu lagi tuanku...", balas kolonel reid dengan pantas. "bodoh betul... korang dah tahu senjata, ubat ubatan dan pakaian tentera tu hilang kenapa tak cari siapa dalang di sebalik semuanya tu?... pergilah siasat dan cari siapa punya angkara tu.... kalau korang dah tahu barulah korang laporkannya pada beta...", bentak maharaja zios dengan marahnya. "sebenarnya kami sempat juga melihat dan mengejar pencuri tu dari belakang, tuanku tapi kenderaan terbang yang membawa pencuri tu semua terus meluncur laju dan menghilang dalam sekelip mata...", kata kolonel reid. "hm... memang tak boleh haraplah korang ni... pencuri macam tu pun tak boleh di tangkap... dasar lembab... lain kali kalau ada pencuri atau musuh yang datang korang haruslah bertindak dengan pantas. jangan lembab macam siput....", bentak maharaja zios dengan marahnya. "maafkan kami tuanku... lain kali kami akan bertindak dengan pantas...", kata kolonel reid. "whatever!... sudahlah... pergi sana... beta nak berehat sekejap...", perintah maharaja zios. "baiklah tuanku... hamba minta diri dulu...", perlahan lahan kolonel reid beredar dari situ. maharaja zios kembali duduk di singgahsananya....
*** *** ***
awal pagi itu azroy memanggil semua orang berkumpul untuk membincangkan strategi yang harus mereka lakukan bagi menghadapi pihak musuh. mereka sudah siap berpakaian ala ala tentera puak agfa. setiap kumpulan kini di panggil dengan panggilan skuad. setiap skuad akan di beri tugas yang mencabar. memandangkan maya baru saja melahirkan anaknya maka dia tidak dapat menyertai mereka dalam misi mereka kali ini. skuad 1 di ketuai oleh bapa saudara maya iaitu dazz. manakala skuad 2 pula di ketuai oleh azroy. skuad 3, skuad 4 dan skuad 5 masih dengan ketua yang sama. azroy mula membentangkan setiap strategi yang harus mereka lakukan. "okay, korang semua dah tahu mana letaknya menara kawalan, makmal utama, bangsal dan kapal induk tu kan?... okay, pertama sekali aku nak korang mempersiapkan semua senjata yang ada dalam simpanan kita... aku nak setiap ahli skuad membawa boomster, boomstoll, swordfore, gunstem, busur dengan anak panahnya sekali dan juga buluh kecil beserta damak. tugas setiap skuad ialah mudah saja. kita masuk ke kubu pertahanan mereka and then kita bunuh mana mana ahli tentera yang ada depan mata kita secara senyap senyap. sembunyikan mayat ahli tentera yang mati. lepas tu korang menyamar seperti ahli tentera yang mati tu. kemudian kita menyusup masuk ke dalam kubu pertahanan mereka. ketika kita berada di sana kita harus berpecah dari ahli skuad kita yang lain. ini untuk mengelakkan kecurigaan di kalangan pihak musuh. pasangkan boomstoll di setiap penjuru bilik dan ruang yang ada. sebaiknya korang pasangkan boomstoll tu di tempat yang terselindung di mana pihak musuh tidak menyedari kewujudannya. skuad 1 pergi ke kubu pertahanan. pasangkan boomstoll di pintu gerbang, sebelah kanan dan kiri kubu pertahanan dan pasangkan 1 boomstoll kat belakang kubu pertahanan. kemudian tembak mana mana musuh yang menyerang korang. gunakan senjata yang ada dengan sebaik mungkin.... skuad 2 pergi ke menara kawalan. pasangkan boomstoll di pintu masuk menara kawalan dan pasangkan boomstoll pada setiap tingkat yang ada dalam menara kawalan. oh lupa nak bagitahu korang, tolong pasangkan boomstoll di bilik unit kawalan rapi. jika ada yang cuba menyerang korang gunakan saja senjata korang tu. skuad 3 pergi ke makmal utama. letakkan boomstoll di tempat yang terselindung. terutamanya di bahagian pintu masuk makmal utama, ruang koridor dan bilik yang ada di situ. oh.... jangan lupa tolong masukkan racun ke dalam bekalan makanan mereka iaitu darah di bilik korban binatang. kalau tak salah di situlah mereka letak kontena besar berisi darah binatang. selepas tu korang letakkan boomstoll di bilik tersebut. skuad 4 di tugaskan untuk pergi ke bangsal dan pasangkan boomstoll di dalam bangunan bangsal tu. skuad 5 pula pergi ke kapal induk dan pasangkan boomstoll pada ruang dalam kapal induk tu. pastikan tiada siapa yang melihat korang ketika korang melakukan tugas korang. jikalau kedapatan tembak saja mana mana pihak musuh yang menyerang korang. anyway, cruz, tolong jalankan tugas kau sebagai ketua kumpulan dengan baik. jangan cepat menggelabah. jika ada masalah cepat bertindak jangan pula kau cuba mempersalahkan orang lain. anyway, kalau salah seorang daripada korang di serang musuh lawanlah mereka bersama sama. jangan sekali kali tinggalkan rakan seperjuangan kita jikalau dia di serang musuh. jika korang lari tinggalkan kawan korang semasa di serang musuh itu pengecut namanya tu. so perlu di ingatkan sekali lagi jikalau kita bekerja dalam satu pasukan kita haruslah bersatu padu dan bekerjasama demi mencapai matlamat kita... faham semua?", azroy bersuara panjang lebar.
"faham!!!!....", laung mereka yang hadir di situ. "baiklah... mari kita bersiap untuk menyerang mereka...", kata azroy dengan penuh semangat. "nanti dulu saudara sekalian... aku rasa lebih baik kita kosongkan dulu markas ini sebab aku rasa pihak musuh sudah dapat mengesan tempat persembunyian kita...", kata pyros secara tiba tiba. mereka semua terus memandang wajah lelaki tua itu. "bagaimana kau tahu pihak musuh dapat mengesan markas kita ni pula?", soal dazz bapa saudara maya. "aku baru saja dapat penglihatan sebentar tadi... ada 2 orang tentera puak agfa datang ke kawasan bangunan roboh tempat markas kita awal pagi tadi. mereka tahu yang kita bersembunyi di bawah tanah ini sebab mereka telah berjaya menawan salah seorang tentera kita yang berjaga di luar bangunan roboh tu... mereka sekarang telah kembali ke kubu pertahanan mereka dengan membawa tentera tu. sekejap lagi tentu mereka akan datang ke sini dengan membawa bala tentera yang lain untuk menyerang kita...", kata pyros dengan pantas. "apa?... mereka akan menyerang kita?... jadi macamana ni?", soal cruz pula. semua yang berdiri di situ mula bising. "jangan bising... kalau korang nak selamat lebih baik korang ambik semua barang keperluan korang sekarang juga. maya bersama datuknya akan membawa korang ke tempat yang lebih selamat. semua anak anak kecil, remaja belasan tahun, ibu ibu dan orang tua sila naik ke kenderaan terbang sekarang juga sebab keselamatan korang adalah lebih penting sekarang...", perintah azroy dengan pantas. semua makhluk di situ terus bergegas menuju ke bilik masing masing untuk mengambil barang barang mereka. yang tinggal kini hanyalah semua pihak yang terlibat dalam misi berani mati itu. "okay... sekarang korang pergilah ambil semua senjata korang. setelah siap korang berkumpul di sini semula....", perintah azroy dengan pantas. semua yang ada di situ segera bergegas untuk dapatkan senjata masing masing. ini termasuklah azroy dan rakannya faiz. mereka mempersiapkan diri untuk menghadapi serangan musuh.
ketika azroy sedang tunduk meletakkan kesemua senjata di dalam begnya tiba tiba bahunya di gamit orang dari belakang. "bang....", kedengaran suara isterinya bergema di belakangnya. perlahan lahan azroy menoleh ke belakang. kelihatan maya sedang berdiri sambil memandang ke arahnya dengan pandangan mata yang sayu sekali. "bang... kami pergi dulu...", kata maya sambil menggendong bayi kecilnya. azroy bangun lalu menganggukkan kepalanya. "baik baik jalan maya... apa apa pun yang berlaku, kau harus menjaga ash anak kita dengan baik... didiklah dia dengan didikan yang sempurna....", pesan azroy. dia mencium dahi anak lelakinya dengan penuh kasih sayang. "baiklah bang... take care of yourself...", ucap maya dengan lemah. "yeah, I will...", balas azroy. maya segera memeluk suaminya. "I love you...", ucap maya sambil menangis. "I love you too...", ucap azroy dengan sedih. lama juga mereka berpelukan di situ. "maya... its time to go now...", kata datuk dazrin sambil menarik tangan cucunya. perlahan lahan maya melangkah pergi dengan linangan airmata di pipinya. sebenarnya berat betul hatinya meninggalkan suaminya di situ tapi demi keselamatan dirinya dan juga anaknya dia pun terpaksa meninggalkan tempat itu.
YOU ARE READING
ASH (PG13)
Science Fiction#1 in science fiction (05/05/2017) {EMIRATES SCI-FIC BEST BOOK AWARD} Sinopsis:- Ketika azroy sedang memandu keretanya seorang diri di satu pagi yang indah itu tiba tiba saja muncul seorang gadis di hadapan keretanya. Gadis tersebut merayu padanya a...