BAB 9
malam itu selepas makan malam ashriel duduk menonton TV bersama papanya faiz. "papa.... betul ke aku ni anak pungut?", soal ashriel perlahan lahan. faiz segera mengalihkan pandangan matanya ke arah anak kecil itu. "kau pasti terdengar perbualan jefri dengan papa tadi tu kan?... sebenarnya kau bukannya anak pungut, ash... kau jangan dengar cakap si jefri tu... dia sengaja nak reka reka cerita yang bukan bukan tentang diri kau....", balas faiz dengan pantas. "tapi papa kenapa jefri selalu cakap aku ni anak pungut?... sebenarnya aku ni anak siapa?", soal ashriel ingin tahu. kali ini dia memandang wajah lelaki yang di anggapnya seperti papanya itu. "kau memang anak papa ash... buktinya nama kau ber'bin'kan nama papa... itu maknanya kau memang anak papa...", kata faiz cuba menyakinkan anak itu dengan perkataan yang di ucapkannya saat itu. "tapi...", kata kata ashriel terus di potong pantas oleh faiz. "sudahlah tu... jangan fikirkan sangat apa yang jefri katakan pada kau... walau apa pun yang terjadi kau tetap anak papa ash... kau tetap anak papa...", tekan faiz sambil memeluk anak kecil tersebut. ashriel hanya diam selepas itu. tanpa mereka sedari kelihatan jefri sedang berdiri di belakang mereka sambil memerhatikan mereka tidak jauh dari situ. dia menggetapkan giginya. dia semakin benci pada ashriel. baginya ashriel telah merampas kasih sayang orang tuanya...
*** *** ***
troy X1 memandang kosong di luar jendela hospital tempat dia di rawat. pejam celik pejam celik aje sudah genap 6 bulan dia berada di dalam bilik rawatan tersebut. troy X1 duduk di atas birai katilnya tanpa bergerak seinci pun. lama juga dia begitu. duduk tanpa bergerak gerak. "selamat pagi troy...", tegur suatu suara. "pagi....", jawapnya sepatah tanpa mengalihkan pandangan matanya. dia masih leka memerhatikan keadaan alam sekitar di luar hospital tempat dia di rawat. "kau nak keluar melihat keindahan alam di luar sana tu tak?", soal doktor wyeth sambil duduk di sebelah manusia separa robot tersebut. "ya...", balasnya sepatah. "baguslah kalau macam tu... sebenarnya aku nak sampaikan berita gembira pada kau...", kata doktor wyeth perlahan lahan. "apa dia?", soal troy X1 tapi kali ini dia memandang wajah doktor wyeth. "setelah kami menjalankan pemantauan ke atas diri kau selama 5 bulan ini kami lihat kau semakin hari semakin sihat dan kuat. jadi kau akan di benarkan keluar dari bilik rawatan ini....", kata doktor wyeth perlahan lahan. "tapi ke mana aku harus pergi jikalau aku keluar dari sini? aku bukannya kenal siapa siapa pun kat planet ni...", balas troy X1 perlahan lahan.
tiba tiba, "kau boleh tinggal di rumahku....", celah suatu suara. mereka segera menoleh ke belakang. kelihatan seorang makhluk tua berjanggut hitam sehingga ke paras dada sedang berdiri di sebelah maharaja zios. rupa rupanya mereka dari tadi sudah mendengar perbualan mereka. "perkenalkan ini ialah mahaguru sunan. dia ialah jedi yang ku tugaskan untuk melatih diri kau dalam bidang ketenteraan... aku nak kau jadi seorang ahli tentera yang terlatih sebelum kau ku lantik kau menjadi jeneral perangku yang baru...", kata maharaja zios sambil melangkah menghampiri manusia tersebut. mahaguru sunan berjalan lalu berdiri di depan manusia itu. "baiklah tuanku... aku akan tinggal dengan mahaguru sunan....", balas troy X1 seraya tunduk hormat pada maharaja zios. semenjak dari hari itu dia mula tinggal dengan makhluk tua berjanggut hitam itu. setiap hari dia akan di ajar ilmu mempertahankan diri. "bagaimana dengan keadaan troy X1 tu, mahaguru sunan?", soal maharaja zios pada mahaguru sunan ketika mereka bertemu di luar kawasan istananya. "oh... dia semakin mahir dalam menggunakan senjata. buat masa ni aku berkira kira hendak mengajar dia black magic pula...", jawap mahaguru sunan dengan jujur. "oh... baguslah kalau macam tu... aku mahu dia cepat menguasai apa yang kau ajar sebab tak lama lagi aku merancang hendak melancarkan serangan ke atas planet bumi...", kata maharaja zios dengan penuh semangat. "berikan tempoh padanya sehingga beberapa bulan ni supaya dia belajar denganku sebab aku betul betul nak dia mendalami segala ilmu yang aku ajarkan padanya...", kata mahaguru sunan. "hm... baiklah... aku akan bagi kau masa untuk mengajarnya... aku harap bila dia selesai belajar segala ilmu dari kau dia sudah bersedia untuk menjadi jeneral perangku...", kata maharaja zios dengan senyum lebarnya. "baiklah tuanku... semoga rancangan tuanku berjalan dengan lancarnya...", balas maharaja sunan. mereka berbalas senyuman penuh bererti...
*** *** ***
"papa... kasut ni dah tak muatlah dengan kaki ash...", ashriel bersuara pada papanya sebaik saja dia balik dari sekolahnya. faiz terdiam sebaik saja dia melihat kasut sekolah yang baru saja di belikannya beberapa bulan yang lalu. nampak gayanya tubuh ashriel mula bertumbuh dengan cepat sekali. dia kini kelihatan seperti seorang pemuda yang berumur 16 tahun padahal dia baru saja berumur 14 tahun ketika itu. dahlah tubuhnya cepat membesar dari umurnya yang sebenar malah dia lebih tinggi dari abangnya jefri yang baru saja berumur 24 tahun itu. faiz perhatikan suara ashriel pun sudah berubah garau sekarang. dalam diam dia tidak menyangka yang ashriel kini telah menjadi seorang remaja lelaki bertubuh tinggi lampai dan sasa. dia tak ubah seperti ayahnya azroy. "papa... papa dengar tak apa yang ash cakapkan ni?", soal ashriel di sebelahnya. "dengar... tak apalah...nanti papa belikan kasut baru untuk kau...", balas faiz seraya bangkit dari tempat duduknya. "kalau kau nak kasut yang baru kau pergilah beli kasut sendiri... asyik suruh papa beli saja...", kedengaran suara jefri menegur ashriel dari belakang. dia baru saja balik dari universiti tempat dia belajar. ashriel sedikit pun tidak bersuara. dia hanya diam membisu. sejak abangnya asyik menggelarkan dia anak pungut dia tidak lagi banyak bicara dengan abangnya itu. dia tahu abangnya tidak sukakan dia sejak dia kecil lagi. dia hanya melangkah pergi dari situ tapi langkah kakinya di halang oleh abangnya itu.
"hey... kau tolong bawa masuk buku buku aku ni ke dalam bilik tidur aku tu... aku nak berehat kat ruang tamu ni sekejap...", kata jefri seraya menyerahkan semua buku buku pelajarannya ke tangan ashriel. tanpa banyak bicara ashriel pantas mencapai buku buku itu lalu dia mula melangkah naik ke tingkat atas. dia meletakkan buku buku yang di pegangnya di atas meja belajar abangnya jefri. langkah kakinya terhenti sebaik saja dia terlihat gambar mereka sekeluarga di dalam photo frame yang ada di situ. dia lihat yang dirinya tidak ada dalam gambar di dalam photo keluarga tersebut. dia tahu abangnya jefri telah menggunting gambarnya dan membuang gambarnya dari dalam gambar keluarga mereka. dalam diam dia merasa sungguh sedih sekali. bertahun lamanya dia hidup sebumbung dengan abangnya namun abangnya masih juga membenci dirinya biar pun dia sudah berusaha menjadi seorang adik yang baik. "abang jef.... sampai bila kau membenciku?", soal hati kecilnya dengan sedih.
AUTHOR NOTE: masa sakit pala and demam ni pula mizz dapat sambung cerita ni. orang kalau time sakit mana ada idea nak masuk pala otak tapi mizz pula lain. masa sakit sakit lak mizz banyak idea dalam pala ni. tambah sakit pala tambah banyak idea merepek masuk dalam otak ni... pelik betul mizz ni kan.... hm...
ANDA SEDANG MEMBACA
ASH (PG13)
Ciencia Ficción#1 in science fiction (05/05/2017) {EMIRATES SCI-FIC BEST BOOK AWARD} Sinopsis:- Ketika azroy sedang memandu keretanya seorang diri di satu pagi yang indah itu tiba tiba saja muncul seorang gadis di hadapan keretanya. Gadis tersebut merayu padanya a...
