ASH 33

667 48 108
                                    

azroy menghempaskan tubuhnya di atas singgahsananya. fikirannya kacau bilau. dia tidak tahu apa yang dia harus lakukan. dalam waktu yang sama dia bimbangkan keselamatan isterinya. dia tidak tahu macamana nak buat pilihan dalam keadaan yang huru hara seperti itu. azroy mula berfikir panjang. "roy, macamana....", kata kata faiz di potong pantas oleh azroy. "boleh awak berdiam diri sekejap tak, iz?... aku sedang berfikir ni...", potong azroy. faiz pun terpaksa berdiam diri. setelah beberapa minit kemudian, "kau fikir perlu ke aku teruskan pemerintahan aku di planet ferros ni tanpa maya atau aku menyerah diri saja dan serahkan seluruh takhta kerajaan planet ferros ni pada maharaja zios?", soal azroy minta pendapat rakannya itu. "entahlah... aku pun buntu juga memikirkan semuanya tu.... tapi kalau aku jadi macam kau aku tak nak kehilangan maya dan takhta kerajaan ni sebab kedua duanya sangat bernilai...", balas faiz perlahan lahan. "ya... betul juga apa yang kau cakapkan tu... aku pun fikir macam tu... apa apa pun aku nak berbual dengan maharaja zios melalui video device 3D... tolong sambungkan aku kepada video device 3D maharaja zios.... aku nak berkata sesuatu dengannya...", kata azroy dengan pantas. faiz mula menarik keluar video device 3D dari dalam poket seluarnya. dia menunggu sambungan dari video device 3D milik maharaja zios. setelah ianya tersambung dengan baik barulah azroy bersuara, "maharaja zios, aku dah buat keputusan...", kata kata azroy di sambut dengan senyum simpul dari bibir makhluk asing tersebut. "akhirnya kau dah buat keputusan... apa keputusan kau tu ar?", soalnya seraya tersenyum.

"aku fikir aku tak akan lepaskan maya ke tangan kau dengan begitu saja...", kata azroy dengan pantas. "oh... jadi kau nak serahkan diri kau dan seluruh takhta kerajaan planet ferros ke tangan aku, begitu?", soal maharaja zios dengan senyuman yang semakin lebar. "tak semudah itu wahai maharaja zios...", balas azroy. "apa?... apa maksud kau ni?", soal maharaja zios mula bingung. "sebenarnya aku dah buat pilihan tapi bukan dengan 1 pilihan... tapi aku pilih kedua duanya sekali. aku tak akan serahkan maya pada kau... aku tak akan menyerah diri pada kau dan aku tetap mempertahankan takhta kerajaan planet ferros ni dari di jajah oleh makhluk lain sebab aku rasa tidak baik seorang maharaja menyerahkan takhtanya pada orang lain tanpa membuat sebarang perhitungan terlebih dahulu....", kata azroy dengan wajah yang serius. "hey... bukankah aku dah cakap yang kau kena buat 1 pilihan saja tapi kenapa kau memilih kedua duanya sekali?.... thats out of deal...", ucap maharaja zios sedikit bengang. "yeah... I know its out of deal tapi aku tetap memilih kedua duanya sebab aku sangat sayangkan isteri aku, maya dan aku sayangkan rakyat jelata puak massa yang bernaung di bawah pemerintahanku. tambahan pula kedua duanya sangat bernilai di depan mataku... so, jikalau aku memilih 1 daripadanya sudah tentu yang lain akan fikir yang aku ni berlaku tidak adil. so to be fair, aku nak kita berdua bertarung demi menentukan siapakah yang layak memiliki semuanya tu....", kata azroy. "oh... tidak!... tidak!... aku tidak setuju!...", balas maharaja zios sambil menggeleng gelengkan kepalanya.

"kenapa kau tidak setuju pula? apakah kau sudah menjadi pengecut? atau kau sudah hilang kejantanan kau tu?", soal azroy sambil tersenyum sinis. "bukan begitu tapi....", kata kata maharaja zios di potong pantas oleh azroy. "tak sangka ya, maharaja zios ni pengecut juga orangnya... chicken... chicken...... pakpakpakpakpak....", azroy bersuara sinis sambil mengajuk bunyi ayam betina. maharaja zios merasa sungguh tercabar sebaik saja dia mendengar perkataan azroy itu. "baiklah... baiklah... baiklah... aku akan bertarung dengan kau but one condition...", maharaja zios bersuara dengan pantas. "apa syarat kau tu?", soal azroy ingin tahu. "aku tak nak bertarung dengan menggunakan tangan tapi aku nak kita bertarung dengan menggunakan senjata iaitu swordfore... dan satu lagi aku tak nak sesiapa pun masuk campur dalam pertarungan ini. aku cuma nak bertarung dengan kau seorang saja. siapa yang kalah dalam pertarungan ini dia akan di bunuh dan siapa yang menang dalam pertarungan ini dia akan dapat maya dan takhta kerajaan planet ferros...", kata maharaja zios dengan pantas. "okay, deal... tapi bila kita nak mulakan pertarungan ini?", soal azroy dengan pantas. "petang ini juga kita akan mulakan pertarungan ini...", balas maharaja zios. "baiklah... aku akan tunggu kau di depan kubu pertahanan...", balas azroy dengan wajah selamba. video device 3D di matikan. azroy bangun dari atas singgahsananya. dia di iringi oleh faiz. dia berjalan menuju ke bilik persalinan. baju perang di pakainya dengan di bantu oleh faiz. "kau fikir kau akan menang ke dalam pertarungan ni?", soal faiz ingin tahu. "tengoklah nanti siapa yang menang.... siapa yang kalah....", balas azroy. kelihatan kapten sharp menghampirinya. "roy, semoga kau berjaya menumpaskan maharaja zios... kami akan bagi sokongan padu pada kau nanti...", kata kapten sharp sambil menepuk bahu kiri azroy. "baiklah... faiz, tolong jaga ash baik baik... jika ada apa apa terjadi padaku tolong serahkan rantai silver aku ni padanya. tolong katakan padanya bahawa ayahnya sangat sayangkan dia...", kata azroy sambil membuka rantai silver di lehernya. perlahan lahan dia menyerahkan rantai silver tersebut pada faiz.

faiz segera mengambil rantai silver itu dari tangan azroy. "huwaaa..... huwaaa.......", kedengaran suara anak lelakinya menangis dari dalam buaian yang terletak tidak jauh dari situ. perlahan lahan azroy menghampiri anak lelakinya yang baru berusia 4 bulan itu. dia segera mengangkat bayinya lalu menggendongnya dengan penuh kasih sayang. azroy merasa sungguh sedih sebaik saja dia melihat wajah anak lelakinya yang polos itu. dia tidak tahu kenapa dia merasa sedih ketika itu. tangisan anak lelakinya menambahkan rasa pilu di hatinya. "tolong jangan nangis ash.... ayah akan pergi selamatkan mak kau.... jangan nangis ye sayang... ayah sangat sayangkan kau...", ucap azroy lalu mencium kening anak lelakinya itu. bagaikan mengerti apa yang ayahnya katakan padanya ashriel terus diam dalam dakapan ayahnya. "iz... tolong gendong anak aku ni... tolong jaga dia baik baik, ya...", ucap azroy dalam nada suara yang menahan kesedihan. dia menyerahkan anaknya ash ke tangan faiz. perlahan lahan faiz menyambut anak kecil itu dalam pangkuannya. "roy, kenapa kau nampak sedih ni?...", soal faiz sebaik saja dia melihat ekspresi wajah rakannya itu. "aku tak tahu iz... apa apa pun aku berpesan pada kau tolong jaga ash seperti anak kau sendiri...", ucap azroy lagi. "hey... kenapa kau cakap macam tu pula? kau bercakap macam orang yang tahu ajalnya akan tiba...", soal faiz kehairanan. "entahlah iz... hati aku sedih secara tiba tiba... apa apa apa pun aku terpaksa pergi dulu..." cepat cepat azroy beredar dari situ dengan membawa sebilah swordfore di tangannya. "huwaaaa... huwaaaaa....", sayup sayup kedengaran suara ashriel menangis. azroy berhenti melangkah. dia memejamkan matanya buat seketika. "ayah sayangkan kau ash... ayah sayangkan kau...", bisik azroy. perlahan lahan dia beredar dari situ.

sementara itu kelihatan maharaja zios sudah siap dengan pakaian perangnya. dia merenung wajahnya di dalam cermin. kelihatan kolonel reid sedang berdiri di belakangnya. "kau rasa aku akan menang ke dalam pertarungan ni?", soal maharaja zios. "mungkin menang... itu pun jika tuanku main kotor sikit...", kolonel reid bersuara seraya tersenyum jahat. "maksud kau?", soal maharaja zios sambil memandang wajah kolonel tersebut. "begini.... sokseksokseksoksek....", kolonel reid mula berbisik di telinga maharaja zios. "hahahahahaha.... good idea, kolonel reid... good idea.... hahahahaha....", maharaja zios bersuara sebaik saja kolonel reid selesai berbisik di telinganya. "baiklah... aku akan gunakan taktik kotor kau tu nanti.... hahahaha....", ucap maharaja zios dengan ketawa jahatnya.

AUTHOR NOTE: okay, mulai dari sekarang tajuk cerita ni bertukar menjadi ASH. nama Ash di ambil dari nama singkatan anak azroy yang akan menjadi watak utama cerita ni selepas ni. harap korang tak kisah akan perubahan ini... (oleh kerana cerita ni masih 'under construction', so jalan cerita ni akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa. harap korang akan faham, eh...)

ASH (PG13)Where stories live. Discover now