ASH 9

2.7K 100 5
                                    

"hey... aku di mana sekarang ar?", soal azroy pada lembaga tersebut namun soalannya tidak di jawap. malah lembaga itu membelakanginya lalu melangkah pergi dari situ. "hey... kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni?... aku di mana, hah!?", soal azroy sekali lagi. sekali lagi jawapannya tidak di jawap. oleh kerana terlalu marah kerana soalannya tidak di jawap azroy bingkas bangun lalu menumbuk belakang lembaga tersebut dengan tangannya sendiri. lembaga itu terus terjatuh di atas lantai. dia segera melompat ke atas tubuh lembaga tersebut lalu di tumbuknya tubuh lembaga tersebut secara bertalu talu tiba tiba datang 5 lembaga yang lain lalu menangkapnya. sekali lagi mereka menyuntik lengannya dengan picagari di tangan. azroy menjadi lemah serta merta. perlahan lahan mereka menarik tubuhnya lalu membaringkannya di atas katil yang ada di situ.

azroy cuba melawan tapi dia gagal berbuat demikian. seluruh tubuhnya lumpuh secara mendadak. dia tidak mampu berbuat apa apa lagi. dia hanya dapat melihat mereka dengan matanya saja. selepas itu mereka melangkah pergi dari situ. beberapa minit kemudian tubuhnya kembali pulih dari keadaannya yang lumpuh itu. dia bingkas bangun dari atas katilnya. dia merasa sungguh marah apabila dia di tahan lama lama dalam bilik kecil itu. demi melampiaskan kemarahan di dalam dadanya dia pun terus menghempas bantal dan tilamnya di atas lantai. tak cukup dengan itu dia menghempas tray makanan dan gelas minuman yang di hidangkan untuknya. ketika dia sedang mengamuk seorang diri dalam bilik tersebut tiba tiba ada paparan seperti skrin LCD di atas dinding tidak jauh dari situ. azroy terkejut sebaik saja dia melihat skrin LCD timbul di atas permukaan dinding bilik tersebut. setahunya tak ada apa apa pun kat dinding tu tadi tapi sekarang ada skrin LCD. ianya muncul secara tiba tiba pula di atas permukaan dinding tu. dia terlopong macam orang bodoh. "tolong bawa bertenang... jangan mengamuk macam tu... kau hanya memburukkan keadaan jikalau kau bertindak ganas seperti itu...", tegur seorang lelaki dalam skrin LCD tersebut. azroy cuba mengamati wajah lelaki itu namun dia tidak kenal siapa lelaki tersebut. "siapa kau ni, hah?... aku di mana sekarang ni?", soal azroy ingin tahu.

"nama aku judd... tentang soalan di mana kau berada sekarang... itu tak perlu kau ketahui... aku cuma nak kau bertenang dan anggap saja tempat ini seperti rumah kau sendiri....", kata lelaki tersebut. "apa?... kau nak aku anggap bilik kecil ni macam rumah aku sendiri?", soal azroy cukup terkejut. "ya... mulai dari hari ini kau akan tinggal di sini...", balas lelaki itu. "buat apa pula aku tinggal kat sini? ini bukan rumah aku pun...", balas azroy cukup bengang. "ya... memang betul ini bukan rumah kau tapi tempat ini akan menjadi tempat kau buat selama lamanya...", kata lelaki tersebut dengan wajah yang serius. "maksud kau, aku akan tinggal di sini sehingga ke akhir hayat aku?", soal azroy dengan wajah yang tegang sekali. "ya...", balas lelaki itu sepatah. "okay, cuba kau bagitahu aku sebab yang kukuh kenapa aku di paksa tinggal dalam bilik kecil ni?", soal azroy dengan marah. "kami tak boleh bagitahu kau sebabnya sekarang... kami cuma nak kau bertenang dulu...", kata lelaki tersebut.

"macamana aku nak bertenang sedangkan aku tak tahu di mana aku berada sekarang? lagi pun aku tak tahu apa sebabnya aku di tahan dalam bilik kecil ni...", azroy bersuara sambil melangkah mundar mandir di hadapan skrin LCD tersebut. dia memegang belakang tengkuknya dengan kedua belah tangannya. "kami tahu kau sedih dan tertekan sebab kau terpaksa tinggal di dalam bilik yang bukan bilik kau sendiri tapi jangan sedih tapi bertenanglah.... lambat laun kau pasti akan terbiasa tinggal dalam bilik kecil macam ni...", kata lelaki tersebut. azroy berhenti melangkah mundar mandir di situ. dia memandang wajah lelaki yang ada dalam skrin LCD tersebut. "kau fikir aku ni apa?.... penjenayah atau orang gila yang perlu di penjarakan dalam bilik khas macam ni?... oh!... come onlah... aku ni manusia yang sihat dan normal... aku perlukan kebebasan. takkanlah aku terus terperap dalam bilik kecil ni buat selama lamanya.... ini hanya akan membuatkan aku menjadi gila...", kata azroy sedikit geram. "bersabar dan bertenanglah... everything is gonna be alright.....", kata lelaki itu pula. "yeah riiight... jika semuanya akan menjadi baik mana perginya isteri aku, maya dan kawan aku si faiz tu?", soal azroy ingin tahu. "oh... mereka baik baik saja... malah mereka lebih tenang jika di bandingkan dengan kau...", kata lelaki itu. "apa maksud kau yang mereka lebih tenang daripada aku?", soal azroy dengan dahi yang berkerut. "mereka tidak mengamuk dan tidak marah marah seperti kau...", kata lelaki tersebut dengan wajah yang serius.

"oh really?.... jadi korang buat perbandingan di antara kami bertiga, begitu?", soal azroy. "ya.... apa apa pun kau jangan bimbang... kami tidak akan mengapa-apakan kau dan kawan kau tu... itu pun jikalau kau dan kawan kau tidak bertindak ganas tapi jikalau kau dan kawan kau bertindak ganas juga kami terpaksa mengambil tindakan ke atas korang....", kata lelaki itu. "oh... jadi kau mengugut aku dan kawan aku pula?", soal azroy dengan marahnya. "tak juga... aku cuma memberikan peringatan pada kau supaya kau tahu peraturan di tempat ini...", kata lelaki tersebut. "oh... dalam bilik kecil macam ni pun ada peraturan juga ke?... hm... nasib aku samalah macam nasib banduan yang di tahan dalam penjara...", gerutu azroy. "well... taklah sama seratus peratus...", kata lelaki itu. "yelah tu... anyway, boleh aku tahu di mana isteriku berada sekarang?", azroy menyoal lelaki tersebut.

"maaf... aku tak boleh bagitahu kau di mana dia berada sekarang... itu adalah rahsia...", jawap lelaki itu. "oh... kenapa pula ianya di rahsiakan?", soal azroy bertambah bengang. "maaf... aku tak boleh jawap soalan kau tu... apa apa pun kau berehat dulu, ya...", belum pun sempat azroy bersuara, paparan wajah lelaki di atas skrin tersebut hilang serta merta. serentak dengan itu skrin LCD tersebut terus menghilang di sebalik dinding bilik kecil itu. azroy segera menyentuh dan meraba dinding bilik kecil tersebut untuk mencari di mana perginya skrin LCD sebentar tadi tapi ianya tidak ada lagi di situ. azroy merasa hairan. selama dia hidup dan bernafas, inilah kali pertama dia melihat skrin LCD yang boleh timbul dan tenggelam di atas permukaan dinding. "teknologi apakah itu?...", persoalan itu mula bermain di mindanya. setahunya belum pernah ada teknologi seperti itu di seluruh dunia sebelum ini. apakah dia sedang bermimpi atau apa?.... "ya... boleh jadi juga aku bermimpi..." bisik hati kecilnya tak keruan. "paakkk!!!...", kedengaran pipi kirinya di tampar oleh tangannya sendiri. "aduiii!....", jeritnya kesakitan. Pipi kirinya terasa sakit. nampak gayanya dia tidak bermimpi. jadi inilah kenyataan. dia di tahan dan di kurung dalam sebuah bilik yang mempunyai teknologi yang sangat tinggi. azroy hanya berdiri di situ dalam keadaan yang terpinga pinga....

ASH (PG13)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang