ASH 54

505 43 8
                                    

20 minit kemudian mereka pun tiba di sebuah gua yang terletak di dalam hutan tersebut. mereka melangkah masuk ke dalam gua tersebut dengan penuh berhati hati. "mana kapal piring terbang tu pa?.... tak ada pun kapal piring terbang dalam ni...", kata jefri sambil tercangak cangak memandang di sekitar kawasan dalam gua tersebut. "kapal piring terbang tu ada... cuma papa tinggalkannya dalam keadaan invisible mode.... papa sengaja berbuat begitu sebab papa tak mahu sesiapa pun tahu ada kapal piring terbang dalam hutan ni... korang tunggu kat situ... biar papa pergi cari kapal piring terbang tu....", balas faiz. dia melangkah sambil mencari kapal piring terbang yang di maksudkannya. tangannya meraba raba sesuatu. dia seperti menyentuh sesuatu di depan matanya. tidak lama kemudian dia menekan sesuatu di situ. ashriel dan jefri hanya diam terpaku sambil memandang ke arah papa mereka. tiba tiba saja mereka lihat faiz seperti menaiki anak tangga. kemudian dia menghilang dari pandangan mata mereka. "eh... ke mana pula papa menghilangkan diri?", soal jefri terkejut. "entahlah...", balas ashriel. mereka merasa sungguh terkejut sebab papa mereka menghilangkan diri dalam sekelip mata. tidak lama kemudian mereka terdengar deru bunyi kapal yang sangat besar bunyinya. serentak dengan itu kelihatan lampu bersinar terang benderang di dalam gua tersebut. di saat itulah mereka nampak sebuah kapal terbang tersadai megah depan mata mereka. "oh.... my God..... besarnya kapal piring terbang ni....", jefri terjatuh di atas tanah akibat terlalu terkejut. ashriel hanya terlopong di saat matanya terpandang akan kapal piring terbang tersebut. kelihatan papa mereka sedang berdiri menunggu mereka di depan pintu kapal piring terbang itu. "kenapa korang tercegat kat situ pula?... marilah masuk ke dalam kapal piring terbang ni...", faiz bersuara memanggil 2 orang anaknya itu. cepat cepat ashriel melangkah masuk ke dalam kapal piring terbang tersebut. begitu juga dengan jefri.

"korang duduklah kat atas kerusi ni...", faiz menyuruh mereka duduk di atas kerusi yang ada di cockpit kapal piring terbang itu. mereka pun duduk. "pasangkan seat belt korang... kita akan pergi ke lombong terbiar tu... aku nak tengok apakah pyros dan kapten sharp sudah dapat kapal piring terbang mereka ataupun tidak...", kata faiz. dia mula memandu kapal piring terbang tersebut keluar dari dalam gua itu. jefri yang masih merasa terkejut tidak mampu bersuara. begitu juga dengan ashriel. mereka hanya duduk diam di atas kerusi masing masing. beberapa minit kemudian mereka pun sampai di kawasan perlombongan lama yang terbiar itu. kelihatan kapal piring terbang milik pyros dan kapten sharp mula meluncur naik ke udara. "hm.... nampak gayanya mereka sudah berjaya mendapatkan kembali kapal piring terbang mereka...", kata faiz. dia lihat beberapa ahli tentera di situ melepaskan beberapa das tembakan ke arah kapal piring terbang yang mula naik ke udara itu. namun tembakan mereka tidak meninggalkan sebarang kesan. mungkin sebab pyros dan kapten sharp sudah memasang sistem kebal kapal piring terbang tersebut, jadi ianya tidak lagi terkena das tembakan itu. kapal piring terbang tersebut terus meluncur laju dari situ. faiz pantas memandu kapal piring terbangnya dengan mengekori kapal piring terbang tersebut dari belakang.

faiz cuba menghubungi pyros dan kapten sharp melalui gadget kecil yang di berikan oleh pyros padanya sebelum mereka berpisah haluan sebentar tadi. ketika dia cuba menghubungi mereka tiba tiba saja, "kau ke tu faiz?... ini pyros bercakap... kami sudah dapat balik kapal piring terbang kami....", kedengaran suara pyros bergema melalui speaker yang ada di atas control panel kapal piring terbang tersebut. "oh... baguslah kalau macam tu... jadi sekarang apa yang harus kita lakukan?", soal faiz. "buat masa ni aku belum terfikir lagi nak buat apa.... aku rasa kita perlu berbincang...", kata pyros. "baiklah... tapi di mana kita harus berbincang?", soal faiz. "aku rasa lebih baik kita pergi ke suatu tempat yang agak terpencil... di mana tidak ada seorang manusia pun tinggal di kawasan itu....", kata pyros. "oh... aku tahu satu tempat yang sesuai untuk kita berbincang... korang hanya ikut aku dari belakang...", kata faiz dengan pantas. "baiklah...", balas pyros. faiz segera memandu kapal piring terbangnya menuju ke suatu tempat di mana yang di fikirkannya sesuai untuk mereka berbincang. mereka mendarat di sebuah kawasan yang agak terpencil. perlahan lahan faiz, ashriel dan jefri melangkah keluar dari dalam kapal piring terbang tersebut. begitu juga dengan pyros dan kapten sharp. mereka duduk di atas batu besar yang ada di situ. "macamana kita nak halang rancangan makhluk asing tu untuk menakluki bumi ini?", soal faiz sebaik saja mereka duduk berkumpul di situ. "apa kata kalau kita join peperangan ni?....", soal ashriel. "maksud kau?....", soal faiz. "maksudku, takkanlah kita berdiam diri dan membiarkan pihak tentera di bumi menentang semua makhluk asing tanpa berbuat sesuatu...", kata ashriel. mereka terdiam ketika mendengar perkataan ashriel itu. mereka saling berpandangan. "jadi apa plan kau?", soal pyros sambil memandang wajah anak muda tersebut. "aku ada dua plan.... plan A kita mesti serang kapal induk utama makhluk asing tu bersama dengan ahli tentera yang lain sehingga ianya meletup di udara.... kita beralih ke plan B jikalau mothership tu tidak meletup.... kita terpaksa masuk ke dalam kapal induk utama makhluk asing tu untuk membunuh kaisar zios... aku rasa selagi kaisar zios tu masih hidup makhluk asing tu pasti akan melancarkan serangan ke atas bumi tanpa henti....", kata ashriel dengan pantas.

"kalau kita nak serang mothership makhluk asing tu kita kena pergi ke negara AS sebab mothership tu berada di sana.... yang berlegar kat negara msia ni cuma ahli tenteranya saja.... kaisar zios berada di negara AS.... so kita harus pergi ke sana juga ke?....", soal faiz. "ya...", balas ashriel sepatah. "tapi macamana kita nak serang kapal induk tu?... sedangkan kapal piring terbang kita tidak ada sebarang peluru berpandu sama seperti kapal piring terbang pihak musuh....", kata kapten sharp. "jadi macamana kita nak dapatkan peluru berpandu tu untuk kapal piring terbang kita?", soal jefri dengan dahi berkerut. "aku rasa lebih baik kita pergi ke pangkalan tentera AS untuk mencuri semua senjata atau peluru berpandu mereka supaya kita ada peralatan peperangan yang lengkap dalam kapal piring terbang kita... lagi bagus kalau ada missile tornado... tentu ianya akan dapat memusnahkan kapal induk kaisar zios tu....", kata ashriel pula. "hm.... bagus juga idea kau tu tapi itu terlalu berisiko tinggilah.... silap haribulan kita akan di tangkap dan di bunuh oleh tentera AS tu pula....", kata pyros. "korang jangan takutlah... kita bertiga boleh menyamar menjadi sama seperti ahli tentera AS. kita boleh merampas semua senjata tu dalam sekelip mata saja....", kata ashriel. "okaylah, kami akan ikut cadangan kau tu...", kata kapten sharp. "kami pula macamana?", soal faiz. "papa dan abang jef harus tinggal di dalam kapal piring terbang tu. korang di tugaskan untuk menjaga kapal piring terbang kita semasa ketiadaan kami...", kata ashriel. "hm... baiklah...", balas faiz. "baiklah malam ni juga kita pergi ke negara AS untuk mencuri semua senjata tu dan selepas tu kita tunggu masa untuk bertindak...", kata ashriel. "oh... itu maknanya kita tak ada masa lagi untuk tidur ke?", soal jefri separuh mengeluh. "ya... sekarang kita tak ada masa untuk tidur... ini ialah masa peperangan... kita tak boleh tidur. kita harus berjaga jaga dan bersiap sedia bagi menghadapi peperangan yang bakal di lancarkan oleh pihak musuh...", balas ashriel dengan wajah yang serius. "ouwhhhh...", jefri kembali mengeluh berat. sebenarnya dia merasa betul betul mengantuk ketika itu. maklumlah jarum jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 12.10 tengah malam. mahu tak mahu dia pun terpaksa bersengkang mata malam itu. mereka segera berpisah haluan setelah mereka selesai berbincang di situ. mereka kembali menaiki kapal piring terbang masing masing. kali ini ashriel menaiki kapal piring terbang milik pyros dan juga kapten sharp. manakala faiz dan anaknya jefri melangkah masuk ke dalam kapal piring terbang yang satu lagi. tidak lama kemudian kedua dua kapal piring terbang tersebut mula meluncur laju ke udara. mereka 'set'kan hala tuju kapal piring terbang masing masing menuju ke negara AS....

ASH (PG13)Where stories live. Discover now