ASH 47

532 41 17
                                    

"janganlah korang banyak tanya... korang ikut saja dan duduk diam...", faiz bersuara mewakili 2 orang rakannya itu. Mereka pun terdiam selepas itu. Ketika mereka melalui kawasan perlombongan yang terbiar di jalan meriman mereka lihat begitu ramai orang sedang berdiri di kawasan perlombongan terbiar tersebut untuk melihat kapal piring terbang yang terdampar di belakang kawasan perlombongan itu. mereka hanya diam ketika mereka menyaksikan kawasan tersebut di penuhi manusia manusia yang ingin melihat spaceship yang pelik itu. "apa kata kalau kita singgah sekejap?... aku nak tengok apa yang ingin mereka lakukan terhadap kapal piring terbang tu...", pyros bersuara pada faiz. mahu tidak mahu faiz pun terpaksa memberhentikan kereta mereka di tepi jalan untuk melihat keadaan kapal piring terbang tersebut. kelihatan beberapa pihak tentera dari negara barat turut datang untuk melihat keadaan kapal piring terbang itu. dari pakaian mereka saja mereka dapat tahu itu ialah pihak tentera dari negara barat. mereka sedang berusaha untuk membuka pintu piring kapal terbang tersebut tapi mereka gagal berbuat demikian. "apasal korang tak buat kapal korang tu dalam invisible mode tempohari?", soal faiz separuh berbisik pada kapten sharp di sebelahnya. "aku terlupa pula nak pasangkan invisible mode tu... inilah jadinya...", balas kapten sharp separuh berbisik. "memang kapal ni akan diorang angkut dari sini untuk siasatan yang selanjutnya...", bisik faiz. "hm... nak buat macamana lagi kan diorang dah tahu kapal piring terbang tu, kita dah tak boleh buat apa apa lagi...", celah pyros separuh berbisik. mata mereka tertumpu ke arah kapal piring terbang berwarna 'silver' itu. "apa sebenarnya yang berlaku kat sini?... kenapa korang berbisik bisik ni?", tegur ashriel di belakang mereka. mereka saling berpandangan seketika. kemudian mereka beredar dari situ. ashriel dan jefri yang tidak tahu apa apa hanya mengekori mereka dari belakang.

mereka kembali masuk ke dalam kereta milik faiz. mereka mula meninggalkan tempat itu. "korang jangan bimbang... aku masih ada sebuah kapal piring terbang untuk korang balik ke planet ferros.... sekarang kapal piring terbang tu masih berada di hutan simpan merak di jalan celinggu....", kata faiz pada pyros dan kapten sharp. "oh.... betul ke ni?", soal pyros sungguh gembira. "ya... betul... kapal tu aku buat dalam invisible mode....", kata faiz lagi sambil memandu keretanya. "maaf sebab menyampuk perkataan korang... boleh tak korang bagitahu aku apa yang sebenarnya berlaku ni? apa kaitan korang dengan kapal piring terbang tu dan kenapa pula papa ada menyimpan kapal piring terbang?", sampuk ashriel secara tiba tiba. mindanya penuh dengan tanda tanya. "ashriel... boleh tak kau diam sekejap... kau tak boleh menyampuk perkataan orang tua tau...", tegas faiz. "tapi papa....", kata kata ashriel di potong pantas oleh pyros. "mungkin sudah tiba masanya kami menjelaskan perkara ini pada kau....", pyros bersuara perlahan lahan. faiz terdiam di tempat duduknya. begitu juga dengan kapten sharp. "sebenarnya kami ini ialah makhluk asing dari planet ferros.... kami datang ke planet bumi untuk mengajar kau ilmu mempertahankan diri sebab tak lama lagi bumi ini akan di serang oleh makhluk asing yang di ketuai oleh kaisar zios. kaisar itu ingin memperluaskan jajahannya ke planet bumi sebab itulah kami datang ke sini supaya mempersiapkan kau demi menentang kaisar yang kejam tu...", terang pyros panjang lebar. "apa?.... korang makhluk asing dari planet ferros?", ashriel terkejut. begitu juga dengan abangnya jefri. mereka macam tidak percaya dengan apa yang mereka dengar saat itu.

"biar betul...", jefri bersuara macam tidak percaya. "ya... kami cakap yang betul ni... kalau tak percaya kami akan mengubah tubuh kami ke tubuh kami yang asli...", serentak dengan itu pyros dan kapten sharp mengubah diri mereka pada rupa mereka yang asli. dalam sekelip mata saja mereka berubah menjadi makhluk bertubuh hitam. bukan main terkejut lagi ashriel dan abangnya jefri ketika mereka melihat semuanya itu. "jadi... jadi... korang memang betullah makhluk asing dari planet ferros?... patutlah korang lain macam aje aku tengok...", ashriel bersuara dalam nada suara yang terkejut. "ya... kami memang makhluk asing dari planet ferros....", balas pyros dengan jujur. apabila ashriel melihat tubuh mereka yang hitam itu tiba tiba saja dia merasa tak keruan. dia pun boleh berubah bentuk menjadi makhluk hitam seperti uncle pyan dan uncle sham jika dia mahu. "buat pengetahuan korang semua, aku pun boleh mengubah tubuhku menjadi hitam seperti korang...", kata ashriel perlahan lahan. "apa?.... biar betul kau ni ash....", jefri yang duduk di sebelahnya bersuara dengan nada suara yang terkejut. tanpa di duga, ashriel segera mengubah bentuk tubuhnya menjadi hitam sama seperti dua makhluk hitam itu. jefri merasa sungguh terkejut sebaik saja dia melihat adiknya berubah bentuk dalam sekelip mata. "sebenarnya apa telah terjadi pada diri ku, aku sendiri pun tidak tahu.... aku tidak tahu apakah aku ni makhluk asing seperti korang atau apa?", soal ashriel perlahan lahan. faiz yang sedang leka memandu keretanya segera memberhentikan keretanya di tepi jalan. "ashriel... ini bukan masa yang sesuai untuk mempersoalkan perkara seperti itu.... cepat!.... tukar bentuk tubuh korang ke bentuk tubuh korang yang biasa tu sebelum ada orang lain melihat korang....", kata faiz dengan pantas. belum pun sempat mereka berbuat demikian tiba tiba kelihatan beberapa orang yang berjalan kaki di jalanraya tersebut berhenti dan memandang ke arah mereka. mereka kelihatan sungguh terkejut sebaik saja mereka melihat ada 3 makhluk hitam berada di dalam kereta itu. sempat lagi mereka mengambil gambar makhluk makhluk bertubuh hitam dalam kereta kenari tersebut. "tengok... semua orang sudah melihat korang... sudah tentu sekejap lagi akan riuh planet bumi ni dengan berita kehadiran makhluk asing yang bodoh....", kata faiz cukup bengang. cepat cepat dia kembali memandu keretanya. pyros, kapten sharp dan ashriel segera mengubah bentuk mereka menjadi manusia semula. jefri yang duduk di sebelah ashriel hanya terlopong macam orang bodoh. dia betul betul terkejut melihat semuanya itu.

mereka baru saja hendak sampai di tempat mereka selalu berlatih tiba tiba kelihatan sebuah kereta polis mengejar mereka dari belakang. "oh.... bagus... sekarang kita di kejar oleh pihak polis....", kata faiz bertambah bengang. mahu tidak mahu dia terpaksa menambah kelajuan keretanya. "weeewiiiii.... weeewiiii.... weeewiiii....", kedengaran bunyi siren kereta polis mengejar mereka dari belakang. "alamak... mereka semakin ramai kejar kitalah....", kata ashriel pula. kelihatan 2 buah kereta polis mula mengejar mereka dari belakang. "itulah.... yang korang tiba tiba tukar bentuk tubuh korang tadi tu kenapa ar?.... sekarang kita sudah jadi buruan polis pula...", marah faiz. pyros dan kapten sharp hanya duduk diam di tempat duduk mereka. "macam ni sajalah... lebih baik kita memberhentikan kereta kita ni.... nanti mereka bertambah curiga lagi pada kita...", kata pyros. "memang mereka sudah merasa curiga pun... sebab mereka sudah tahu ada 3 makhluk bertubuh hitam dalam kereta ni tadi...", kata faiz dengan wajah yang tegang. pyros diam. begitu juga dengan kapten sharp. faiz terpaksa memandu kereta tersebut dengan laju sekali. namun usaha mereka untuk melarikan diri menemui kegagalan apabila ada beberapa buah kereta polis datang dari arah hadapan. faiz terpaksa memberhentikan keretanya sebaik saja pihak polis mengarahkan mereka supaya mereka berhenti di tepi jalan raya yang sibuk itu. mereka segera di tangkap oleh pihak polis kerana mereka di syaki makhluk asing yang cuba melarikan diri dari pihak berkuasa...

ASH (PG13)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang