ASH 39

581 45 21
                                    

hari demi hari berlalu. bulan demi bulan berlalu. tahun demi tahun berlalu. kini genap 6 tahun umur ashriel dalam jagaan faiz dan isterinya. faiz perhatikan tubuh ashriel membesar jauh lebih cepat dari kanak kanak yang seumur dengannya. tubuhnya kelihatan seperti anak yang baru berumur 8 tahun. ramai jiran jiran sebelah rumahnya macam tidak percaya apabila faiz dan isterinya mengatakan pada mereka bahawa ashriel kini berumur 6 tahun. ini kerana tubuhnya bertumbuh lebih cepat dari umurnya yang sebenar. ketika dia di hantarkan ke sekolah tadika yang berdekatan guru tadikanya pun terkejut apabila faiz mengatakan bahawa ashriel baru saja berumur 6 tahun ketika itu. mereka macam tidak percaya dengan apa yang mereka dengar dari mulut faiz tapi apabila mereka melihat butiran yang tertera di atas surat beranak ashriel mereka pun terdiam selepas itu. di hari pertama ashriel bersekolah guru tadikanya mengatakan pada faiz bahawa ashriel seorang anak yang pendiam dan agak pasif. dia sepertinya tidak suka bergaul dengan kanak kanak yang lain. memang tidak di nafikan ashriel sejak dari kecil lagi suka menyendiri. mungkin kerana dia sering di buli oleh abangnya jefri maka dia jadi begitu. entahlah.... faiz merasa sedih juga apabila dia melihat jefri asyik membuli ashriel di belakangnya. pernah satu kali dia nampak jefri memaksa ashriel mengangkat beg sekolahnya yang berat ketika dia baru balik dari sekolah. terkial kial anak kecil yang berumur 6 tahun tu mengangkat beg sekolahnya yang berat berat belaka. marah betul faiz apabila dia melihat jefri memperlakukan ashriel seperti hamba abdinya pula. dia pun terus memarahi jefri. apabila faiz membela ashriel semakin teruklah perangai jefri dari sehari ke sehari

di sekolah jefri menjadi seorang yang suka membuli orang lain. dia tidak akan berdiam diri apabila dia berada di kawasan sekolahnya. ada ada saja masalah yang di timbulkannya. dia asyik membuli murid murid sekolah yang lain. malah lebih teruk lagi dia pandai melawan cakap guru, merosakkan harta benda sekolah dan ponteng sekolah sampai dua dan tiga hari berturut turut. perubahan sikap jefri membuatkan guru pengetua sekolah tersebut merasa bimbang. dia terpaksa memanggil faiz untuk membincangkan masalah yang di timbulkan oleh jefri di sekolahnya. setelah berbincang akhirnya faiz meminta maaf bagi pihak anaknya jefri kerana begitu banyak masalah yang di timbulkannya sehingga menyusahkan pihak sekolah. guru pengetua menyuruh faiz supaya dia menasihati anaknya agar dia jangan lagi bertindak mengikut sesuka hatinya. dalam diam faiz menggetapkan giginya. baginya jefri perlu di 'ajar' supaya dia sedar akan kesilapannya.

jefri melangkah turun dari tingkat atas. dia lihat ashriel sedang leka menolong mamanya di dapur. walaupun dia masih kecil dia suka menolong mamanya di dapur. kelihatan anak kecil itu sedang mengelap meja dengan tuala di tangannya. jefri menunggu mamanya keluar dari ruangan makan. sebaik saja mamanya meninggalkan ruang makan tersebut dia pun terus memanggil ashriel. "ash... mari sini...", panggil jefri. "tapi aku belum habis lap meja ni...", balas ashriel sambil mengelap meja. "marilah sini...", panggil jefri lagi. mahu tidak mahu ashriel terpaksa melangkah menghampiri abangnya yang sedang berdiri tidak jauh dari situ. "ada apa bang?", soal ashriel ingin tahu. "daripada kau sibuk sibuk lap meja tu lebih baik kau pergi bersihkan dan kemaskan bilik tidur aku tu...", kata jefri. "tapi aku...", kata kata ashriel di potong pantas oleh jefri. "jangan bertapi tapi lagi dengan aku... cepat... pergi kemas bilik tidur aku tu... kalau tidak... kau tahulah apa akibatnya nanti...", kata jefri seraya menjegilkan biji matanya. dengan rasa terpaksa ashriel melangkah menuju ke bilik tidur abangnya di tingkat atas. dia membuka bilik tidur jefri. bilik itu sungguh kotor sekali. buku buku komik bertaburan di atas lantai. baju seluar bersepah sana sini. bantal, selimut dan tilam tidak kemas dan lantai pula kelihatan kotor dengan kertas yang di buang sana sini. pendek kata keadaan di dalam bilik tidur itu seumpama sarang tikus pula. "apa lagi kau tercegat kat situ?... buatlah kerja kau cepat!...", jefri bersuara sambil mendorong tubuh ashriel masuk ke dalam bilik tidurnya. mahu tidak mahu ashriel pun terpaksa mengemas dan membersihkan bilik tidur tersebut dengan di perhatikan oleh jefri. dia duduk di atas kerusinya sambil tersenyum sinis. "sapu bersih bilik tidur aku ni... kalau kau tidak sapu bersih bilik aku ni aku akan kerjakan kau cukup cukup....", jefri bersuara lagi. ashriel hanya diam membisu. dia menuruti saja perintah abangnya. tiba tiba, "ooooohhhh... ini kerja kau jef.... kau buat adik kau jadi hamba kau pula...", kedengaran suatu suara bergema dari ambang pintu bilik tidur itu. terkejut betul jefri sebaik saja dia melihat papanya faiz sedang berdiri bercekak pinggang di depan pintu bilik tidurnya. "oh... papa.... er... aku tak suruh dia sapu bilik tidur aku ni tadi... dia yang beria ia sangat nak sapu bilik tidur aku ni....", dalih jefri seraya menudingkan jarinya ke arah ashriel. "bohong!.... papa terdengar kau menyuruh ashriel menyapu bilik tidur kau tadi... jadi tak payah lah kau berdalih lagi dengan papa...", marah faiz. jefri tunduk diam membisu. "ash... jangan kau sapu bilik abang kau ni... biar dia sendiri yang sapu bilik tidur dia ni nanti... ash, kau keluar sekejap...", kata faiz. "baiklah papa....", balas ashriel. dia segera beredar dari situ.

"jefri... papa dengar kau sudah jadi samseng tahi kucing kat sekolah kau.... guru pengetua kau yang bagitahu pada papa yang kau berlagak samseng di sekolah...", kedengaran suara faiz memarahi anak lelakinya itu. ashriel tidak jadi meninggalkan tempat itu. dia berdiri di luar pintu bilik tidur jefri. dia ingin mendengar apa yang papanya perkatakan pada jefri. "tadi guru pengetua kau panggil aku ke sekolah kau. dia kata kau suka membuli pelajar sekolah yang lain. malah kau selalu saja melawan cakap guru dan merosakkan harta benda di sekolah. lebih teruk lagi kau selalu ponteng sekolah sehingga berhari hari kau tak hadir di sekolah... papa merasa sungguh malu apabila papa mendengar semuanya tu... nampak sangat kau ni semakin hari semakin biadap....", kata faiz dengan perasaan yang separuh geram. jefri hanya tunduk diam. dia sedikit pun tidak bersuara. "selama ini papa mengajar kau tentang nilai nilai murni yang harus kau amalkan dalam hidup kau tapi kau tidak mengamalkan nilai murni yang aku ajarkan tu malah kau semakin hari semakin biadap pula. sebenarnya apa yang menyebabkan kau jadi macam ni, hah?", soal faiz cukup bengang pada anak lelakinya itu. jefri hanya diam membisu. "jawap pertanyaan papa ni, jef... kenapa kau bersikap biadap ni?... apa yang menyebabkan kau jadi macam ni?", soal faiz dengan wajah yang serius.

"semuanya di sebabkan oleh anak pungut tu...", balas jefri perlahan lahan. "maksud kau adik kau si ashriel tu?", soal faiz. "ya...", balas jefri sepatah. "apa kaitan ashriel dalam perkara ni pula?", soal faiz dengan dahi yang berkerut. "di sebabkan dialah hidup aku tidak bahagia lagi... dia sudah merampas kasih sayang papa dan mama... aku di abaikan dan di pulaukan dalam rumah ni sebab itulah aku menjadi semakin biadap sekarang....", balas jefri dengan penuh emosi. "jangan kau libatkan ashriel dalam perkara ini.... dia langsung tidak bersalah dalam perkara ini. yang harus di persalahkan sekarang ialah diri kau sendiri... kau yang timbulkan masalah di sekolah tapi kau nak libatkan ashriel dalam perkara ni pula... anak tak guna... oleh kerana kau bersikap biadap dengan semua orang maka papa terpaksa memukul kau dengan rotan ni....", kata faiz dengan marahnya. dia mula memukul jefri dengan rotan di tangannya. "paak!!!.... paaakkk!!!.... paakkk!!!....", kedengaran tubuh jefri di pukul oleh papanya dengan rotan di tangan. jefri menjerit kesakitan sambil menangis. ashriel yang dari tadi diam membisu pantas berlari menuju ke arah abangnya. dia memeluk tubuh abangnya sambil bersuara, "cukuplah papa... cukuplah.... jangan pukul abang jef lagi...", rayu ashriel sambil memeluk tubuh abangnya yang sedang menangis saat itu. faiz terus berhenti memukul anak lelakinya itu. dia merasa sedikit tersentuh di saat dia melihat ashriel tampil ke depan untuk membela abangnya yang tak guna itu. "kau sepatutnya merasa malu sekarang jef... walaupun kau anggap adik kau tu seperti musuh kau tapi dia tidak pernah berdendam pada kau... buktinya dia tampil membela kau biar pun kau melayannya dengan teruk selama ini....", kata faiz lalu beredar dari situ. jefri pantas menolak tubuh ashriel sebaik saja papanya pergi dari situ. "aku tak perlukan pembelaan dari kaulah, anak pungut....", bentak jefri dengan marah. dia sedikit pun tidak merasa tersentuh biar pun ashriel telah membela dirinya sebentar tadi. jefri bingkas bangun lalu melangkah pergi dari situ. "anak pungut?.... betul ke aku ni anak pungut?", soal hati kecil ashriel penuh dengan tanda tanya.

ASH (PG13)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang