ASH 65

472 38 0
                                    

BAB 14

"ash... aku dapat satu maklumat dari dalam komputer induk makhluk asing ni..."
"apa dia?"
"komputer induk tu mengawal hampir seluruh tentera milik kaisar zios di seluruh dunia melalui mikrochip yang tertanam di otak mereka. mereka semuanya tidak sedar bahawa mereka di bawah kawalan dan pemerintahan si kaisar zios yang kejam tu!"
"so...."
"so... aku ada plan..."
belum pun sempat jefri menghabiskan perkataannya tiba tiba kapal pejuang mereka mengalami gegaran yang sangat kuat. dia hampir saja terpelanting jatuh dari atas kerusinya. nasib baik dia memakai seat beltnya kalau tidak tak tahu lagilah. "pyros, apa yang telah terjadi?", soal jefri ingin tahu. "ada kapal pejuang tentera AS terkena peluru berpandu pihak musuh. serpihan sayap kirinya terjatuh lalu mengenai belakang kapal pejuang kita. nasib baik kapal pejuang kita tak apa apa. ianya cuma mengalami gegaran kecil saja...", kata pyros dengan pantas. "oh begitu... anyway, aku nak hubungi ash dulu... ada sesuatu yang ingin aku perkatakan padanya...", jefri kembali bersuara sambil memegang earpiece di telinganya.
"calling ash... calling ash...."
"not now abang jef... aku sekarang sedang tumpukan perhatian ku pada kapal hexagon milik makhluk asing yang telah membunuh papa kita tu... aku hendak membunuh makhluk keparat tu dulu..."
"tapi ash... dengar dulu perkataan aku ni... aku ada plan..."
"kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni?... aku sekarang sedang tumpukan perhatian aku pada makhluk keparat tu... boleh tak kau jangan ganggu aku buat masa ni. aku tengah sibuk ni.... kau faham tak?"
"faham ash..."
"good..."
"shhhhhhhhh...."
kedengaran connection line di putuskan secara mendadak. jefri mengeluh sendirian.

"kenapa jefri?", soal pyros di sebelahnya. "sebenarnya aku nak berbincang dengan ash tapi dia macam tak nak dengar saja apa yang aku perkatakan...", kata jefri separuh mengeluh. "sebenarnya apa yang kau ingin perkatakan padanya?", soal pyros ingin tahu. "begini... hampir semua ahli tentera milik kaisar zios di kawal melalui mikrochip yang tertanam di dalam otak mereka... aku sudah baca semua maklumat sulit berkaitan dengan projek ketenteraan kaisar zios tu. tak sangka pula mereka menggunakan teknologi tercanggih tu pada ahli tentera mereka..."
"so?...."
"so... aku merancang hendak merosakkan semua program yang ada di dalam komputer induk makhluk asing tu dengan memasukkan virus melalui sistem komputer mereka tapi ash macam tak nak dengar plan aku tu pula.... malah dia marah marah padaku..."
"hm..... si ash tu tengah panas baran. maklumlah papa korang mati di tembak oleh salah satu daripada kapal pejuang milik makhluk asing yang tak guna tu sebab itulah dia marah marah... kau bertenang saja... tunggu bila moodnya dah okay... kalau mood dia dah okay barulah kau bercakap dengannya..."
jefri pun terdiam selepas itu.

*** *** ***

"kapten sharp, apa kata kalau kita gunakan peluru berpandu sekali lagi tapi kali ini kita kena aimkan peluru berpandu tu ke arah kapal hexagon tersebut sebaik saja kita betul betul berada dekat dengannya...", ashriel bersuara setelah dia berfikir buat beberapa ketika. "oh... baiklah....", balas kapten sharp. mereka kembali mengejar kapal pejuang berbentuk hexagon itu. "tolong pandu kapal pejuang ni dengan laju... aku nak tembak peluru berpandu ni tepat ke arahnya....", kata ashriel. "baiklah...", balas kapten sharp. dia mula memandu kapal pejuang tersebut dengan laju sekali.

troy X1 sedar yang kapalnya kembali di buru oleh kapal segi tiga yang sama. dia menambahkan lagi kelajuan kapal pejuangnya. tiba tiba kedengaran bunyi alert bahaya bergema dari dalam monitor radarnya. kelihatan sebuah peluru berpandu meluncur laju betul betul dekat dengan kapal pejuangnya. troy X1 pantas menerbangkan kapal pejuangnya rendah ke permukaan bumi. di depannya ada beberapa ahli tentera darat AS sedang sibuk menembak ke arahnya. dia lihat ada sebuah kereta kebal di pandu dari arah kiri kapal pejuangnya. dia pantas melintas hadapan kereta kebal tersebut. dalam waktu yang kereta kebal tersebut bergerak ke hadapan. akibatnya kereta kebal itu terkena peluru berpandu tersebut. "kaabooommm!!!!!....", kedengaran bunyi letupan bergema di kawasan itu. semua ahli tentera darat yang kebetulan sedang berada di kawasan tersebut terus jatuh terpelanting di atas tanah akibat ledakan yang hebat itu. "ohhh.... shiittt!!!!.... sekali lagi dia terlepas dari serangan kita, kapten sharp!!!!.... celaka betul....", bentak ashriel cukup geram sekali. "ash... aku fikir lebih baik kau bertenang dulu... aku tahu kau sakit hati padanya sebab dia dah bunuh papa kau tapi rilekslah ash...", kata kapten sharp seraya memegang bahu ashriel yang sedang duduk di sebelahnya. "dalam perkara ini aku tak boleh bertenang kapten sharp. makhluk keparat tu dah bunuh papa aku... aku tak akan lepaskan sesiapa saja yang telah membunuh papaku...", kata ashriel dengan penuh emosi. "so... whats your next plan?", soal kapten sharp ingin tahu. "aku rasa hanya ada satu saja caranya untuk mengatasi masalah ini....", kata ashriel dengan wajah yang tegang. "apa dia?", soal kapten sharp ingin tahu. "tolong sambungkan device videocall 3D kau tu ke kapal pejuang si bangsat tu... aku nak bercakap dengannya...", kata ashriel dengan pantas. "baiklah...", kapten sharp pun segera menarik keluar device videocall miliknya. ashriel segera menghidupkan alat tersebut. dia menunggu maklum balas dari musuh yang dibencinya itu.

troy X1 sedang sibuk menembak ke arah sebuah kapal pejuang segi tiga yang lain ketika alat device videocall yang ada di dalam kapal pejuang miliknya berbunyi nyaring. dia tahu ada incoming videocall untuknya. dia pun segera menerima incoming videocall tersebut. kelihatan paparan imej 3D seorang pemuda terpampang jelas di depan matanya. ketika troy X1 memerhatikan wajah si pemuda itu dia merasa terkejut. wajahnya hampir saja serupa dengan wajahnya tapi bezanya pemuda tersebut jauh lebih muda dari dirinya. pada waktu yang sama ashriel pun merasa terkejut sebaik saja dia menyaksikan wajah pemilik kapal berbentuk hexagon itu. dia tidak menyangka pula bahawa pemilik kapal hexagon itu ialah seorang manusia seperti dirinya. cuma bezanya kedua belah tangan lelaki tersebut di saluti dengan besi. yang lebih mengejutkannya lagi ialah wajah lelaki separa robot itu hampir serupa dengan wajahnya sendiri. ashriel tidak tahu kenapa wajah mereka hampir serupa. kapten sharp pun turut merasa terkejut di saat dia melihat wajah si pemilik kapal berbentuk hexagon itu. kalau tidak salah itu ialah azroy tapi dia terpaksa mendiamkan dirinya sebab dia ingin ashriel berkomunikasi dengan lelaki tersebut. "kkkkau ia... ialah se.... seorang manusia?", soal ashriel dalam nada suara yang terkejut. "tidak... aku bukannya manusia... aku ialah robot terbaru ciptaan ahli saintis X corporation....", balas troy X1 dengan wajah yang serius. "tapi kenapa kau seperti seorang manusia? kau ada rambut... ada 2 mata... ada 2 telinga, ada hidung dan mulut seperti manusia yang biasa di bumi dan kau tak kelihatan seperti makhluk asing yang lain tu...", kata ashriel masih dalam nada suara yang terkejut. "so what?...", soal troy X1 dengan mengangkatkan kening kirinya ke atas.

"nothing... I just wondering... kau hampir sama dengan manusia di bumi ini. siapa kau yang sebenarnya ni? kenapa kau boleh bekerjasama dengan makhluk asing yang tak guna tu pula?", soal ashriel bertubi tubi. "tak perlulah kau mempersoalkan semuanya tu padaku sekarang... lebih baik kau cakap saja straight to the point, apa tujuan kau buat videocall ni?", soal troy X1 ingin tahu. "sebenarnya aku nak bertarung dengan kau sebab kau dah bunuh papa aku...", kata ashriel berterus terang. "apa? budak mentah macam kau nak bertarung dengan aku?", soal troy X1 sambil tersenyum sinis. "jangan pandang rendah pada aku lorh... walaupun aku seperti budak mentah di depan mata kau tapi aku rasa aku boleh kalahkan kau...", kata ashriel dengan pantas. "oh really?", soal troy X1 dengan senyum sinisnya. "ya... aku nak bertarung dengan kau dengan menggunakan pedangku ini...", ashriel bersuara sambil menunjukkan 2 bilah pedangnya. "wow... tajam sungguh pedang kau tu kan... tapi sayang sekali aku tak dapat menyahut cabaran kau tu sekarang sebab aku tidak di arahkan untuk bertarung dengan kau... aku cuma di arahkan untuk menembak kapal pejuang kau tu sehingga hancur berkecai... so, lebih baik kau bersedia untuk menghadapi serangan dariku sebab kali ini aku tidak mahu main main lagi dengan kau... aku ingin pastikan yang kau akan mati terbunuh dalam kapal pejuang kau tu sama seperti papa kau sendiri...", kata troy X1 dengan wajah yang serius. serentak dengan itu communication link di antara mereka terputus begitu saja. "damn it!!!!....", ashriel bersuara dengan cukup geram sekali. "ash... kau masih mahu menentang manusia separa robotic tu ke?", soal kapten sharp ingin tahu. "ya...", balas ashriel sepatah. "aku rasa lebih baik kau jangan menentangnya...", kata kapten sharp. "kenapa pula?", soal ashriel kehairanan. dia memandang wajah kapten sharp.

ASH (PG13)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang