ASH 45

592 46 10
                                    

BAB 10

sementara itu maharaja zios semakin berkuasa di planet ferros. semua negera dalam planet ferros kini sudah berjaya di taklukinya dalam hanya beberapa bulan saja. kini maharaja zios bukan saja sudah menjadi pemerintah terbesar di planet ferros malah dia kini meluaskan jajahannya di planet ditto pula. dalam proses peperangan merebut takhta kerajaan itulah troy X1 di lantiknya menjadi jeneral perangnya yang baru. apa apa saja strategi untuk menyerang pihak musuh di serahkannya bulat bulat pada jeneral troy X1. dengan kemahiran dan kebijaksanaan dari jeneral troy X1, sekali lagi dia dapat menakluki planet ditto. itu pun setelah berpuluh puluh ribu tentera planet ditto mati di tangan jeneral troy X1. dalam masa beberapa bulan saja maharaja zios kini menjadi pemerintah di planet ditto. oleh kerana dia memegang tampuk pemerintahan dalam 3 buah planet yang berasingan maka dia kini di gelar sebagai kaisar zios. secara automatik dia menjadi seorang pemerintah empayar kuku besi yang di takuti oleh seluruh penghuni di seluruh planet galaksi aura. dengan 3 buah planet di bawah pemerintahannya dia di angkat menjadi salah seorang VIP di dalam sistem pemerintahan alam sejagat di galaksi aura. di sana dia bertemu dengan 3 lagi kaisar yang memegang tampuk pemerintahan di beberapa buah planet berlainan di galaksi aura. dalam pertemuan mereka dia meluahkan hasratnya yang ingin melancarkan serangan ke planet bumi dalam masa terdekat ini. mereka merasa sungguh terkejut sebaik saja mereka mendengar rancangan kaisar zios itu. bagi mereka rancangan itu sudah keterlaluan. maklumlah planet bumi bukannya berada di galaksi aura. ianya terletak di galaksi bima sakti yang jauh dari kawasan pemerintahan mereka sendiri. bagi mereka sudah cukup banyak planet planet yang mereka jajahi. mereka sudah tidak ada hati hendak menjajah planet yang terletak jauh dari galaksi aura. kaisar zios berkali kali memujuk mereka untuk join 'venture' dengannya tapi mereka enggan berbuat demikian sebab mereka sudah merasa selesa dengan tampuk pemerintahan mereka yang sedia ada. mereka tidak ada niat lagi hendak menambah planet jajahan sehingga ke galaksi bima sakti.

"kenapa korang tidak mahu join 'venture' dengan aku?... jikalau korang join 'venture' dengan aku sudah pasti aku akan bagi separuh dari planet bumi tu untuk menjadi kawasan jajahan korang...", pujuk kaisar zios. "maaf... kaisar zios, kami tidak mungkin akan memperluaskan jajahan kami ke planet bumi sebab planet bumi tu terlalu jauh dari sini... jikalau kami memperluaskan jajahan kami ke planet bumi siapa pula yang akan ambil alih pemerintahan kami di beberapa buah planet jajahan kami di galaksi aura ni?", soal kaisar margo dengan wajah yang serius. "oh... kau kan ada banyak putera... suruhlah setiap dari putera kau tu memerintah di setiap satu planet yang kau jajah tu and then kau ikut aku pergi menyerang planet bumi... bila kita berjaya menawan planet bumi separuh dari planet bumi tu kita boleh bahagi sama rata...", kata kaisar zios dengan bersungguh sungguh. "maaf... aku kurang berminat dengan rancangan kau ni kaisar zios.... sekali lagi aku minta maaf sebab aku tak ada hati hendak menawan planet bumi...", kata kaisar margo berterus terang. "jadi macamana dengan kaisar agus dan kaisar karma?... korang pun tak setuju ke dengan rancangan aku ni?", soal kaisar zios. dia memandang 2 orang kaisar yang sedang duduk di dekat meja bulat itu. masing masing diam membisu. mereka seperti berfikir sesuatu.

"bagi aku, planet bumi tu memang ada banyak keistimewaannya tapi masalahnya sekarang kaum aku tidak dapat hidup lama di planet bumi tu sebab oksigennya terlalu kuat. kaum kami mungkin akan mati jikalau kami pergi ke sana walau untuk beberapa saat saja.... jadi jawapannya tidak mungkin kami akan pergi menawan planet bumi... maklumlah kaum kami mengalami alahan dengan oksigen kat planet bumi tu...", kata kaisar karma pula. "so bagaimana pula dengan kau, kaisar agus?", soal kaisar zios ingin tahu. kaisar agus menggeleng gelengkan kepalanya. "aku mungkin tak join 'venture' dengan kau... sebab aku rasa planet tu terlalu jauh dari galaksi aura. jikalau kau nak memperluaskan empayar kau kat sana kau teruskan saja niat kau tu... semoga kau berjaya...", kata kaisar agus memberi kata putusnya. kaisar zios mengeluh hampa sebaik saja dia mendengar jawapan dari mulut kaisar yang satu itu. mati mati dia berharap semoga mereka join 'venture' dengannya dalam menakluki bumi namun harapannya tinggal harapan. semua kaisar yang lain tidak mahu ikut serta dalam rancangannya. "hm... tak apalah kalau korang tak setuju dengan rancangan aku ni... apa apa pun aku berharap aku akan berjaya menakluki planet bumi tu di suatu hari nanti....", kata kaisar zios pada 3 orang kaisar tersebut. mereka hanya diam saja memerhatikannya...

*** *** ***

hari demi hari berlalu, bulan demi bulan berlalu, kini genap setahun lebih, ashriel belajar ilmu mempertahankan diri dengan papanya faiz, pyros dan kapten sharp. mereka lihat ashriel semakin mahir dalam semua perkara yang di pelajarinya. dia sudah mendalami ilmu kinetic dengan baik. malah dia sudah mendalami ilmu tae kwan do, ilmu kebatinan dan penggunaan senjata dengan betul. pada setiap petang ashriel akan berlatih dengan di perhatikan oleh papanya faiz, pyros dan juga kapten sharp. apa yang salah, mereka tegur. apa yang kurang mereka memberitahukannya sehingga dia dapat mendalami semua ilmu yang di ajar dengan baik. "tidak sangka ya, ash seorang pemuda yang cerdik orangnya... sekali saja kita ajar dia, dia sudah tahu apa yang harus dia lakukan...", kata pyros pada faiz di sebelahnya. "ya... dia memang anak yang cerdik... apa yang kita ajar dia dapat terima dengan cepat...", balas faiz sambil tersenyum bangga. sebenarnya dia bangga dengan pencapaian ashriel yang memberangsangkan itu. "hm... apa apa pun ashriel memang macam ayahnya... mudah di ajar dan mudah untuk di urus...", kata pyros perlahan lahan.

"ya... ashriel memang macam ayahnya... tapi malang sekali ayahnya sudah tiada...", ucap faiz separuh sedih. "correction encik faiz... buat pengetahuan kau, ayahnya masih belum mati lagi...", kata pyros seraya memerhatikan setiap gerak langkah ashriel yang sedang berlatih menggunakan swordfore dengan kapten sharp tidak jauh dari situ. "maksud kau?", soal faiz dengan wajah yang terkejut. "maksud aku, raja azroy masih hidup lagi walau pun pinggangnya di tikam dengan swordfore tempohari... cuma maya seorang saja yang mati kerana dia melawan cakap kaisar zios....", kata pyros. "oh begitu.... anyway betul ke azroy masih hidup?!....", soal faiz sungguh teruja. dia seperti tidak percaya yang rakannya azroy masih hidup. "ya... dia masih hidup....", balas pyros dengan wajah yang serius. "oh... syukurlah dia masih hidup!!!!.... oh.... aku tak sangka dia masih hidup....", faiz bersuara dengan nada suara yang cukup excited sekali. bukan main gembiranya dia apabila dia mendapat tahu bahawa rakannya masih hidup. mati-mati dia sangkakan yang azroy sudah meninggal dunia ketika mereka berperang tempohari. tak sangka pula dia yang azroy masih hidup sehingga ke hari ni. "tapi janganlah kau excited sangat...", pyros bersuara perlahan lahan. "kenapa kau cakap macam tu pula?", soal faiz sambil merenung wajah lelaki itu. "dia bukan macam azroy yang dulu lagi... dia sekarang sudah bertukar menjadi manusia separa robotic...", kata pyros perlahan lahan. "apa?!.... manusia separa robotic?", soal faiz cukup terkejut. "ya... hampir sebahagian tubuhnya kini di lengkapi dengan besi keluli tahan karat. tangan dan kakinya kini di lengkapi dengan organ robotic.... cuma bahagian dada dan kepalanya saja yang tidak ada besi... yang lain tu semua sudah di litupi dengan besi... dia kini sudah menjadi jeneral perang kaisar zios aka maharaja zios...", kata pyros panjang lebar.

"apa?.... takkanlah azroy sanggup menjadi kuli batak maharaja zios tu pula.... azroy sudah gila ke apa?", soal faiz cukup bengang. "dia bukan gila tapi otaknya sudah di masukkan sejenis mikrochip intelligent sehingga dia tidak ingat tentang masa lalunya dan dia mula berfikir seperti robot.... semua itu di buat oleh para saintis puak agfa. mereka di arahkan oleh kaisar zios supaya azroy berada di pihaknya. dalam erti kata yang lain dia ingin mempergunakan azroy demi kepentingan dirinya sendiri...", pyros bersuara perlahan lahan. "celaka betul maharaja zios tu...." gerutu faiz. "correction encik faiz... dia bukan seorang maharaja malah dia sekarang di gelar sebagai kaisar di galaksi aura sebab dia sudah ada 3 buah planet dalam empayar jajahannya....", pyros bersuara lagi. "apa?... dia sudah menjadi kaisar sekarang?... kejam betul dia tu.... dia buat azroy jadi kulinya pula... jadi macamana dengan azroy sekarang?... dia langsung tidak ingat asal usulnya lagi ke?", soal faiz. "ya.... dia sudah lost memory akibat mikrochip yang tertanam di dalam otaknya tu... pendek kata dia sekarang sudah tidak ingat apa apa lagi.... yang dia fikirkan ialah yang dirinya ialah sejenis robot buatan para saintis puak agfa....", kata pyros. "huh... jahat sungguh kaisar zios celaka tu... ada masanya nanti aku akan kerjakan dia cukup cukup.... tengoklah nanti....", kata faiz sungguh geram sekali. pyros hanya diam selepas itu.

ASH (PG13)Where stories live. Discover now