"betul ke apa yang aku lihat ni?... aku bermimpi ke?", kata mardiah, isteri faiz separuh berbisik. dia pantas menggosok gosok kedua belah matanya. kemudian dia membuka matanya. kelihatan suaminya faiz masih berdiri di situ. "sayang tak bermimpilah... abanglah ni... apa apa pun abang rindukan sayang...", kata faiz dengan lembut. dia segera menghampiri isterinya itu. "tapi kaki abang...", kata kata mardiah terus di potong pantas oleh faiz. "kaki abang dah sembuh dah... abang boleh berjalan semula setelah abang pergi berubat dengan seorang doktor yang handal sebab itulah abang tidak balik balik ke sini berbulan bulan lamanya. abang nak berubat dengan doktor tu sehingga kaki abang sembuh sepenuhnya....", bohong faiz. dia terpaksa berbohong sebab dia tahu isterinya pasti tidak akan percaya dengan perkataannya jikalau dia katakan yang kakinya boleh berjalan setelah dia di bedah oleh makhluk asing di planet ferros. "oh... benarkah ini?... sayang macam tak percaya lah yang abang dah balik... sayang fikir abang sudah lupakan sayang... anyway, sayang pun rindukan abang juga....", kata mardiah lantas memeluk suaminya. tiba tiba, "huuwaaa... huwaaaa....", ashriel menangis dalam pangkuan faiz. "ini anak siapa bang?", soal mardiah setelah dia meleraikan pelukannya.
"bayi ni aku jumpa kat perdu pokok beringin sana tu... dia di tinggalkan dengan seutas rantai silver ni....", sekali lagi faiz berbohong. dia saja tidak mahu memberitahu isterinya tentang asal usul ashriel kerana dia tidak mahu siapa pun tahu tentang identiti anak kecil tersebut. ini termasuklah isterinya sendiri. isterinya memerhatikan rantai silver yang mempunyai buah silver yang berbentuk bujur. kemudian dia memerhatikan wajah bayi yang comel itu. "maksud abang, baby ni di buang orang kat perdu pokok beringin sana tu?", soal mardiah. "yalah...", balas faiz sepatah. "sampai hati ibu baby ni buang babynya kat perdu pokok tu... kasihan betul baby ni...", kata mardiah seraya menyentuh pipi bayi kecil tersebut. "abang bercadang hendak mengambil dia sebagai anak angkat kita... itu pun jikalau sayang bersetuju dengan cadangan abang ni...", kata faiz perlahan lahan. mardiah memandang wajah suaminya. "boleh juga... lagi pun kita hanya ada seorang anak lelaki saja... mungkin dengan kehadiran baby ni, anak kita si jefri tu tidak keseorangan lagi...", kata mardiah sambil tersenyum. "baguslah kalau macam tu... kita boleh ambil dia jadi anak angkat kita....", kata faiz dengan riangnya. "jadi apa nama yang sesuai untuk baby ni bang?", soal mardiah ingin tahu. "apa kata kalau kita namakan dia ashriel... kita boleh panggil dia ash...", kata faiz dengan riangnya. "bagus juga tu....", kata mardiah seraya menggendong bayi kecil itu. mardiah segera menggendong bayi tersebut. perlahan lahan mereka melangkah masuk ke dalam rumah sambil mencuit pipi gebu bayi itu. ketika mereka sedang leka mencuit pipi bayi kecil tersebut tiba tiba, "mama....jef dah balik...", kedengaran suatu suara bergema di belakang mereka.
kelihatan seorang anak kecil yang melangkah masuk ke ruang tamu tersebut dengan baju kotor. dia baru saja balik dari bermain dengan anak jiran sebelah rumah mereka. "jef... papa dah balik, sayang...", ucap faiz dengan penuh kerinduan. "oh... papa dah balik?!.... yeah... papa dah balik... yeah... papa dah balik...", jerit jefri dengan riangnya. dia terus memeluk papanya. faiz ketawa kecil bila melihat reaksi anak lelakinya yang baru berusia 10 tahun itu. Dalam diam dia bersyukur ke hadrat ilahi kerana dia di beri kesempatan untuk berjumpa semula dengan ahli keluarganya yang tersayang. ketika mereka sedang berpelukan di situ tiba tiba, "huwaaa.... huwaa....", kedengaran suara seorang bayi menangis. jefri segera meleraikan pelukannya. dia mendongakkan wajahnya. kelihatan mamanya sedang mendodoikan seorang bayi dalam pangkuannya. "siapa punya baby tu papa? mama?", soal jefri ingin tahu. "baby ni papa kau jumpa dekat perdu pokok beringin kat tepi simpang jalan sana tu.... buat pengetahuan kau baby ni akan jadi adik kau... namanya ashriel... kau boleh panggil dia ash...", kata mardiah sambil menggendong bayi dalam pangkuannya. "apa?... dia akan jadi adik aku?", soal jefri cukup terkejut. perasaan gembiranya hilang entah ke mana. "ya.... dia akan jadi adik kau....", jawap mardiah pada anak lelakinya itu. "tapi kenapa dia jadi adik aku pula?", soal jefri macam tidak senang pula. faiz tersenyum apabila melihat anaknya petah berbicara. cara dia berbicara tak ubah seperti orang dewasa pula. "sebab mama dan papa bercadang hendak mengambil dia sebagai anak angkat mama dan papa. so secara automatik dia akan jadi adik kau yang baru...", jelas faiz pada anak lelakinya itu. wajah jefri mula masam mencuka. bibirnya muncung macam bibir itik pula. "kenapa ni?.... kau tak suka ke kalau kau ada adik baru?", soal faiz pada anaknya itu. "ya... memang aku tak suka...", balas jefri dengan jujur. "kenapa tak suka pula?", soal faiz dengan dahi yang berkerut. "aku tak suka... aku tak sukalah...", bentak jefri dengan marah. selepas itu dia berlari meninggalkan ruang tamu itu. faiz terpaksa mengejar anaknya dari belakang. "jef... jef....", panggilan faiz tidak di endahkan. jefri terus saja naik ke tingkat atas lalu dia masuk ke dalam bilik tidurnya. "bakk!....", kedengaran pintu di tutup dengan kasar sekali. faiz hanya tergamam seorang diri di situ...

ANDA SEDANG MEMBACA
ASH (PG13)
Ficțiune științifico-fantastică#1 in science fiction (05/05/2017) {EMIRATES SCI-FIC BEST BOOK AWARD} Sinopsis:- Ketika azroy sedang memandu keretanya seorang diri di satu pagi yang indah itu tiba tiba saja muncul seorang gadis di hadapan keretanya. Gadis tersebut merayu padanya a...