"cakap kapten sharp... kenapa aku tidak boleh menentang lelaki keparat tu?", soal ashriel separuh bengang. "kau memang tak boleh menentangnya, ash....", balas kapten sharp. "tapi kenapa aku tak boleh menentangnya?... cakaplah kapten sharp, apa sebabnya?....", sekali lagi ashriel mengutarakan soalan yang sama. "sebab dia ialah...", belum pun sempat kapten sharp menghabiskan perkataannya tiba tiba kedengaran bunyi alert tanda bahaya bergema dari dalam monitor radar milik kapal pejuang mereka. "oh shittt... kapal pejuang kita dalam sasaran musuh.... cepat!... tambahkan kelajuan kapal pejuang kita!....", ashriel pantas bersuara. "baiklah....", balas kapten sharp sepatah. dia pun menekan punat turbo blast kapal pejuang tersebut. bagaikan pelesit kapal pejuang itu meluncur laju membelah ruang udara yang di banjiri dengan kapal pejuang tentera AS dan juga ahli tentera kaisar zios. kapten sharp terpaksa menerbangkan kapal pejuangnya di celah celah kapal pejuang yang lain di situ. kelihatan sebuah kapal pejuang musuh sedang menembak ke arah kapal pejuang tentera AS yang terletak tidak jauh dari di situ. dengan sepantas kilat kapten sharp meluncur laju menuju ke arah kapal pejùang musuh itu dari belakang. sebaik saja kapal pejuangnya hampir dekat dengan kapal pejuang musuh itu dia pun pantas memusingkan kapal pejuangnya ke belakang. serentak dengan itu peluru berpandu itu merempuh kapal pihak musuh yang ada di situ. "oh syukurlah kita terlepas dari bala tu...", ashriel menarik nafas lega. dia kembali menumpukan perhatiannya pada monitor radar yang ada di situ. dia ingin mencari kapal hexagon tu tapi ianya sudah tidak ada di situ lagi. ketika dia sedang sibuk mencari musuh ketatnya dalam monitor radar di situ tiba tiba matanya terhenti pada bintik bintik berwarna ungu yang kelihatan berkelip kelip di dalam skrin monitor radar itu.
"kapten sharp... cuba kau tengok ni... kenapa ada banyak bintik bintik warna ungu dalam monitor radar kita ni?", ashriel menunjukkan bintik bintik ungu tersebut pada kapten sharp di sebelahnya. "entahlah... mungkin ada kapal musuh baru masuk ke planet bumi ni kot...", kapten sharp bersuara dengan wajah yang serius. dia memandang di luar jendela kaca kapal pejuang milik mereka. tiba tiba dia lihat ada beberapa buah kapal pejuang berbentuk oval berwarna magenta muncul di dada langit. "tengok itu, ash... ada kapal pejuang lain muncul di medan pertempuran ini...", kapten sharp menggamit bahu kiri pemuda yang duduk di sebelahnya. ashriel segera mendongakkan wajahnya. dia merasa terkejut tatkala dia melihat kapal pejuang berbentuk oval itu. dia lihat semua kapal pejuang berbentuk oval itu mula mengeluarkan air shooter masing masing lalu menembak ke arah kapal induk milik kaisar zios yang terletak tidak jauh dari situ. "siapa mereka tu? kenapa mereka menembak ke arah kapal induk milik kaisar zios?", soal ashriel terkejut. "entahlah...", kapten sharp mengangkat bahunya tanda dia tak tahu apa apa.
sementara itu kelihatan semua makhluk yang berada di dalam kapal induk milik kaisar zios mula di landa perasaan takut dan resah apabila kapal induk itu mengalami gegaran hebat akibat di tembak dan di serang oleh kapal pejuang pihak musuh. "siapa lagi yang berani menembak kapal induk aku ni, hah?", soal kaisar zios sebaik saja kapalnya bergegar akibat di tembak musuh. "tuanku kaisar, aku lihat ada beberapa buah kapal pejuang berbentuk oval menghala ke arah kita... mereka menembak kapal induk ini... aku fikir ianya pasti kapal milik raja mordi dari planet axis... maklumlah tuanku dah menculik puteri sora sehingga dia di bawa ke sini... sudah pasti mereka datang hendak selamatkan puteri sora tu.... ", kata kayla. "oh... kau suruh jeneral troy X1 memburu mereka dan musnahkan kapal kapal pejuang musuh tu dengan secepat mungkin...", kata kaisar zios dengan pantas. "baiklah...", balas kayla sepatah. dia mula menghubungi troy X1 melalui earpiece di telinganya. tangannya sempat menaip mesej itu di dalam komputer induk yang ada di situ...
sementara itu kelihatan troy X1 menerbangkan kapal pejuangnya menuju ke arah kapal berbentuk segi tiga milik pemuda yang berbual dengan nya melalui videocall sebentar tadi. dia lihat kapal pejuang tersebut masih lagi berlegar legar di ruang udara biar pun dia sudah melepaskan peluru berpandu ke arah kapal pejuang itu sebentar tadi. "hm... panjang sungguh umur kau kan anak muda... tak apa... tak apa... kali ni kau terlepas tapi lepas ni kau tak akan lepas dari seranganku.... aku akan menembak kapal pejuang kau sehingga musnah...", bisik troy X1 sendirian. baru saja dia hendak menekan punat air shooternya tiba tiba,
"hexagon 1.... hexagon 1..."
"yeah... hexagon 1 here..."
"tuanku kaisar memberi arahan pada kau dan beberapa ahli tentera udara yang lain supaya korang pergi memburu dan menembak kapal pejuang berbentuk oval milik ahli tentera dari planet axis yang baru saja masuk ke medan pertempuran ini... kalau boleh mereka harus di musnahkan...",
"baiklah... arahan di terima..."
troy X1 segera menukar hala tuju kapal pejuangnya. dia kini menghala menuju ke kapal pejuang ahli tentera dari planet axis... niatnya yang hendak membunuh pemuda tadi terus hilang dari mindanya. maklumlah otaknya masih lagi di bawah kawalan komputer induk milik kaisar zios. jadi dia hanya menerima setiap arahan dari kaisar zios tanpa banyak soal....* di dalam kapal induk milik kaisar zios *
puteri sora menyimpan gadget universal yang di pasangnya sebentar tadi ke dalam dompet kecilnya. dia berharap semoga pihak tentera ayahandanya akan dapat mengesan di mana dia berada saat itu melalui gadget kecil tersebut. tiba tiba gadget kecil itu terjatuh dari tangannya. dia tunduk mengambilnya tapi ada tangan lain yang mengambil gadget tersebut. "oooohhh.... rupa rupanya kau yang pasang gadget ni supaya pihak tentera planet axis datang untuk selamatkan kau, eh.....", kata suatu suara. terkejut betul puteri sora sebaik saja dia mendengar suara itu. kelihatan kaisar zios berdiri di depan matanya sambil memegang gadget tersebut. "oh... er... aku... aku...", kata kata puteri sora di potong pantas oleh kaisar zios, "apa aku?... aku?... kau sengaja nak buat aku susah kan?", kaisar zios bersuara sambil memandang wajah gadis itu. "taklah... aku... aku cuma....". sekali lagi perkataan puteri sora di potong pantas oleh kaisar zios. "kau cuma nak tengok aku di kalahkan oleh tentera ayahanda kau tu, kan... and guess what? gadget kecil kau ni sudah berjaya menarik lebih ramai bala tentera dari planet axis datang ke sini... mereka sekarang sedang berusaha menyerang kapal induk ini....", kaisar zios bersuara separuh marah. puteri sora hampir saja melompat riang sebaik saja dia mendengar bahawa ramai bala tentera ayahandanya datang untuk selamatkan dia tapi dia terpaksa berdiam diri di hadapan kaisar zios yang kelihatan sedang menahan kemarahan di dalam dadanya. "apa apa pun, kau jangan merasa happy sangat... sekejap lagi aku akan musnahkan seluruh bala tentera ayahanda kau tu dalam sekelip mata saja... dan kau akan menjadi gundikku buat selama lamanya....", kata kaisar zios. dia melangkah keluar dari dalam bilik tahanan tersebut. pintu segera di lockednya dari luar. "jangan haraplah aku akan jadi gundik kau, keparat!!!!!....", jerit puteri sora dari dalam bilik tahanan itu. kaisar zios hanya melangkah pergi meninggalkan bilik tahanan tersebut sambil tersenyum sinis....
![](https://img.wattpad.com/cover/96320605-288-k2256.jpg)
YOU ARE READING
ASH (PG13)
Bilim Kurgu#1 in science fiction (05/05/2017) {EMIRATES SCI-FIC BEST BOOK AWARD} Sinopsis:- Ketika azroy sedang memandu keretanya seorang diri di satu pagi yang indah itu tiba tiba saja muncul seorang gadis di hadapan keretanya. Gadis tersebut merayu padanya a...