dalam keadaan yang tidak menentu itu, sempat lagi maya mengarahkan 10 orang ahli kumpulannya untuk pergi meninjau keadaan di makmal utama yang terletak tidak jauh dari menara kawalan tersebut. tanpa banyak soal ahli kumpulannya yang lain bergegas menuju ke makmal utama. manakala maya mengarahkan 5 ahli kumpulan lain pula pergi memeriksa keadaan di bangsal tertutup yang terletak agak jauh sedikit dari makmal utama. mereka segera bergegas menuju ke tempat yang di maksudkan. maya, bodyguardnya dan juga 5 ahli kumpulan lain kembali meninjau keadaan dalam menara kawalan tersebut. sementara itu kelihatan maharaja zios sedang duduk di atas tempat duduknya sambil meminum darah binatang yang baru di berikan oleh hamba abdinya. dia duduk diam sambil memerhatikan gerak tari si gadis puak massa yang menari di depan matanya. kelihatan beberapa orang gundiknya sedang duduk di sebelahnya. mereka turut menyaksikan pertunjukkan tarian itu. maharaja zios tersenyum memerhatikan liuk lentuk tubuh si gadis tersebut. "tuanku... maaf sebab mengganggu tuanku... ada hal penting yang ingin patik sampaikan pada tuanku...", kedengaran suatu suara bergema di situ. maharaja zios segera mengalihkan pandangannya ke arah datangnya suara itu. kelihatan kolonel reid sedang sujud di depan matanya. "ada apa kolonel?", soal maharaja zios ingin tahu. "ada sebahagian daripada ahli tentera kita yang berjaga hilang entah ke mana... ini termasuklah komander jedd.... kami sudah berusaha menghubungi mereka tapi mereka masih tidak ada... kami tidak tahu ke mana mereka pergi...", kata kolonel reid dengan pantas. "pergi cari mereka sampai dapat. kalau mereka di dapati tidak menjalankan tugas masing masing, bawa mereka ke sini... biar beta bersyarah di dalam telinga mereka...", perintah maharaja zios. "menjunjung perintah tuanku...", dengan pantas kolonel reid bersuara lalu beredar dari situ. maharaja zios kembali menikmati tarian dari gadis puak massa yang baru di tangkap oleh tenteranya tempohari.
tanpa di sedarinya ada 2 pasang mata sedang memerhatikannya tidak jauh dari situ. "kau tengoklah tu... itu maharaja zios dengan gundik gundiknya...", bisik maya pada speaker kecil yang terselit di kolar depan baju tentera yang di pakainya. azroy dan faiz yang dari tadi asyik memerhatikan ke mana saja maya dan bodyguardnya pergi kini mula menumpukan perhatian mereka ke wajah maharaja zios yang terpampang jelas di atas skrin laptop di atas meja. dia mempunyai tubuh yang sasa dan berwarna ungu. begitu juga dengan puak agfa yang lain. semuanya berwarna ungu. mungkin itu saja yang membezakan di antara puak agfa dan puak massa iaitu warna kulit mereka yang berbeza. "oh... ini rupanya maharaja zios....", azroy bersuara perlahan lahan. "ya... itulah maharaja zios yang kejam tu...", bisik maya dalam earpiece di telinganya. "er.... maya cuba kau tengok keadaan di tempat yang lain pula...", azroy bersuara perlahan lahan. "baiklah...", balas maya sepatah. dia dan bodyguardnya mula berjalan meninggalkan ruangan tersebut. Mereka melangkah dan terus melangkah. di tengah perjalanan mereka berpapasan dengan 2 orang tentera yang sedang berbual tentang sesuatu. "kenapa tuan kolonel reid panggil kita ke unit kawalan pula?", soal salah seorang tentera itu. "entahlah... mungkin ada yang dia nak suruh kita buat... manalah tahu kan...", balas yang seorang lagi. mereka melangkah menuju ke bilik kawalan yang baru saja di sebut sebentar tadi. dalam diam maya dan bodyguardnya mengekori mereka sehingga sampai ke pintu bilik kawalan. kelihatan beberapa kakitangan di situ sedang sibuk dengan tugas masing masing. ada yang sibuk menekan keyboard komputer yang ada di situ dan ada juga yang sedang duduk sambil memerhatikan sesuatu di dalam monitor alat pengesan radar.
kelihatan seorang lelaki berpakaian tentera sedang berdiri membelakangi mereka. itu pasti kolonel reid yang di maksudkan oleh 2 orang tentera tersebut. "tuan kolonel panggil kami ke?", soal salah seorang tentera yang baru saja sampai di situ. "ya... sarjan voss... ketua platun seksyen 4... korang di tugaskan untuk mencari mana perginya komander jedd dan 20 anggota seksyen 4 yang hilang. mereka di tugaskan menjaga kubu benteng pertahanan sebentar tadi tapi sampai sekarang batang hidung mereka tak kelihatan. tolong cari mereka sampai dapat sebab maharaja zios nak berjumpa dengan mereka semua...", perintah kolonel reid. "baiklah tuan...", setelah memberikan tabik hormat masing masing, mereka segera beredar dari situ. maya dan bodyguardnya sempat menyembunyikan diri di sebalik pintu gelongsor itu. sebaik saja mereka pergi dari situ maya dan bodyguardnya segera beredar meninggalkan tempat tersebut. "maya... lebih baik korang tinggalkan tempat tu sekarang juga sebab mereka sedang giat mencari kawan mereka yang hilang tu. suruh semua ahli kumpulan balik ke markas sekarang juga...", perintah azroy pada isterinya. "baiklah bang...", balas maya. serentak dengan itu dia mengarahkan semua ahli kumpulannya melalui earpiece masing masing supaya meninggalkan tempat itu dengan segera. mereka berjaya meloloskan diri dari kubu pertahanan musuh tanpa menghadapi sebarang masalah. "mision accomplished...", ucap maya sebaik saja mereka berada di dalam kenderaan terbang mereka menuju ke markas puak massa. azroy dan faiz tersenyum lega sebaik saja mendengar maya menyebut perkataan itu. nampak gayanya mereka sudah berjaya dalam misi pertama mereka.
*** *** ***
malam itu azroy memanggil semua puak massa berkumpul di dewan. dia mula menyiarkan rakaman camcorder kecil yang di bawa oleh kumpulan 1 ke kubu pertahanan musuh sebentar tadi. dia menunjukkan di mana bilik simpanan senjata, di mana letaknya bangsal tertutup, di mana letaknya makmal utama dan juga di mana letaknya bilik simpanan pakaian tentera puak agfa. kali ini mereka merancang akan melakukan tugas masing masing secara serentak. kumpulan 2 di arahkan ke bilik simpanan senjata. manakala kumpulan 3 di arahkan ke bangsal tertutup puak agfa. kumpulan 4 pula di arahkan ke makmal utama untuk mendapatkan ubat ubatan dan kumpulan 5 di arahkan untuk mengambil pakaian tentera puak agfa. mereka di jangka akan melakukan operasi tersebut ketika pihak musuh sedang tidur lena. malam itu tepat pada pukul 2 pagi ketika semua makhluk tidur lena di atas tempat tidur masing masing, azroy dan ahli kumpulan 2 mula beraksi. mereka pergi ke kubu pertahanan puak agfa untuk mencuri senjata mereka. begitu juga dengan kumpulan 3, 4 dan 5. masing masing membawa senjata di tangan. sebelum mereka berpisah haluan sempat lagi azroy berpesan pada mereka semua agar berhati hati dalam melakukan misi masing masing. kalau boleh mereka harus menyamar agar kelihatan seperti tentera puak agfa. setelah azroy berpesan pada mereka, mereka mula berpecah dalam kumpulan masing masing. mereka menyelinap masuk ke dalam kubu pertahanan musuh tanpa di sedari oleh pihak musuh. maklumlah mereka semuanya lena di buai mimpi termasuklah si penjaga pintu gerbang yang ada di situ. perlahan lahan azroy menyelinap masuk ke dalam menara kawalan dengan di iringi oleh 20 ahli kumpulannya. mereka melangkah menuju ke bilik simpanan senjata yang terletak di tingkat 2. azroy mengarahkan 10 ahli kumpulan lain supaya mengawasi keadaan di sekitar tingkat 2 itu. ketika mereka sampai di depan pintu bilik simpanan senjata kelihatan seorang penjaga pintu sedang berdiri sambil tersengguk sengguk kepalanya kerana mengantuk. azroy segera menembak penjaga pintu itu dengan gunstem di tangan. sekali tembak saja si lelaki terbujur kaku di atas lantai. dengan sepantas kilat dia mengambil anak kunci yang tergantung kemas di pinggang tentera itu. dia segera membuka pintu bilik simpanan senjata tersebut.
sebaik saja pintu itu terbuka luas dia dan ahli kumpulannya mula mengambil semua senjata yang di perlukan. mereka memasukkan semua senjata ke dalam karung. sementara itu kelihatan kumpulan 3 sedang sibuk memunggah semua binatang binatang kecil seperti kucing, ayam, burung dan lain lain dalam kurungan kecil yang mereka bawa dari markas. kelihatan si penjaga pintu bangsal sudah mati di tembak di kepalanya terbaring kaku di atas tanah. mereka melakukan tugas mereka dengan sepantas kilat. faiz lah yang menjadi tukang penghantar 'fast delivery' binatang binatang ternakan tersebut ke dalam kenderaan terbang mereka. sekali dia berlari bagaikan pelesit dia membawa semua kurungan binatang ke kenderaan terbang mereka. mereka tidak lagi bersusah payah menjinjit ke semua binatang itu dengan kudrat mereka sebab faiz sudah melakukannya untuk mereka semua. mereka hanya tinggal letak kurungan itu di luar bangsal, jadi faiz yang menguruskannya selepas itu. sementara itu kelihatan dr. dred dan 20 ahli kumpulannya sudah sampai di makmal utama. mereka kini berada di dalam bilik ubat ubatan. masing masing berusaha memasukkan mana mana ubatan yang di fikirkan perlu di bawa untuk masa darurat. begitu juga dengan sedatif yang melumpuhkan. setelah siap semuanya mereka pergi ke bilik racun pula.
dr. dred mengambil racun arsenik dan 'blue ash' sejenis racun berbisa yang boleh membunuh apa saja jenis makhluk dalam sekelip mata. dia juga mengambil sejenis racun yang sesuai untuk di masukkan ke dalam damak atau di sapukan di hujung anak panah. semuanya di masukkan ke dalam kontena ubat ubatan yang di bawa dari markas sebentar tadi. kumpulan 5 pula sedang sibuk mencari bilik simpanan pakaian tentera puak agfa. cruz yang merasa gementar tiba tiba saja terlupa di mana letaknya bilik simpanan pakaian yang di tunjukkan oleh azroy pada mereka sebentar tadi. ahli kumpulannya mula memarahinya. "macamana kau terlupa pula?... jadi macamana kita nak cari bilik simpanan pakaian tu jikalau kau sendiri boleh terlupa di mana letaknya bilik tu?", marah salah seorang ahli kumpulannya. cruz menarik muka masam. "aku terlupa... memang terlupalah... itulah... aku dah cakap pada korang tempohari yang aku ni tak layak jadi ketua kumpulan korang tapi korang pilih juga aku jadi ketua kumpulan korang.... nah!... sekarang korang nak mempersalahkan aku pula...", marah cruz. tiba tiba, "kenapa ni?... apa yang bising bising tu?", kedengaran maya bertanya dalam earpiece di telinga masing masing. rupa rupanya maya sedang memantau pergerakan mereka melalui laptop kecil di markas mereka. mahu tidak mahu cruz terpaksa menerangkan apa yang telah terjadi. maya pun terpaksa memberitahu kumpulan 5 di mana letaknya bilik simpanan pakaian tentera itu. mereka pergi ke bilik simpanan pakaian tentera puak agfa dengan berpandukan arahan dari maya....
AUTHOR NOTE: Sorry kerana membiarkan korang tertunggu tunggu akan sambungan cerita ni. mizz busy memanjang dalam minggu ni. lagi pula idea belum kunjung tiba tu yang lambat sikit update cerita ni. harap korang tak kisah ar.... lambat laun mizz pasti akan sambung cerita ni juga...
YOU ARE READING
ASH (PG13)
Bilim Kurgu#1 in science fiction (05/05/2017) {EMIRATES SCI-FIC BEST BOOK AWARD} Sinopsis:- Ketika azroy sedang memandu keretanya seorang diri di satu pagi yang indah itu tiba tiba saja muncul seorang gadis di hadapan keretanya. Gadis tersebut merayu padanya a...