ASH 27

844 57 20
                                    

"sudahlah tu... daripada kita berdiri terpinga pinga kat sini lebih baik kita pergi tangkap semua ahli tentera puak agfa yang masih hidup sebelum mereka melarikan diri. lepas tu kita masukkan mereka ke dalam penjara...", kata dr.dred dengan pantas. "ya tak ya juga kan... mari kita tangkap mereka...", cruz bersuara sambil beredar dari situ. begitu juga dengan azroy, faiz, maya dan ahli puak massa yang lain. mereka mula memberkas semua ahli tentera puak agfa yang tercedera dan masukkan mereka dalam penjara. mulai dari hari itu mereka semua menjadi penghuni penjara gosen yang terletak di pulau gosen. setelah keadaan semakin reda ramai puak massa yang selama ini bersembunyi di setiap ceruk kota daigon mula melangkah keluar dari tempat persembunyian mereka. jumlah mereka agak banyak juga. dari anak kecil sehinggalah ke orang dewasa dan juga orang tua. semuanya menghampiri azroy dan juga rakannya faiz. mereka tunduk di hadapan mata 2 orang manusia tersebut. "jikalau saudara azroy tidak keberatan kami ingin melantik saudara azroy menjadi raja dan pemimpin kami yang baru di planet ini...", kata pyros kepada azroy tapi lelaki itu menggeleng gelengkan kepalanya. "tidak... aku tidak layak untuk menjadi seorang raja sebab aku hanyalah seorang manusia biasa yang tidak ada keistimewaannya. lagi pun aku bukannya makhluk asing seperti korang... sebaiknya korang carilah seseorang yang layak untuk memimpin korang.... bukannya aku...", kata azroy dengan wajah yang serius.

"tidak... kami dapat rasakan yang saudara azroy memang sesuai menjadi raja kami sebab saudara azroy mempunyai kewibawaan sebagai seorang pemimpin...", kata pyros pula. belum pun sempat azroy bersuara tiba tiba saja dia di hampiri oleh beberapa makhluk puak massa yang ada kat situ. tanpa di duga oleh azroy, mereka segera mengangkat tubuhnya lalu dia di julang tinggi ke udara. "hidup raja azroy!... hidup raja azroy!.... hidup raja azroy!....", laung mereka dengan penuh semangat. azroy terkejut. dia tidak menyangka bahawa mereka akan melantik dia menjadi seorang raja dengan begitu saja. "hey... aku tak cakap pun aku nak jadi raja korang... ", kata azroy sedikit bengang. "bertenanglah roy... diorang dah lantik kau jadi pemimpin diorang. so kau kena terima jugalah... anyway, congratulation to you...", ucap faiz sambil tersenyum lebar. azroy terpinga pinga macam orang bodoh. semua puak massa kelihatan bergembira di atas perlantikannya yang secara mendadak itu. malah mereka membuat perarakan menuju ke istana lama di pulau michigon. mereka membawa azroy, anak dan isterinya di dalam sebuah kenderaan terbang yang besar dan selesa. azroy merasa gelisah apabila dia memikirkan yang dia kini di tabalkan menjadi seorang raja. raja makhluk asing pula tu...

"maya... abang tak sukalah jadi seorang raja ni..."
"kenapa pula?"
"menjadi seorang raja ni bukannya senang... banyak perkara yang perlu di fikirkan dan di buat kalau menjadi seorang raja... tanggungjawab pun terlalu berat untuk di pikul... abang takut abang tak mampu menjadi seorang raja yang baik...."
"bertenang sajalah bang... maya yakin abang akan menjadi seorang pemimpin yang berkaliber di masa depan..."
maya bersuara sambil tersenyum lebar. selepas itu azroy diam membisu di tempat duduknya. tidak lama kemudian mereka pun tiba di istana lama pulau michigon. mereka segera membawa azroy menuju ke singgahsana maharaja jedd yang sudah lama meninggal dunia. malam itu juga mereka mengadakan majlis pertabalan raja dengan di saksikan oleh berpuluh puluh makhluk puak massa yang hadir di situ. ada party kecil kecilan lagi di buat masa tu. itu pun di buat secara mendadak. apa apa pun majlis tersebut berjalan dengan
lancarnya. azroy kini rasmi menjadi seorang raja di planet ferros....

*** *** ***

malam itu azroy sedang duduk seorang diri merenung keindahan malam yang sunyi sepi. sebenarnya dia rindukan orang tuanya di planet bumi. jikalaulah dia ada spaceshipnya sendiri sudah tentu dia akan terbang pulang ke planet bumi bersama anak dan isterinya. namun malang sekali bagi dirinya kerana tidak ada spaceship di planet itu lagi. semuanya musnah semasa peperangan bersama puak agfa. jadi peluang untuknya pulang ke bumi memang tidak ada langsung. mungkin dia dan faiz akan menjadi penghuni planet ferros buat selama lamanya. apa apa pun planet ferros tidak jauh bezanya dengan planet bumi. cuma ianya agak ketandusan sedikit. tidak ada pepohonan hijau seperti di bumi. yang ada cuma reruntuhan bangunan kota daigon. mungkin dulu planet ferros merupakan sebuah planet yang termaju di hiasi dengan bangunan konkrit tertinggi sana sini sebab itulah tidak ada pepohonan hijau hidup di planet tersebut. yang peliknya walaupun tidak ada pepohonan hijau dia dan faiz masih lagi hidup di planet tersebut. dalam diam dia merasa hairan. apakah di planet itu memang mempunyai oksigennya sendiri ataupun saluran pernafasannya dan juga faiz sudah di 'modified' supaya mereka dapat hidup di planet ini ketika mereka di tahan oleh para saintis puak agfa dalam makmal utama tempohari?... entahlah... yang pastinya dia masih hidup sehingga ke hari ini. begitu juga dengan faiz. fikirannya kembali terarah pada persoalan tentang maharaja zios. semua makhluk puak massa tidak tahu bilakah masanya maharaja zios akan menyerang semula ke planet ferros tapi yang pastinya dia akan datang tidak lama lagi. pyros sendiri yang berkata begitu padanya. dalam diam azroy merasa tidak keruan. sejak dia menjadi seorang raja, fikirannya tidak tenang. dia tahu tanggungjawabnya semakin berat dari sehari ke sehari. dia perlu fikirkan bagaimana caranya untuk dia melindungi puak massa dari di serang oleh maharaja zios dan macam macam lagi. apabila dia memikirkan semuanya itu dia merasa macam nak pecah saja kepala otaknya ketika itu. apa tidaknya dia di hadapkan dengan pelbagai masalah yang seperti tidak ada jalan penyelesaiannya. dalam diam azroy mengeluh sendirian. di kepekatan malam yang sunyi sepi itu azroy mula merindui keluarganya di planet bumi. alangkah baiknya jika dia dapat balik semula ke bumi tapi malangnya dia tidak dapat berbuat demikian kerana dia kini terperangkap di planet ferros.

lamunannya terhenti apabila bahunya terasa di tepuk orang dari belakang. azroy segera menoleh ke belakang. kelihatan faiz berdiri di sebelahnya sambil tersenyum padanya. "apa yang kau fikirkan tu?", soal faiz ingin tahu. dia duduk di sebelah azroy. "banyak perkara yang aku fikirkan, iz... tentang planet ferros dan penduduknya... tentang maharaja zios dan bala tenteranya yang akan menyerang planet ni dan juga keluarga aku di bumi... honestly, i missed my family, iz....", kata azroy perlahan lahan. "me too... i missed my wife... agaknya bila lagi kita nak balik ke bumi ar?", soal faiz sambil merenung bintang di langit. "entahlah, iz... kalau ada spaceship yang dapat bawa kita balik ke bumi sudah tentu aku akan terus balik ke sana... apa apa pun aku merasa tidak tenanglah apabila aku memikirkan yang maharaja zios akan datang ke sini untuk menyerang kita... aku risau dengan keselamatan kita semua..", kata azroy meluahkan rasa risaunya. "aku pun merasa risau bila aku memikirkan semuanya tu...", balas faiz di sebelahnya. tiba tiba, "jangan risau faiz... bang.... maya fikir ada jalan penyelesaian untuk selesaikan masalah ini...", sampuk suatu suara dari belakang. perlahan lahan mereka menoleh ke belakang. kelihatan maya sedang melangkah menghampiri mereka di situ. "maksud kau?", soal azroy sambil memandang wajah isterinya itu. "sebelum ni puak agfa ada membina beberapa buah jet pejuang dan juga spaceship untuk berperang tapi pembinaan jet pejuang itu terbengkalai akibat serangan mengejut dari kita tempohari...", maya berhenti bersuara seketika. dia mendodoi ashriel di dalam pangkuannya. "so?...", azroy menyoal isterinya dengan nada suara yang pantas. "so... aku fikir lebih baik kita teruskan pembinaan jet pejuang tu... manalah tahu ianya sangat berguna kelak...", balas maya seraya memandang wajah suaminya itu. "tapi bukankah semua kawasan tempat puak agfa berkubu hari tu sudah musnah dalam sekelip mata... sudah tentu jet pejuang yang belum siap tu pun turut musnah akibat letupan boomstoll tu...", bidas faiz. "sebenarnya ianya tak musnah langsung sebab jet pejuang tu terletak di bawah tanah...", kata maya. "macamana kau tahu jet pejuang tu berada di bawah tanah?... siapa yang bagitahu kau tentang perkara ni?", kini giliran azroy pula yang bersuara. "raider, kawan cruz... dia pernah di paksa bekerja untuk membina jet pejuang tu. dia dan kawan kawannya di paksa bekerja siang dan malam untuk siapkan jet pejuang tu. raider ada simpankan buku manual pembinaan jet pejuang tu sebab dia di beri tanggungjawab oleh kolonel reid untuk siapkan jet pejuang tu... ada beberapa buah jet pejuang dan juga sebuah spaceship yang belum siap di bina masih ada di bawah tanah tidak jauh dari tempat puak agfa berkubu tempohari...", kata maya dengan wajah yang serius. "oh... kalau macam tu panggil raider ke sini... aku nak berbincang dengannya. aku rasa lebih baik kita kembali membina jet pejuang dan spaceship tersebut sebelum maharaja zios dan bala tenteranya datang menyerang planet ini...", kata azroy dengan penuh semangat. mereka berbalas pandangan sambil tersenyum lebar...

AUTHOR NOTE: mizz tidak menggunakan bahasa di raja (terutamanya dalam perbualan di antara raja dan rakyat jelatanya sebab cerita ni ialah cerita merepek tentang peperangan di antara alien dan manusia. so, kalau mizz gunakan bahasa rojak, harap korang faham ar...)

ASH (PG13)Where stories live. Discover now