ASH 59

476 39 5
                                    

ketika mereka berada di dalam perjalanan menuju ke kotaraya NYC tiba tiba saja pyros menerima panggilan dari seseorang melalui gadget kecil di tangannya. "calling pyros... calling kapten sharp....", kedengaran suatu suara memanggil nama mereka. "pyros here... siapa ni?", soal pyros ingin tahu. "aku ni cruz... aku datang ke sini dengan kawan kawan kita yang lain. kami nak tolong korang menentang si kaisar zios tu... er, tolong bagitahu kami di manakah korang berada sekarang?....", kedengaran suara cruz bergema di dalam gadget kecil di tangan pyros. "apa?.... korang datang juga cruz?... oh!.... baguslah kalau macam tu... aku ingatkan korang tak datang ke sini lagi...", faiz bersuara riang di sebelah pyros. "kami memang merancang hendak pergi ke planet bumi ni tapi kami lambat sikit sebab kami perlu memperbaiki kapal pejuang kami yang rosak...", terang cruz. "oh begitu, berapa buah kapal pejuang yang sempat korang bawa ke sini?", soal faiz ingin tahu. "urm... dalam 10 buah macam ni...", balas cruz. "oh... kalau macam tu korang pergilah ke pulau celestica di lautan pasafit. kita jumpa di sana nanti....", faiz memberikan arahannya. "baiklah...", balas cruz lalu menamatkan perbualan mereka.

"er... siapa cruz dan kawan kawannya tu, pa?", soal ashriel ingin tahu. "oh... mereka tu ialah kawan kawan papa dari planet ferros. mereka ialah saki baki dari tentera puak massa yang terselamat. mereka akan menjadi rakan seperjuangan kita dalam menentang kaisar zios... anyway, kita terpaksa berpatah balik ke pulau celestica sebab kita perlu gunakan kapal pejuang yang di bawa oleh cruz dan kawan kawannya tu...", kata faiz. "hm... baiklah... tapi lepas tu kita mesti kembali semula ke medan peperangan tu, ya pa...sebab kita sudah kesuntukan masa dah ni...", kata ashriel. "yelah... yelah... kau jangan bimbang... kita pasti akan kembali semula ke medan peperangan tu kelak... buat masa ni kita perlukan 10 buah kapal pejuang tu untuk menentang pihak musuh...", kata faiz. ashriel pun diam. sebenarnya dia merasa tidak tenang bila dia memikirkan kemungkinan planet bumi akan di tawan oleh pihak musuh semasa mereka berada di situ. dalam erti kata yang lain dia takut planet bumi jatuh ke tangan kaisar zios tanpa dia sempat mempertahankannya. dia melangkah mundar mandir di dalam kapal piring terbang tersebut bagaikan seekor kucing yang hendak beranak pula. faiz tahu apa yang bersarang di dalam hati pemuda tersebut tapi dia hanya mendiamkan dirinya. dia kembali memandu spaceship mereka menuju ke pulau celestica. faiz mendaratkan kapal piring terbang tersebut di atas pantai pulau celestica. mereka pun duduk menunggu di situ. ketika mereka sedang berada di situ kapten sharp terasa lapar pula. dia mengajak ashriel pergi memburu binatang dengannya tapi pemuda tersebut tidak mahu pergi memburu sebab dia tidak ada selera hendak makan ketika itu. mahu tidak mahu kapten sharp pun pergi memburu binatang seorang diri. tak lama kemudian dia melangkah masuk ke dalam spaceship tersebut dengan membawa darah binatang di dalam botol air di tangannya. ashriel merasa sungguh terkejut sebaik saja dia melihat kapten sharp membawa balik begitu banyak darah binatang dalam masa yang singkat saja. "cepat sungguh dia pergi berburu... biar betul...", bisik hati kecil ashriel terkejut. "dari mana kau dapat darah binatang yang banyak tu?...", tegur ashriel. "aku terjumpa sekumpulan cimpanzi sedang makan buah buahan di tepi hutan tidak jauh dari sini. so aku tembaklah semua cimpanzi tu dan inilah darah mereka...", balas kapten sharp sambil tersenyum lebar. dia menunjukkan 3 buah botol berisi darah merah di tangannya. perlahan lahan dia meminum darah binatang di dalam botol plastik tersebut. kemudian dia menyerahkan sebotol darah pada pyros dan juga pada ashriel. pyros segera meminum darah di dalam botolnya. jefri yang memandang ke arah mereka merasa sungguh terkejut sebaik saja dia melihat semuanya itu. pada mulanya ashriel tidak ada selera hendak minum darah merah dalam botol tersebut tapi bila dia lihat pyros dan kapten sharp meminum darah binatang itu dengan lahapnya maka timbullah pula rasa pula rasa laparnya. dia pun terus meminum darah di dalam botol di tangannya sehingga habis di minumnya. jefri terlopong di saat dia melihat ashriel meminum darah binatang itu bagaikan meminum air putih pula. dia tidak menyangka bahawa adiknya boleh meminum darah binatang macam tu.

belum pun sempat jefri bersuara menegur adiknya itu tiba tiba saja kedengaran deru enjin kapal piring terbang menghala menuju ke arah mereka. mereka pun terus melangkah keluar dari dalam kapal piring terbang itu. kelihatan 10 buah kapal pejuang berbentuk segi tiga mula mendarat di tepi pantai tersebut. kelihatan cruz, dr. dred, raider dan 12 orang ahli tentera puak massa melangkah keluar dari dalam 10 buah kapal pejuang itu. masing masing keletihan kerana mereka baru saja melalui perjalanan yang jauh. faiz segera datang menyambut mereka. begitu juga dengan pyros dan kapten sharp. jefri dan ashriel hanya melangkah di belakang mereka. "oh.... gembira dapat berjumpa dengan korang semula...", faiz bersuara seraya bersalaman dengan mereka seorang demi seorang. pandangan mata cruz terhenti pada seraut wajah seorang pemuda yang sedang berdiri tidak jauh dari situ. "perkenalkan ini anak anak lelakiku, jefri bin faiz dan ashriel bin faiz...", faiz memperkenalkan mereka satu persatu. "kenapa wajah ashriel ni serupa dengan....", kata kata cruz di potong pantas oleh ashriel. "azroy?.... yeah... aku memang serupa dengannya sebab aku ni anak kandungnya... anyway, aku gembira sebab korang sanggup datang ke planet bumi untuk menentang kaisar zios....", kata ashriel sambil bersalaman dengan cruz dan kawan kawannya. "oh... patutlah wajah kau serupa dengan maharaja azroy.... rupa rupanya kau ialah anaknya... sungguh ku tak sangka, kau sudah besar sekarang....", kata cruz bersuara sambil memandang pemuda itu dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. "yeah... apa apa pun aku nak korang memperkenalkanlah diri korang tu dulu sebelum kita berbincang...", kata ashriel. cruz pun mula memperkenalkan semua rakannya yang ada di situ. kemudian barulah ashriel berdiri di hadapan mereka semua.

"baiklah... memandangkan korang baru saja tiba di planet ini dan korang ingin menyertai perjuangan kami menentang kaisar zios tu maka aku terpaksa berbincang dengan korang sebelum kita pergi ke medan peperangan tu. okay, tadi kita hanya 5 orang saja kan... sekarang kita ada pertambahan 15 ahli baru dalam kumpulan kita dengan kapal pejuang sebanyak 10 buah saja. thats mean setiap kapal pejuang harus ada 2 orang saja di dalamnya. so, sebelum kita pergi ke medan pertempuran tu aku nak korang memilih partner korang sendiri...", ashriel bersuara perlahan lahan. tanpa banyak soal mereka pun mula memilih partner masing masing. pyros memilih untuk bersama jefri. manakala faiz pula memilih untuk bersama cruz. kapten sharp memilih ashriel untuk menjadi partnernya. dr. dred pula memilih untuk bersama dengan raider. manakala 12 ahli tentera puak massa yang lain sudah pun siap memilih partner masing masing. setelah selesai semuanya ashriel mula membincangkan plannya bersama dengan semua rakan seperjuangannya yang baru datang di situ. dia duduk mencangkung lalu di ambilnya sehelai kertas A4 dan pen dari dalam beg sandangnya. kemudian dia mula melukis sesuatu di atas kertas A4 tersebut. mereka yang lain duduk mencangkung di sekelilingnya.

"plan aku senang saja... aku hendak masuk ke dalam kapal induk pihak musuh untuk membunuh kaisar zios tu... sebelum tu aku nak jefri bersiap sedia untuk menggodam sistem komputer yang terdapat dalam kapal induk kaisar zios tu. bila dia sudah berjaya barulah kita meluru pantas ke arah kapal induk pihak musuh tu. korang yang lain haruslah menentang semua kapal pejuang pihak musuh yang ada di sekitar kapal induk tu supaya mudah aku dan kapten sharp meluru masuk ke bawah kapal induk kaisar zios. dalam waktu yang sama aku nak jefri mengarahkan komputer dalam kapal induk tu supaya membuka pintu utama mothership tersebut. bila ianya terbuka luas kami akan terus meluru masuk ke dalamnya... dari situlah aku dan kapten sharp akan berusaha membunuh kaisar zios sebab pada pendapatku selagi kaisar zios tu tidak di bunuh selagi itulah planet bumi akan di serang oleh pihak musuh...", ashriel menyatakan rancangannya. mereka yang lain diam mendengar perkataannya. "so macamana? korang setuju tak dengan rancangan aku ni?", soal ashriel ingin tahu. "bagus juga tu rancangan kau tu... tak sangka ya, kau pun pandai menyusun strategi... kau tak ubah macam ayah kau pula...", komen cruz. "hm... apa apa ajelah... yang penting kita sekarang kita dapat menghalang pihak musuh dari terus menyerang planet bumi ni...", kata ashriel dengan pantas. "hm... harap harap macam itulah hendaknya... oh... lupa pula aku nak bagitahu korang sesuatu... sebelum kita pergi ke medan pertempuran tu lebih baik kita berhubung melalui earpiece yang aku bawa dari planet ferros ni...", dengan sepantas kilat cruz menyerahkan earpiece yang di maksudkannya pada mereka semua yang ada di situ. mereka mula memakainya. selepas itu ashriel dan kapten sharp mula mengambil peluru berpandu dan beberapa senjata lain dari dalam spaceship milik faiz. mereka ingin memasukkannya ke dalam kapal pejuang mereka. bukannya apa mereka ingin kapal pejuang mereka di lengkapi senjata dan peluru berpandu. itu saja. setelah siap semuanya mereka pun mula berangkat meninggalkan tempat itu.

ASH (PG13)Where stories live. Discover now