troy X1 yang dari tadi asyik mempertahankan dirinya kini mulai bertindak balas. dia menumbuk dada ashriel dengan tangan besinya. ashriel terjatuh di atas lantai dalam keadaan yang kesakitan. dada yang terasa sakit di pegangnya. darah merah mengalir keluar dari mulutnya. ashriel terpaksa bangun biar pun dalam keadaan yang kesakitan. troy X1 mula melakukan serangannya tapi langkah kakinya terhenti sebaik saja dia lihat satu makhluk berwarna hitam muncul di depan matanya. "hentikan semuanya ini... janganlah korang saling bertumbuk dan bermusuhan...", larang kapten sharp sebaik saja dia berdiri di hadapan 2 insan itu. "azroy, sedarlah... kau tu sudah di pergunakan oleh kaisar zios untuk menakluki planet bumi...", kapten sharp bersuara pada lelaki separa robotic tersebut. "apa yang kau merepek ni?!.... siapa azroy tu, hah?... namaku bukannya azroy tapi namaku ialah troy X1....", balas troy X1 separuh bengang. "itu nama samaran kau, azroy... nama sebenar kau ialah azroy bin shariman... bukannya troy X1... nama troy X1 itu sengaja di reka reka oleh kaisar zios hanya untuk menutup identiti diri kau yang sebenarnya....", ujar kapten sharp. "identiti apa pula ni?.... kau jangan buat aku bertambah bingung, okay... nanti aku siat siat mulut kau yang banyak cakap tu dengan swordfore aku ni...", bentak troy X1 dengan marahnya. dia menunjukkan swordfore miliknya pada makhluk hitam tersebut. "azroy, aku cakap betul ni... tentu kau fikir yang diri kau tu ialah robot buatan makhluk puak agfa tu?... tapi sebenarnya kau bukannya robot tapi kau ialah seorang manusia.... kau telah di pergunakan oleh kaisar zios untuk menakluki bumi iaitu planet kelahiran kau sendiri....", tegas kapten sharp dengan wajah yang serius. "oh... jangan tipu akulah... aku paling benci dengan makhluk yang suka menipu orang ni...",bentak troy X1 dengan wajah yang tegang. "aku tak tipulah... kau dah lupakah asal usul kau?... sebenarnya kau ialah seorang manusia yang berasal dari planet bumi dan kau mempunyai seorang isteri bernama maya dan seorang anak lelaki yang bernama....", belum pun sempat kapten sharp menghabiskan perkataannya ashriel segera menolak tubuh kapten sharp dari depan matanya. "ke tepilah kapten sharp... tak payahlah kau menyedarkan si bangsat tu.... dia tidak akan sedar yang dirinya tu ialah seorang manusia..", ashriel bersuara dengan marah. "tapi... ", kata kata kapten sharp di potong pantas oleh ashriel. "sudahlah... kau ke tepi sekejap... biar aku bunuh si bangsat tu dengan swordfore ku ini...", kata ashriel lalu menghidupkan swordfore di tangannya. kelihatan cahaya biru laser muncul di atas swordforenya. dia mula menggenggam erat swordfore di tangan. matanya kini terarah pada lelaki bernama troy X1 itu. "oh... memang susah nak bercakap dengan 2 orang manusia yang keras kepala macam batu ni... huh!...", keluh kapten sharp seorang diri.
* di dalam kapal pejuang milik faiz *
"macamana jeff? kau dah masuk ke dalam sistem komputer makhluk asing tu tak?", soal faiz pada anaknya jefri melalui earpiece di telinganya. "dah... papa tunggu sekejap ya...", balas jefri dengan pantas. tidak lama kemudian pintu utama kapal induk makhluk itu pun terbuka dengan sendirinya. cepat cepat faiz menerbangkan kapal pejuangnya menuju ke arah pintu utama kapal induk tersebut. kapal pejuangnya berjaya masuk ke dalam kapal induk itu. dia menerbangkan kapal pejuangnya melalui ruang pelantar yang ada di situ. dari jauh lagi dia nampak 3 buah kapal pejuang tersadai di tengah tengah pelantar tersebut. kelihatan 2 orang manusia sedang bertarung tidak jauh dari situ. kalau tidak salah itu ialah azroy dan anaknya ashriel. mereka sedang bertarung dengan menggunakan swordfore di tangan. "oh... tidak... aku harus hentikan semua ini...", bisik faiz secara kelam kabut. dia segera mematikan enjin kapal pejuangnya. kemudian dia melompat keluar dari dalam kapal pejuang tersebut. dia pantas melangkah menuju ke arah 2 insan yang sedang bertarung itu.
kelihatan kapten sharp menyambut kedatangannya di situ. "oh thank God... kau masih hidup faiz....", kapten sharp bersuara dalam nada suara yang gembira. "ya... aku masih hidup tapi kenapa kau biarkan ashriel bertarung dengan ayah kandungnya tu pula?...", soal faiz sedikit bengang. "aku dah cuba halang mereka tapi mereka masih juga nak bertarung...", jelas kapten sharp dengan jujur. tanpa berbicara panjang lagi faiz pantas berlari menuju ke arah 2 orang insan yang sedang bertarung tidak jauh dari situ. ashriel menendang tangan troy X1 yang sedang memegang swordfore miliknya. swordfore di tangan lelaki tersebut terus terjatuh di atas lantai. troy X1 pantas mengambilnya. ketika dia sedang tunduk mengambil swordfore itu, ashriel segera menendang tubuh troy X1 dengan kaki kirinya dari belakang. akibatnya lelaki tersebut terus jatuh di atas lantai. ashriel pantas berdiri di atas tubuh lelaki tersebut dengan kedua belah tangannya memegang erat swordfore di tangannya. dia mengacukan hujung swordfore berlaser biru itu tepat ke arah leher lelaki itu. jadi lelaki tersebut tidak dapat berbuat apa apa lagi. dalam keadaannya yang genting itu troy X1 terpandang akan rantai silver milik pemuda tersebut. dia seperti seperti kenal dengan rantai silver yang tergantung di leher pemuda itu. kalau tidak salah itu ialah rantai silver yang dia lihat dari dalam mimpinya tempohari di mana seorang wanita sedang menggendong seorang bayi lelaki beserta seutas rantai silver tergantung kemas di lehernya. "sekarang bersedialah kau untuk mati bangsat...", bentak ashriel. dia ingin menikam dada lelaki tersebut dengan swordfore di tangannya tapi tiba tiba, "ashriel, jangan bunuh lelaki tu!!!!....", jerit suatu suara. ashriel segera mengangkat wajahnya. kelihatan papanya faiz sedang melangkah menghampiri mereka di situ.
"papa?.... papa masih hidup?", soal ashriel dalam nada suara yang terkejut. tangannya masih memegang erat swordfore bermata laser biru itu. "ya... papa masih hidup, ash... sudahlah tu... kau jangan bunuh lelaki tu...", larang faiz dengan langkah kaki yang perlahan lahan. "kenapa pula aku tak boleh bunuh dia, papa?.... dia datang ke bumi ni untuk memusnahkan planet bumi ni. jadi dia harus di bunuh....", kata ashriel dengan penuh emosi. "jangan ash... jangan... dia hanya manusia biasa seperti diri kau juga... kasihanilah dia.... tolong serahkan swordfore tu pada papa...", pujuk faiz sambil cuba meminta swordfore di tangan ashriel tapi pemuda itu enggan menyerahkan swordfore tersebut pada papanya. malah tangannya semakin erat memegang hulu swordfore itu. "tidak... dia harus di bunuh, papa... dia sudah hancurkan seluruh planet bumi ni dengan bekerjasama bersama makhluk asing yang tak guna tu... so dia harus di bunuh, papa... dia harus di bunuh...", kata ashriel pula. "dengar cakap papa ni dulu, ash... kau jangan bunuh dia...... kau akan menyesal nanti...", kata faiz masih dalam nada suara yang memujuk. "kenapa aku harus merasa menyesal pula?... dia kan musuh kita... jadi kita harus bunuh lelaki ini...", bentak ashriel masih dengan tekadnya. "ashriel... jangan jadi bodoh.... dia itu bukan musuh kau... sebenarnya dia itu ialah ayah kandung kau!!!....", ujar faiz dengan pantas. "apa?!!!.... dia ialah ayah kandung aku?!!!!....", ashriel bersuara dalam nada suara yang terkejut sekali.
AUTHOR NOTE: Selamat hari raya mizz ucapkan pada member member muslim kat wattpad ni. terutamanya sora dan kapten sharp. semoga korang bergembira di musim perayaan ini...
ANDA SEDANG MEMBACA
ASH (PG13)
Science Fiction#1 in science fiction (05/05/2017) {EMIRATES SCI-FIC BEST BOOK AWARD} Sinopsis:- Ketika azroy sedang memandu keretanya seorang diri di satu pagi yang indah itu tiba tiba saja muncul seorang gadis di hadapan keretanya. Gadis tersebut merayu padanya a...
