ASH 36

640 47 26
                                    

perlahan lahan dia membuka matanya. dia lihat yang dirinya kini berada di dalam sebuah bilik rawatan yang lengkap dengan peralatan medical. dia cuba bangun tapi tubuhnya terasa lain macam. rasa berat semacam. dia terpandang akan kakinya yang di saluti dengan besi metalik yang seakan akan menyerupai kaki robot. kedua belah tangannya pun di saluti dengan besi metalik tapi ianya masih menyerupai tangan robot. cuma bahagian wajah, dada dan perutnya saja yang tidak di saluti besi metalik tersebut. kelihatan wayar wayar kecil masih melekat di atas kepalanya. dia tidak tahu kenapa dia berada di situ. dia juga tidak tahu kenapa separuh dari tubuhnya di saluti dengan besi seakan akan dia ialah robot. dia tidak tahu apakah dia robot atau sejenis makhluk yang tidak di ketahui identitinya?... entahlah.... sebenarnya dia tidak tahu siapa dirinya dan dari mana asal usulnya. dia juga tidak tahu apa apa pun tentang masa silamnya. memorynya terasa kosong. sekosong hatinya yang terasa kering... apa apa pun dia tidak menyukai dirinya sendiri. dia rasa seakan akan ada sesuatu yang hilang dari dalam dirinya. dia cuba berfikir apa yang hilang itu tapi dia tidak dapat berfikir dengan baik. pemikirannya agak terhad... dia cuba membuka wayar wayar yang melekat di atas dada dan dahinya tiba tiba, "tolong jangan buka wayar wayar tu....", kedengaran suatu suara bergema di situ. dia berhenti dari mencabut wayar dari atas kepalanya. pandangannya kini tertumpu ke arah seorang makhluk berwarna purple berambut putih dan berserabut seperti rambut orang terkena renjatan elektrik pula. makhluk itu mempunyai janggut putih yang lebat. dia tidak tahu makhluk apakah yang sedang berdiri di depan matanya itu. rupanya agak pelik.

"siapa kau?... kenapa aku berada kat sini?... kenapa kaki dan tanganku seperti kaki dan tangan robot pula?... apakah aku ini sejenis robot?", soalnya bertalu talu. belum pun sempat makhluk berambut serabut itu menjawap soalannya tiba tiba saja muncul pula 2 orang makhluk lain di situ. satu berpakaian seperti tentera dan satu lagi berpakaian seperti seorang raja. "apakah dia sudah sedar doktor wyeth?", soal makhluk berpakaian seperti raja itu. "ya tuanku... prototype X sudah sedar...", kata doktor wyeth lalu tunduk hormat di depan wajah raja tersebut. "selamat pagi... bagaimana dengan keadaan kau sekarang? kau dah okay, kan?", kedengaran makhluk berpakaian raja itu menyoalnya. "tak okay pun... aku tak selesa dengan wayar yang berselirat kat dada dan dahiku ini. anyway, siapa korang ni?", soalnya dengan dahi yang berkerut. "betul kau tak ingat siapa kami ni?", soal makhluk berpakaian raja itu. "ya... betul...", balasnya dengan jujur. "jadi ini bermakna kau juga tidak tahu siapa diri kau dan dari mana asal usul kau?", soal makhluk itu lagi. "ya...", balasnya dengan pantas. mereka berbalas pandangan sambil tersenyum lebar. "betul ni kau tak tahu apa apa tentang diri kau?", soal makhluk berpakaian tentera itu. "ya...", balasnya dengan jujur. senyuman di bibir mereka bertiga bertambah lebar. "nampak gayanya dia sudah hilang ingatan... syabas doktor wyeth sebab kau berjaya menghilangkan memory dalam otaknya tu...", bisik maharaja zios ke telinga doktor wyeth yang berdiri di sebelahnya saat itu. doktor wyeth hanya tersenyum saja padanya. "memandangkan dia dah hilang ingatan lebih baik kita bagi dia satu identiti baru... katakan saja padanya yang dia ialah ciptaan robot terbaru di alaf ini...", bisik maharaja zios lagi. "baiklah tuanku... aku akan namakan dia troy... aku akan katakan yang dirinya ialah robot model X1....", kata doktor wyeth. "baguslah tu... kau harus buat dia fikir yang dia betul betul robot...", kata maharaja zios. "baiklah tuanku...", balas dokotr wyeth.

"ehemm... apa yang korang bisik bisikkan tu?", tegur suatu suara. "oh... nothing... okay, untuk menghilangkan kekeliruan dan persoalan di otak kau tu biar aku berterus terang pada kau... sebenarnya kau ni ialah robot terbaru ciptaan kami, model X1... nama kau ialah troy X1... ", kata doktor wyeth seraya menghampiri manusia yang di namakannya troy X1 itu. "tapi aku tak rasa pun aku ni robot... aku rasa....", kata kata manusia tersebut segera di potong pantas oleh doktor wyeth. "maaf... kau tak sepatutnya merasa apa apa sebab kau tu ialah robot... kau harus terima hakikat yang diri kau tu ialah robot...", tekan doktor wyeth dengan pantas. manusia itu terus diam membisu. "perkenalkan yang ini maharaja zios dan ini kolonel reid... mereka datang untuk menjenguk kau...", doktor wyeth bersuara sambil berdiri di sebelah katil pesakit yang di namakannya troy X1 itu. "oh... maafkan patik tuanku... sebab patik tidak tahu yang tuanku ini ialah seorang raja...", troy X1 bersuara sambil menundukkan kepalanya. "nampak gayanya dia sudah tahu bagaimana caranya menghormati tuanku...", bisik kolonel reid di telinga maharaja zios. raja puak agfa itu semakin tersenyum lebar. "itu satu petanda yang baik... selepas ni dia pasti akan tunduk pada perintahku....", bisik maharaja zios ke telinga kolonel reid. mereka saling berbalas senyuman penuh bererti...

*** *** ***

faiz terjaga sebaik saja dia terasa spaceship yang di naikinya bergegar hebat. dia pantas melihat di kaca depan spaceship tersebut. rupa rupanya spaceship itu kini berada di dekat kawasan yang terdapat begitu banyak batu batuan kecil yang berselerakan di angkasa lepas yang gelap gulita. dia terpaksa memandu spaceshipnya di celah batu batuan yang terapung di ruang angkasa tersebut. sekejap lagi dia akan sampai di galaxy bima sakti. dia lihat ashriel masih tidur lena di atas kerusi di sebelahnya. darah binatang dalam feeding bottlenya sudah habis di sedutnya. faiz kembali menumpukan perhatiannya pada arah pemanduannya. dari jauh lagi dia sudah dapat melihat planet bumi dengan begitu jelas sekali. tak lama lagi mereka akan sampai ke planet bumi. faiz segera menentukan arah haluan spaceship itu dengan menaip perkataan 'earth - m'sia' di atas papan kekunci spaceship tersebut. auto drive di tekan. demi mengelakkan spaceship itu di kesan oleh semua manusia di bumi dia pun terus menekan button invisible mode yang ada di situ. spaceship tersebut kini sudah tidak kelihatan pada pandangan mata kasar manusia. itulah keistimewaan spaceship tersebut. ianya boleh jadi kapal piring terbang halimunan pula. tak lama kemudian spaceship itu mula merempuh masuk ke lapisan ozon di planet bumi. spaceship tersebut mengalami sedikit gegaran akibat merempuh lapisan ozon bumi. ashriel menangis sebaik saja spaceship itu mengalami gegaran. faiz terpaksa mengangkat bayi tersebut dari atas kerusinya. dia cuba untuk menenangkan bayi yang sedang menangis itu. "jangan nangis ash... kita dah sampai di planet bumi...", bisik faiz di telinga bayi itu. bila gegaran tersebut hilang barulah ashriel diam di dalam pangkuannya.

faiz lihat spaceship yang di naikinya kini berada di sebuah kawasan hutan hujan tropika. dia nampak seperti ada sebuah gua besar terletak tidak jauh dari situ. dia pantas memandu spaceship tersebut menuju ke dalam gua yang besar itu. ruang dalam gua tersebut sangat luas sehinggakan spaceship yang di naiki oleh faiz dapat masuk dalam gua tersebut dengan mudah sekali. faiz pun segera mematikan enjin spaceshipnya sebaik saja spaceshipnya mendarat dengan selamat. perlahan lahan dia membawa baby ashriel keluar dari dalam spaceship itu. dia kini berdiri di tengah tengah hutan itu sambil menggendong seorang bayi dalam pangkuannya. dia tidak tahu arah tujuannya sebab dia tidak tahu di manakah mereka berada sekarang. ketika dia sedang berdiri di situ muncul seorang lelaki kat situ. "hey... kau siapa?... kenapa kau berada kat hutan simpan merak ni?", soal lelaki itu kehairanan. "er... maaf, encik... sebenarnya aku pergi ke sini untuk membuat kajian tentang tumbuhan raflesia kat hutan ni... entah macamana tiba tiba saja aku tersesat dalam hutan ni...", dalih faiz perlahan lahan. "oh... begitu... anyway, ini anak siapa? ini anak kau ke?", soal lelaki itu lagi. "oh... aku jumpa anak ni terbaring kat perdu pokok besar sana tu... aku tak tahu siapa punya anak ni...", faiz terpaksa berbohong demi menyembunyikan identiti sebenar anak kecil itu.

"hm... kerja orang gilalah tu... dalam hutan ni juga diorang buang anak.... apa apa pun kau kena ikut aku... aku renjer kat hutan ni... aku boleh hantar kau keluar dari kawasan hutan ni dengan selamat. anyway, kau kena lapor bayi yang baru saja kau temui tu pada pihak polis di balai polis yang berdekatan sebab kes buang anak ni adalah serius....", kata lelaki tersebut. "eh... tak payahlah... aku rasa aku boleh menjaga bayi ni dengan baik... aku akan ambik anak ni sebagai anak angkat aku...", kata faiz dengan pantas. "hm... ikut suka hati kaulah... mari kita pergi dari sini...", ajak lelaki itu. perlahan lahan mereka pun melangkah pergi dari situ. tidak lama kemudian mereka pun sampai di jalan besar. lelaki tersebut dengan baik hatinya menumpangkan faiz dengan keretanya menuju ke pusat bandar. dari situ barulah faiz berjalan kaki menuju ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari pusat bandar tersebut. ketika dia sampai di rumahnya dia lihat isterinya sedang menyapu di halaman rumah mereka. "sayang... abang dah balik...", ucap faiz penuh kerinduan. isterinya terkejut sebaik saja dia melihat suaminya berdiri tidak jauh dari situ. dia bertambah terkejut sebaik saja dia melihat suaminya menggendong seorang bayi sambil berdiri tanpa memakai tongkatnya. setelah berbulan bulan lamanya faiz menghilangkan diri dan dia kini kembali ke rumah mereka tanpa menggunakan tongkatnya?... biar betul... penyapu di tangannya terjatuh dari atas tangannya. dia macam tidak percaya dengan apa yang di lihatnya saat itu.

ASH (PG13)Where stories live. Discover now