perlahan lahan faiz mengekori mereka dari belakang. mereka melangkah menuju ke dewan utama. kelihatan datuk dafran sedang duduk di situ dengan para tua yang lainnya. "er... ada apa tuk?", soal maya sebaik saja dia dan suaminya tiba di hadapan wajah datuknya, dafran. "maya, atuk fikir lebih baik kita lari dari sini... atuk dapat rasakan yang puak agfa dah tahu markas rahsia kita ni...", kata datuk dafran. "apa?... kita kena lari lagi datuk?...", soal maya dalam nada suara yang terkejut. "ya...", balas datuk dafran. "tapi ke mana kita nak larikan diri, atuk?", soal maya ingin tahu. "aku fikir....", belum pun sempat datuk dafran menghabiskan perkataannya, "maaf sebab aku menyampuk... sebaiknya kita jangan lari... kita lawan mereka saja....", potong azroy secara mendadak. "apa?... kau nak lawan dengan puak agfa?", soal datuk dafran sungguh terkejut. "ya...", balas azroy sepatah. "okay, macamana kita nak menentang mereka sedangkan kita tidak ada tentera yang banyak lagi?...", bidas datuk dafran. "aku mempunyai plan aku sendiri...", balas azroy dengan wajah selamba. "plan yang bagaimana?", soal datuk dafran ingin tahu. "sebaiknya kumpulkan semua puak massa di dalam dewan ini kecuali orang tua dan anak yang berumur 15 tahun ke bawah... aku cuma ingin melihat berapa jumlah pihak lelaki yang masih ada... selepas itu aku akan bentangkan plan aku pada semua yang ada di dewan ini...", kata azroy dengan pantas.
"baiklah.... sekejap lagi aku akan menyuruh mereka berkumpul di dewan ini....", balas datuk dafran. "apa rancangan abang tu?", soal maya ingin tahu. "adalah... tapi aku nak tanya kau satu soalan...", azroy bersuara sambil memandang wajah isterinya. "apa dia?", soal maya pula. "er... apakah kelebihan puak massa dan apakah kelemahan mereka?", soal azroy ingin tahu. maya memandang wajah suaminya. "kenapa abang tanya soalan macam tu pula?", soal maya. "jawap sajalah soalan abang tu...", azroy pantas bersuara. "okay, kelebihan kaum massa ialah kami boleh mengubah bentuk tubuh badan kami mengikut bentuk yang kami inginkan....", balas maya. "oh... maksud kau tubuh kau boleh berubah bentuk dalam sekelip mata begitu?", soal azroy ingin tahu. "ya.... kami boleh berubah bentuk menjadi sesiapa saja yang kami suka... contohnya jika maya nak jadi seperti abang maya boleh mengubah bentuk tubuh maya macam abang....", kata maya dengan wajah serius. "okay, cuba tunjukkannya pada abang...", kata azroy. "baiklah...", serentak dengan itu maya mengubah tubuhnya sama seperti suaminya. wajahnya, rambutnya, kulit tubuhnya dan bentuk tubuhnya serupa dengan azroy. cuma perutnya saja yang masih membuncit. "maaflah... maya tak boleh ubah perut maya ni sama seperti abang sebab maya kan tengah mengandung so beginilah jadinya...", kata maya seraya tersenyum kambing. "hahaha....", faiz ketawa sebaik saja dia melihat 'transformasi' maya dalam rupa bentuk rakannya azroy. memang lucu rasanya apabila dia melihat maya berubah bentuk menjadi seorang lelaki yang hamil seperti itu.
azroy pandang semacam ke arah faiz. "sorry...", faiz segera bersuara. dia tahu azroy marah sebab dia ketawakan isterinya. dia terpaksa berdiam diri. "good maya... er... tolong ubah bentuk maya ke bentuk yang asal....", perintah azroy. dengan sepantas kilat maya kembali mengubah bentuk tubuhnya ke bentuk yang asal. memang puak massa mempunyai kelebihan sama seperti watak mystique (raven) dalam cerita x-men tu. cuma bezanya mereka ni ialah makhluk asing. bukannya seperti mystique yang separuh manusia tu. "okay, korang ada kelebihan lain lagi tak?", soal azroy ingin tahu. "urm.... kami boleh mengajuk suara percakapan sesiapa saja yang kami mahu...", balas maya lagi. "okay, sekarang cuba maya mengajuk suara si faiz tu...", perintah azroy. tanpa banyak soal maya pun mula mengajuk suara faiz. dia bersuara seperti suara faiz yang garau dan serak itu. "eh... suara maya sebijik macam suara akulah...", kata faiz terkejut. "ya... itulah kelebihan kami puak massa... kami boleh mengubah diri kami dalam bentuk tubuh yang kami inginkan dan kami boleh mengajuk suara seseorang dengan baik...", balas maya kembali mengubah suaranya ke suara yang asal. "okay, cuba maya bagitahu abang apa kelemahan puak massa pula....", perintah azroy. "baiklah... kelemahan kami ialah kami tidak berani berhadapan dengan musuh dan kami tidak pandai membela diri apabila di serang oleh musuh...", kata maya berterus terang. "oh i see... kenapa korang tidak gunakan kelebihan korang tu untuk menyerang puak agfa?", soal azroy ingin tahu. "maksud abang?", soal maya ingin tahu. "maksud aku, korang kan boleh mengubah diri korang dalam bentuk tubuh yang korang inginkan... so korang boleh gunakan cara tu untuk menyerang musuh... korang tak perlu gunakan senjata untuk serang musuh... korang cuma gunakan otak korang untuk memperdayakan puak agfa...", balas azroy dengan wajah yang serius. "oh... tapi kami tak pernah pun terfikir macam tu sebelum ni...", balas maya. "sebab itulah korang tak pernah menang dalam peperangan ni... korang tidak pernah gunakan strategi lain untuk menangani masalah ni...", kata azroy dengan pantas. "apa apa pun kita kena bekalkan sikit ilmu mempertahankan diri pada diorang ni roy....", sampuk faiz pula. "maksud kau?", azroy memandang wajah rakannya. begitu juga dengan maya.
ANDA SEDANG MEMBACA
ASH (PG13)
Science Fiction#1 in science fiction (05/05/2017) {EMIRATES SCI-FIC BEST BOOK AWARD} Sinopsis:- Ketika azroy sedang memandu keretanya seorang diri di satu pagi yang indah itu tiba tiba saja muncul seorang gadis di hadapan keretanya. Gadis tersebut merayu padanya a...
