ASH 60

531 52 5
                                    

BAB 13

"kita dah sampai, ash...", kapten sharp bersuara sebaik saja mereka sampai di medan pertempuran. kelihatan beberapa buah kapal jet pejuang tentera AS jatuh dari atas langit akibat terkena peluru berpandu pihak musuh. nasib baik kapten sharp pantas mengelak kapal pejuangnya dari berlanggar dengan kapal jet pejuang yang berjatuhan itu kalau tidak tak tahu lagilah. ashriel pantas menghubungi abangnya jefri.
"abang jef... kau dah on ke laptop kau tu?"
"yeah...."
"just do it as quickly as you can..."
"alright..."
selepas itu ashriel segera menghubungi ahli tenteranya yang lain. dia mengarahkan pada mereka supaya mereka bersedia untuk masuk ke medan pertempuran. sempat lagi dia menasihati mereka semua supaya mereka berhati hati ketika berada di medan pertempuran. kemudian dia mengarahkan supaya mereka pergi bersama sama ke medan pertempuran itu.

beberapa saat kemudian,
"ash... aku dah dapat masuk tapi sistem komputer mereka ni meminta access code pula.... masalahnya sekarang aku tidak tahu berapa access code komputer makhluk asing tu..."
"kau cubalah cari codenya..."
"baiklah... aku akan cuba mencari codenya dengan cracker code aplikasi yang ada dalam laptop aku ni..."
"okay, just do it..."
"alright..."
kapten sharp segera menggamit ashriel yang sedang duduk di sebelahnya. "tengok tu... banyak sungguh kapal pejuang pihak musuh....", ashriel segera memandang ke arah yang di maksudkannya. kelihatan begitu banyak kapal pejuang pihak musuh berterbangan di ruang udara. "tembak saja mereka...", kata ashriel. "tanpa kau suruh pun aku memang dah tembak salah satu dari kapal musuh tu...", kata kapten sharp sebaik saja dia menembak salah satu kapal pejuang musuh di situ. ashriel terdiam selepas itu. "kau nak tembak kapal pihak musuh tak?... kebetulan kapal ni ada 2 air shooter...", kata kapten sharp sambil memandu kapal pejuangnya. "aku memang nak tembak tapi macamana caranya gunakan air shooter tu?", soal ashriel. "kau pegang aje joystick yang ada kat situ. lepas tu kau tengok kapal pihak musuh dalam radar pengesan. kat atas radar pengesan tu ada bintik warna merah, bintik warna biru dan bintik warna putih, kan?... okay, bintik warna merah tu mewakili kapal pejuang pihak musuh. bintik warna biru tu pula mewakili kapal pejuang tentera AS. manakala bintik warna putih mewakili kapal pejuang kita. so... kau kena 'aim' kan air shooter kau tu ke arah bintik warna merah yang melambangkan kapal pejuang pihak musuh. bila kau sudah 'aim' kannya betul betul barulah kau tekan punat merah yang ada kat atas joystick tu... nescaya kapal pihak musuh tu akan terkena tembakan kau tu...", dalam keadaan darurat seperti itu sempat lagi kapten sharp mengajar ashriel cara cara menggunakan air shooter kapal pejuang mereka. ashriel pun cubalah  buat apa yang di ajarnya. sekali saja dia tekan air shooternya satu daripada kapal pihak musuh terkena tembakannya. "very good ash... you are a fast learner though...", puji kapten sharp sambil menggosok kepala pemuda itu dengan tangan kirinya. ashriel hanya tersenyum sebaik saja dia mendengar pujian dari mulut kapten sharp. dia merasa sungguh seronok pula ketika menembak kapal  pejuang musuh itu. dia kini menumpukan seluruh perhatiannya pada radar pengesan di depan matanya. dia nak tembak lebih banyak kapal pejuang pihak musuh....

sementara itu kelihatan kaisar zios sedang berdiri memerhatikan keadaan di luar mothership miliknya. begitu banyak kapal jet pejuang berterbangan di udara dengan bunyi letupan dan bedilan peluru di sana sini. ruang udara kini penuh dengan kapal pejuang yang memuntahkan peluru di sana sini. banyak juga kapal jet pejuang tentera AS yang musnah akibat terkena peluru berpandu dari ahli tenteranya. ketika dia sedang leka memerhatikan semuanya itu tiba tiba pandangan matanya tertancap pada beberapa buah kapal pejuang berbentuk segi tiga berwarna silver. dia kenal sangat kapal pejuang itu. kalau tidak salah itu ialah kapal pejuang puak massa tapi kenapa mereka datang ke bumi ni pula? dia merasa sungguh terkejut tatkala dia melihat beberapa daripada kapal pejuang segi tiga itu mula menembak ke arah kapal pejuang tentera miliknya. tahulah dia bahawa kapal pejuang berbentuk segi tiga itu datang ke situ untuk menentang bala tenteranya. lantas kaisar zios bergegas menuju ke arah unit kawalan yang terletak tidak jauh dari situ. dia segera menghampiri kayla. "kayla... aku tengok ada beberapa buah kapal pejuang berbentuk segi tiga menghala ke sini... aku fikir mereka itu pasti saki baki tentera puak massa sebab aku pernah melihat kapal pejuang seperti itu ketika aku berperang dengan mereka di suatu ketika dahulu...  tolong perintahkan jeneral troy X1 dan beberapa ahli tentera lain pergi menentang kapal pejuang berbentuk segi tiga yang baru masuk ke medan pertempuran ni...", kata kaisar zios. "baiklah tuanku...", dengan pantas kayla terus menghubungi troy X1.

"hexagon 1... hexagon 1..."
"hexagon 1 here..."
"jeneral, tuanku memerintahkan agar kau dan beberapa ahli tentera udara lain memburu kapal pejuang berbentuk segi tiga yang baru saja masuk ke medan pertempuran ni... buru mereka dan bunuh mereka..."
"baiklah... arahan di terima..."
troy X1 segera mengubah haluan kapal pejuangnya secara mendadak. dia kini menghala menuju ke arah mothership milik kaisar zios. kelihatan beberapa buah kapal pejuang berbentuk segi tiga dan berwarna silver mula menembak ke arah mothership yang terapung di atas dada langit itu.

faiz sedang menembak salah satu kapal pejuang musuh dengan air shooternya. tiba tiba sebuah kapal berbentuk hexagon meluncur laju ke arah kapal pejuangnya sambil memuntahkan peluru yang bertalu talu. faiz segera memandu kapal pejuangnya keluar dari ruang udara tersebut menuju ke sebalik reruntuhan bangunan yang ada di situ. kapal pejuang berbentuk hexagon itu segera mengejarnya dari belakang. tembakan bertalu talu di lepaskan. faiz cuba mengelak dengan meluncur di sebalik bangunan kosong di situ tapi kapal hexagon itu masih memburunya biarpun dia berusaha untuk melarikan diri dari situ. "okay... kau memang nak memburu aku, kan... baiklah, giliran aku pula yang memburu kau...", faiz pantas mengubah arah laluan kapal pejuangnya lalu dia memusingkan kapal pejuangnya ke belakang secara mendadak. dia kini berada di belakang kapal pejuang pihak musuh. tanpa membuang masa dia pun pantas menembak ke arah kapal pejuang berbentuk hexagon itu. namun tembakannya tidak mengenai sasaran. "oh... pandai sungguh kau mengelak, eh... tak apa... tak apa... aku nak tengok sampai bila kau dapat mengelak dari seranganku...", faiz bersuara sambil menggetapkan giginya. geram betul dia bila dia lihat kapal berbentuk hexagon itu masih belum dapat di tembaknya. dia terus menembak kapal berbentuk hexagon itu dari belakang tanpa henti. kapal pejuang tersebut terbang masuk ke dalam sebuah terowong besar yang ada di situ.

faiz segera mengejar kapal pejuang tersebut. sampai saja di hujung terowong itu faiz lihat kapal pejuang berbentuk hexagon itu hilang entah ke mana. faiz merasa hairan. bukankah tadi kapal pejuang musuh itu masuk ikut terowong tu tadi tapi ke mana pula ianya menghilang pun dia sendiri tidak tahu. ketika dia sedang terpinga pinga di situ tiba tiba kapal berbentuk hexagon itu muncul secara mendadak di depan matanya. ketika itulah faiz dapat melihat wajah si pemandu kapal pejuang musuh tersebut dari sebalik cermin depan kapal pejuang itu. "azroy?!!!!...", nama tersebut terus terpacul keluar dari bibirnya. dia merasa terkejut di saat dia melihat rakannya azroy berada di dalam kapal pejuang musuh yang berbentuk hexagon itu. "azroy... ini akulah, faiz... kawan kau sendiri...", faiz bersuara sambil melambaikan tangannya ke arah lelaki tersebut tapi dia lihat lelaki itu hanya mendiamkan dirinya. dia sedikit pun tidak menunjukkan sebarang reaksi. dia seperti tidak mengenalinya pula. malah wajahnya kelihatan tegang dan dia merenung wajah faiz dengan renungan mata yang tajam sekali.

AUTHOR: tak sangka ya cerita Ash ni mendapat bacaan sebanyak 3.3K lebih. thats mean cerita ni sudah berjaya menarik perhatian segelintir daripada pembaca di wattpad ni. apa apa pun mizz nak ucapkan terima kasih pada korang semua sebab korang sudi meluangkan masa untuk membaca cerita mizz yang merepek ni... okaylah, just keep on reading ar....

ASH (PG13)Where stories live. Discover now