"dia tak kenal kau lagilah, faiz... lebih baik kita berambus dari sini sebelum dia tembak kapal kita...", cruz bersuara di sebelah faiz. belum pun sempat faiz membalas perkataannya cruz segera menekan turbo blast kapal pejuang mereka. bagaikan pelesit kapal mereka meluncur laju dari situ. troy X1 merasa terkejut sebaik saja dia melihat kapal segi tiga itu meluncur laju dari situ. "mana kau nak lari, hah?... nah... terimalah habuan kau ini...", troy X1 pantas menembak ke arah kapal pejuang segi tiga itu. tembakannya mengenai bahagian tepi sayap kiri kapal pejuang segi tiga tersebut. "alamak... kita terkena tembakanlah... macamana ni?", cruz bersuara dengan cemas sekali. kelihatan asap berkepul kepul keluar dari bahagian sayap kiri kapal pejuang mereka. "bertenanglah... aku akan cuba menghubungi ashriel dan kapten sharp...", faiz bersuara sambil memegang gadget kecil di tangannya.
"calling ash.... calling kapten sharp..."
"ya... ada apa papa?"
"ash... papa ni... kapal kami terkena tembakan musuh. sebuah kapal berbentuk hexagon telah menembak kapal kami..."
"oh... jadi sekarang papa dan cruz tak apa apa ke?"
"sayap kiri kapal kami terkena tembakan... jadi, kami terpaksa.."
"kaboooommmm!!!!!!!!!....."
ashriel terkejut sebaik saja dia mendengar bunyi letupan yang sangat dashyat itu.
"papa!!!!.... papa!!!!!...."
ashriel cuba memanggil papanya namun tiada sahutan dari dalam gadget kecil di tangannya. yang kedengaran hanyalah bunyi, "shhhhhhhhhhhh...", tanda talian terputus secara mendadak. gadget kecil di tangan ashriel terjatuh dari genggaman tangannya"ada apa ash?", soal kapten sharp sambil memandu dan menembak ke arah kapal musuh yang berlegar di depan kapal pejuang mereka. "kapal papa dan cruz di tembak musuh...", balas ashriel dengan wajah yang pucat lesi. "so mereka di mana sekarang?", soal kapten sharp ingin tahu. "aku tak tahu... jangan jangan kapal papa dan cruz meletup di ruang udara sebab baru sebentar tadi aku dengar letupan yang sangat dashyat... berkemungkinan besar mereka sudah mati...", kata ashriel dengan suara yang bergetar. "takkanlah mereka sudah mati...", kapten sharp bersuara sambil memandang sekilas ke arah pemuda itu. mata ashriel mula basah dengan airmata. "entahlah kapten sharp... tapi pada firasatku mereka sudah mati...", kata ashriel separuh sebak. hatinya sedih secara tiba tiba. "ash... janganlah kau fikir macam tu sekali... kau jangan bimbang... mereka takkan apa apa lorh...", kata kapten sharp cuba menenangkan hati pemuda yang gundah gulana itu. "tapi aku terdengar bunyi letupan sebentar tadi kapten sharp... aku yakin kapal mereka meletup di ruang udara... papa sendiri mengatakan padaku bahawa kapal mereka di tembak oleh sebuah kapal musuh yang berbentuk hexagon....", kata ashriel. "jadi....", kapten sharp memandang wajah pemuda tersebut secara sekilas. setitis airmata ashriel mengalir keluar membasahi pipi pemuda tersebut. dia seperti sedang menangis. mungkin dia sedih apabila dia memikirkan yang papanya faiz mati akibat di serang oleh pihak musuh. "jadi aku nak cari kapal pejuang berbentuk hexagon tu... aku nak tembak kapal tu sehingga ianya meletup di depan mataku...", kata ashriel. dia pantas mengesat airmatanya dengan lengan bajunya sendiri. "tapi macamana pula dengan plan B kau tu?", soal kapten sharp ingin tahu. "tangguhkannya dulu... aku nak bunuh makhluk asing yang telah membunuh papaku...", kata ashriel dengan wajah yang tegang. dia tidak lagi menangis. dia segera menghubungi semua ahli tentera yang lain supaya mereka menembak ke arah sebuah kapal berbentuk hexagon. itu pun jikalau mereka ternampak kapal pejuang tersebut. setelah dia memberikan arahannya dia mula menumpukan perhatiannya keluar cermin jendela kaca kapal pejuang milik mereka berdua. dia ingin mencari kapal piring terbang hexagon di celah celah kapal pejuang pihak musuh yang berbentuk trapezium itu. dia ingin membunuh makhluk asing yang telah membunuh papanya faiz dan juga cruz.
sementara itu kelihatan faiz dan juga cruz meluncur turun dari atas langit dengan menggunakan payung terjun milik mereka sendiri. kapal pejuang mereka telah pun meletup di udara akibat terkena tembakan bertubi tubi dari kapal pejuang yang berbentuk hexagon itu. nasib baik mereka sempat terjun dari kapal pejuang mereka sebelum ianya meletup di udara kalau tidak tak tahu lagilah apa yang terjadi pada mereka. nasib baik juga mereka ada payung terjun dalam kapal pejuang tersebut. dengan payung terjun itulah mereka berusaha untuk menyelamatkan diri. tidak lama kemudian mereka mendarat di atas bumbung bangunan yang terletak tidak jauh dari situ. belum pun sempat mereka berlari meninggalkan tempat itu tiba tiba kelihatan sebuah kapal berbentuk hexagon meluncur rendah di atas kepala mereka sambil menembak ke arah mereka. akibatnya faiz dan cruz terjatuh di atas bangunan tersebut. mereka tidak sedarkan diri lagi. "hm... mereka sudah mati... sekarang aku kena cari kapal pejuang segi tiga yang lain...", bisik hati kecil troy X1. dia segera memandu kapal pejuangnya menuju ke kapal induk milik kaisar zios. dari jauh lagi dia nampak begitu banyak kapal pejuang berbentuk segi tiga menyerang dan menembak kapal pejuang trapezium milik tentera kaisar zios. mereka berbalas tembakan tanpa henti. dalam waktu yang sama ashriel terpandang akan kapal pejuang berbentuk hexagon itu. dia pantas menggamit bahu kiri kapten sharp yang sedang duduk di sebelahnya saat itu. "itulah kapal pejuang yang berbentuk hexagon tu... mari kita memburunya...", kata ashriel pada kapten sharp. "baiklah...", balas kapten sharp. kapal pejuang milik mereka segera meluncur laju ke arah kapal pejuang berbentuk hexagon itu. "tembak si keparat itu!!!!....", ashriel bersuara dengan lantang. dia dan kapten sharp segera menembak ke arah kapal pejuang hexagon tersebut secara bertalu talu.
troy X1 terkejut sebaik dia melihat sebuah kapal pejuang berbentuk segi tiga meluncur laju ke arahnya sambil menembak ke arahnya secara bertubi tubi. nasib baik dia pandai mengelak dari serangan musuh. dia segera menerbangkan kapal pejuangnya dengan pantas menuju ke arah reruntuhan bangunan di kotaraya NYC tersebut. "kapten sharp... kejar dia...", perintah ashriel dengan wajah yang tegang sekali. "baiklah...", kapten sharp pantas memandu kapal pejuangnya mengekori kapal pejuang berbentuk hexagon itu dari belakang. maka terjadilah adegan kejar mengejar di celah celah reruntuhan bangunan yang ada di situ. "ash... apa kata kalau kita gunakan peluru berpandu pula... tentu kapalnya akan meletup...", kata kapten sharp. "baiklah... kita gunakan peluru berpandu...", kata ashriel. mereka mula menggunakan missile aim untuk memusnahkan kapal pejuang hexagon tersebut. setelah aim di setkan dengan pantas ashriel menekan punat missile yang ada di control panelnya. sekali tekan saja kelihatan sebuah peluru berpandu meluncur keluar dari kapal mereka. ianya meluncur laju ke arah kapal berbentuk hexagon tersebut. troy X1 menyedari bahawa dirinya berada dalam bahaya. kelihatan sebuah peluru berpandu meluncur laju mengejar kapal pejuangnya dari arah belakang. dia pantas memandu kapal pejuangnya menuju ke sebuah bangunan yang sangat tinggi. kini kapal pejuangnya semakin dekat dengan bangunan tersebut. sebaik saja kapalnya berada dekat dengan bangunan itu dia pantas memusingkan kapal pejuangnya ke belakang. peluru berpandu tersebut segera merempuh bangunan itu lalu ianya meletup dengan kuat sekali. "kaboooommmm!....", kedengaran letupan bergema di situ.
serentak dengan itu bangunan tinggi tersebut terus roboh dalam sekelip mata. "oh... tidak... dia terlepas dari peluru berpandu kita...", kata ashriel cukup kecewa dengan apa yang di lihatnya saat itu. "tak apa ash... kita akan cuba menembaknya dengan peluru berpandu kita yang lain pula...", kata kapten sharp di sebelahnya. ketika itu kedengaran suatu suara di earpiecenya. "ash... aku sudah berjaya mendapatkan access code tu...", kedengaran suara abangnya jefri bergema di dalam earpiece di telinga kirinya. "oh... biarkannya dulu... aku dan kapten sharp sekarang sedang sibuk hendak memburu dan membunuh makhluk asing yang telah membunuh papa kita...", kata ashriel dengan pantas. "apa?.... apa kau cakap?... ada makhluk asing yang membunuh papa kita?...", soal abangnya jefri dalam nada suara yang terkejut. "ya... baru sebentar tadi aku terdengar bunyi kapal pejuang papa dan cruz meletup dalam gadget kecil aku ni... aku yakin papa kita sudah tiada...", balas ashreil separuh sebak. "oh.... tidak... papa!....", kedengaran suara abangnya jefri menahan sebak di dalam dada. "abang jef... cuba kau cari apa apa maklumat dalam komputer induk makhluk asing tu sementara aku dan kapten sharp menyerang kapal makhluk keparat tu...", kata ashriel dengan pantas. "baiklah...", jefri menamatkan perbualan mereka. dia sedih memikirkan papanya yang di katakan sudah meninggal dunia itu. dia segera menutup wajahnya dengan tangannya. dia menangis kesedihan.
YOU ARE READING
ASH (PG13)
Science Fiction#1 in science fiction (05/05/2017) {EMIRATES SCI-FIC BEST BOOK AWARD} Sinopsis:- Ketika azroy sedang memandu keretanya seorang diri di satu pagi yang indah itu tiba tiba saja muncul seorang gadis di hadapan keretanya. Gadis tersebut merayu padanya a...