Soal Siasat

4.1K 383 7
                                    

" Kali terakhir ketika mangsa masih sedar , ada pihak yang mengatakan mangsa melarikan diri daripada awak dan terjatuh di dalam kolam . Benar? " Soal seorang detektif yang ditugaskan untuk menyoal siasat tentang kes kehilangan Min Hyemin yang sudah berlanjutan selama beberapa hari tanpa khabar berita daripada mana - mana pihak .

" Benar , tapi jujur saya katakan itu hanyalah salah faham antara kami berdua " Jungkook memandang ke arah detektif itu dengan tenang.

" Dan kami mendapat maklumat bahawa mangsa trauma dengan air , benarkah ? " Tergamam Jeon Jungkook mendengar soalan detektif Yoo . Matanya membuntang di saat lelaki tersebut mengatakan sesuatu yang tidak patut diketahuinya .

" Awak tunang dia , mesti awak lebih mengenali mangsa " Ujar Detektif Yoo sambil membelek - belek fail kes di hadapannya.

" Ini semua salah , rahsia tu hanya orang tertentu yang mengetahuinya

●●●

" Pembantu aku beritahu yang kau tak mahu makan makanan yang diberi " Taehyung melangkah ke arah Hyemin yang terbaring di atas katil .

" Lepaskan saya Tae .. saya merayu " Hyemin memandang jauh ke permandangan di luar kamar tersebut . Fikirannya melayang entah ke mana tatkala memikirkan masalah yang dilaluinya.

" Kenapa susah sangat untuk kau faham , yang aku takkan lepaskan kau " Taehyung kelihatan marah . Dia muak mendengar ayat yang sama setiap hari dia menjenguk Hyemin.

" Perkenalan kita hanyalah saya sebagai pesakit awak dan awak doktor yang merawat saya , tidak lebih Taehyung " kata - kata Hyemin membuatkan Taehyung tergamam seketika , wajah Hyemin ditatap lama.

" Tidak , kau rela untuk terima aku sebagai teman lelaki kau ! " Taehyung memegang kepalanya , matanya mula kemerah - merahan menahan marah.

" Saya dipaksa ! bersama awak adalah satu kesilapan dalam diri saya ! " Pekik Hyemin , walaupun sebenarnya apa yang dikatakan itu tidak benar sama sekali , tapi dia terpaksa . Dia tak mahu dikurung dalam bilik ini selamanya.

" Dan juga , merawat kau untuk tidak takut pada air adalah kesilapan aku ? " Taehyung membalas pekikan Hyemin sebentar tadi dengan tenang.

" Hanyalah satu - satu manusia yang mengetahui penyakit kau dari awal adalah aku Hyemin , aku tahu di mana titik kelemahan kau " Taehyung membelai pipi mulus Hyemin .

" Aku tak akan berhenti , meskipun aku tak boleh untuk memiliki kau . Ingatlah bahawa tiada siapa yang bakal memiliki kau selain aku " Tenang Taehyung mengungkapkan kata - kata itu .

" Goodnight sweetheart "  Taehyung turun dari katil tersebut , dia melangkah di dalam air yang bergenang di bawah katil dengan lagak yang sungguh tenang.

" Tenunglah air yang bergenang ini lama - lama , mana tahu kau akan sedar bahawa aku yang selayaknya menjaga kau " Ucapan terakhir lelaki itu sebelum menutup rapat pintu kamar tersebut.

●●●

" Sudah - sudah la tu Rin , aku yakin anak kita masih hidup " Tuan Min cuba memujuk isterinya . Sudah empat hari Puan Min tidak mahu makan , apatah lagi tidur . Mungkin terlalu risau dengan anaknya yang kian lama menghilang.

" Kalau kita tak tunangkan dia dengan Jungkook , perkara ni takkan jadi ! " Puan Min mengelap airmatanya . Perasaan sayu mula bertukar marah bila mengingatkan tentang punca kehilangan anaknya itu.

" Kita pun tak tahu ini semua angkara siapa , biar pihak berkuasa tentukan segalanya . Kalau benar Jungkook dalangnya , aku tak akan berdiam " Ujar Tuan Min tegas , namun apa sahaja spekulasi darinya tidak akan mendatangkan apa- apa tanpa bukti yang kukuh .

" Rin akan pastikan , dalangnya akan dikenakan hukuman yang setimpal " Puan Min segera bangun dari sofa yang didudukinya sejak tadi lalu menapak keluar dari kamarnya , begitu juga dengan Tuan Min.

Pasti ada sesuatu yang tak betul ' Desis seseorang yang tidak sengaja melalui kamar ibu dan ayahnya sebentar tadi dan dia mendengar segala percakapan ibu bapanya . Kakinya dihayun meninggalkan ruang tersebut pabila mendengar pintu bilik dibuka .

●●●

" Kau percayakan aku kan ? tak mungkin aku nak culik adik kau sedangkan aku tunang dia " Jungkook dengan bersungguh - sungguh menafikan tuduhan yang dikemukan terhadapanya sekarang. Bak kata Tuan Jeon , kalau dia tak bersalah , buktikan bersungguh - sungguh !

" Tapi kita tiada bukti yang kukuh untuk tuduh sesiapa sekarang , hanya kau suspek utama kehilangan Hyemin disebabkan kau tunang dia dan spekulasi yang dibuat orang ramai sekarang " Terang Min Yoongi , abang kandung kepada Min Hyemin . Dia terpaksa bergegas pulang dari Singapura apabila berita kehilangan adiknya diketahuinya semalam. Hampir luruh jantungnya pabila mengetahui kehilangan adik kesayangannya itu .

" Spekulasi dimana aku menculik Hyemin sebab tak mahu Hyemin buka mulut yang aku curang dengan dia ? begitu ? " Jungkook meraup wajahnya , sungguh dia tertekan sekarang . Dengan Syarikat Jeon yang kini sedang meningkat naik dan memerlukan tenaganya untuk membantu perusahaan itu dan dimana dia ditahan di balai polis untuk siasatan atas tuduhan yang langsung tidak masuk akal sungguh memeningkan kepalanya sekarang.

" Yoongi , kau tahu tentang penyakit Hyemin ? " Soal Jungkook ragu - ragu , entah kenapa dia berasa ringan mulut untuk bertanya soalan itu kepada Hyemin.

" Pastilah aku tahu " Jawab Yoongi bersahaja.

●●●

No Not Today !




[2017]ObsessionWhere stories live. Discover now