Sarah memandang sekilas perutnya. Perlahan dia memegang perutnya yang sedang membuncit. Masih lagi dia terkenang akan kemalangan yang menimpanya dan Jungkook semalam.
Sehingga hari ini , dia tak tahu keberadaan Jungkook dimana. Pastinya Jungkook ditempatkan di wad khas lain. Laju airmatanya berguguran saat dia melihat wajah Jungkook berlumuran darah selepas kemalangan itu.
" Maafkan aku Sarah , maafkan aku "
" Saya yang patut minta maaf dengan awak Kook , awak tak salah. Saya yang salah "
Mendengar pintu wadnya dibuka , segera dia menoleh. Apa yang diharapkan ialah Jungkook ingin menjenguknya.
Sangkaannya meleset tatkala melihat Yunhyeong yang berjalan menghampiri katilnya sekarang. Selepas kemalangan itu berlaku , Yunhyeong tak henti - henti melawat Sarah yang dikatakan bersama Jungkook sewaktu itu.
" Macam mana keadaan Jungkook ? " Soalan pertama yang ditanya perempuan itu saat dia melihat Yunhyeong di hadapannya.
" Dia masih tak sedar. Doktor kata kepala dia terhantuk kuat waktu kemalangan jadi doktor tak yakin yang dia akan sembuh macam biasa kalau dia bangun. "
" Ya tuhan .. "
Makin berderai airmata wanita hamil itu. Lagi - lagi pabila dia teringatkan kata - kata Jungkook sewaktu mereka kemalangan tempoh hari.
" Maafkan aku Sarah , maafkan aku "
" Yunhyeong - ah. Saya nak jumpa dia. Walaupun dalam keadaan dia macamtu. Saya yakin yang dia akan dengar segalanya "
Yunhyeong diam seketika. Bukannya dia tak mahu memberi peluang kepada perempuan itu melawat Jungkook. Tapi buat masa sekarang wad itu hanya dipenuhi dengan keluarga Jungkook. Ibu dan Ayah Jungkook juga turut berada di situ.
Kedatangan Sarah akan memberi tegangan buat mereka di sana nanti. Lagi - lagi dengan statusnya sebagai perempuan simpanan lelaki itu.
" Yunhyeong , jebal ? "
●●●
" Jungkook - ah. Kalau kamu dengar suara Eomma dan Appa ni. Kami merayu , bangunlah sayang.. Jangan terlantar macam ni je. Kamu tak kesiankan Eomma ke Kook-ah "
Puan Jeon memegang erat tangan Jungkook. Melihat anaknya dalam keadaan ini cukup membuat dia sakit. Mengapa bencana sebegini berlaku kepada anaknya ?
" Kami tak pernah ajar kamu untuk jadi jahat macamtu. Kami cuma nak kamu jadi lebih baik Kook. Eomma cuma minta kamu untuk tak bermuka - muka di khalayak ramai. Dulu kamu anak yang baik Kook. "
Kini wajah anaknya pula menjadi tatapannya. Pilu hatinya terkenangkan saat dia menengking Jungkook dulu hanya disebabkan lelaki itu mahu keluar pada waktu malam.
Sedangkan pada masa itu , apa yang dimahukan Jungkook hanyalah kasih sayang dan perhatian.
" Dah malam kan ? yang nak keluar lagi kenapa ? Duduk jelah dekat bilik tu. Eomma dah bagi kamu laptop , telefon , macbook semua eomma dah bagi. Apa lagi yang kamu nak ? "
" Eomma ingat laptop , telefon , macbook tu boleh bagi Kook kasih sayang ke ? Eomma ingat dengan eomma bagi semua tu eomma dah berjaya bagi kasih sayang dekat Kook ? Kook perlukan kasih sayang , bukannya harta ! " Tengking Jungkook dengan perasaan marah. Buat pertama kali dalam hidupnya dia menengking ibunya.
" Kamu jangan melampau. Sekarang kau naik atas. Aku taknak dengar lagi yang kau nak keluar malam. Naik ! "
" Sampai satu tahap nanti Eomma , Jungkook akan buat sesuatu di luar jangkaan Eomma. Masatu Eomma tak boleh buat apa melainkan menyesal dengan semua perbuatan Eomma ni ! "
Jungkook menutup kasar pintu rumahnya dan berlalu ke dalam bilik. Segala amarahnya diluahkan di dalam kamarnya dan bukan di hadapan Eomma dan Appanya.
" Eomma janji , kalau Kook bangun. Eomma akan bagi semua yang kamu nak sayang. Jebal jangan tinggalkan Eomma. Sekurang- kurangnya kamu ingat isteri kamu Kook. Kamu sayangkan dia kan?"
Klek
" Eomma... "
" Hyemin - ah .. " Segera Puan Jeon memeluk wanita itu. Dia memerlukan seseorang untuk meluahkan rasa sedihnya ketika ini.
" Macam mana dengan keadaan dia ? " Soal Hyemin ragu - ragu. Dia sebenarnya takut sekiranya Puan Jeon memarahinya kerana tiada disaat anaknya terlantar sebegini.
Namun sangkaannya meleset saat Puan Jeon menangis di bahunya dan melepaskan segala tangisannya di situ.
" Semua salah Eomma sayang. Semua salah Eomma "
" Ani Eomma ... Ini bukan salah Eomma " Hyemin cuba menenangkan ibu mertuanya itu. Sambil itu dia memandang ke arah Jungkook yang masih tidak sedarkan diri.
Selepas majlis perkahwinannya semalam , dia diberitahu bahawa Jungkook kemalangan. Segera dia meminta izin dengan Taehyung pagi ini untuk keluar.
Dan dia ditemani Lee Dokyeom.
" Jungkook- ah "
Serentak mereka berdua memandang ke arah pintu masuk wad tersebut. Kelihatan seorang perempuan hamil sedang mendekati katil Jeon Jungkook.
" Jungkook ah , maafkan saya "
" Kau siapa ? " Soal Puan Jeon kepada perempuan itu. Airmatanya segera diseka. Dia ingin tahu apa hubungan perempuan ini dengan anaknya.
" Saya .. Sarah. Perempuan simpanan Jungkook " Setelah menjawab pertanyaan Puan Jeon. Perlahan dia berjalan mendekati Jungkook. Namun pantas dia dihalang oleh Puan Jeon. Bahunya ditolak menjauhi Jungkook.
" Jadi , kaulah pemusnah rumah tangga orang ni. Dan penyebab anak aku terlantar sakit macam ni. Kau lah orangnya ?! " Tengking Puan Jeon kepada wanita itu.
Airmata Sarah menitis laju saat dia ditolak oleh Puan Jeon. Dia hanya mahu menjumpai lelaki itu. Lelaki yang amat dicintainya.
" Puan , tolong benarkan saya jumpa dengan Jungkook. Sekejap sahaja. " Pinta Sarah dengan nada rayuan. Airmatanya meluncur laju ke pipinya. Dia tak kuat menanggung semua ini tanpa penguat di sisinya.
" Kau siapa ?! kau tu hanya pemusnah masa depan anak aku kau tahutak !! " Rambut Sarah ditarik - tarik. Perempuan itu hanya membiarkan sahaja apa yang dilakukan Puan Jeon. Dia layak menerima layanan sebegitu.
" Eomma sudah... Dia tak salah Eomma " Hyemin cuba menenangkan Puan Jeon yang sudah mengamuk. Akhirnya pegangan Puan Jeon terlepas daripada rambut Sarah.
" Memang dia yang salah. Dia hampir nak musnahkan rumah tangga Hyemin dan Jungkook! Aku ingatkan bila perkahwinan ni dibuat secara tertutup. Tak akan ada sesiapa yang bakal menggangu , rupanya makin ramai ! "
" Puan , benarkan saya jumpa Jungkook. Sekejap saja Puan. Benarkan saya dan anak saya jumpa dia " Mendengar perkataan anak dari mulut Sarah. Lagilah Jeon Hana mengamuk tidak tentu arah.
Dia langsung tak menyangka anaknya sanggup berbuat sebegini.
●●●
" Betul ke anak ni , anak Jungkook ? " Soal Hyemin dengan nada meluat. Malas sebenarnya dia ingin berjumpa dengan perempuan ini.
" Saya minta maaf sebab hampir hancurkan rumah tangga awak dengan Jungkook. Saya langsung tak tahu status dia masa saya bersama dia " Airmatanya masih tidak berhenti mengalir.
" Berapa bulan ? " Soal Hyemin lagi. Menginginkan kepastian.
" Baru 2 bulan "
Mendengar jawapan Sarah. Dia teringat sewaktu dia mencuri - curi dengar perbualan Jungkook di telefon suatu masa dulu.
" Ye sayang ... saya otw ni sabarlah .. "
" Jadi kaulah perempuannya " Ucap Hyemin dengan perlahan. Dia tak menyangka Jungkook sanggup menduakannya. Padahal sewaktu itu mereka baru sahaja lepas berkahwin.
" Puan Muda , Tuan Jungkook dah sedar "
" Namun , keadaannya teruk "
Bersambung....
YOU ARE READING
[2017]Obsession
Fanfiction"Aku gilakan kau!" Ayat yang sama namun diungkapkan daripada dua orang lelaki yang berbeza. Kim Taehyung , obses dengan cinta Hyemin. Jeon Jungkook , obses dengan tubuh badan Hyemin. Dua lelaki yang mencuba mendapatkan perhatian seorang gadis ya...