Hyemin melangkah menuju ke dapur . Hari ini dia ingin mempersembahkan resipi baru yang dibuat olehnya sendiri . Tidak tahu lah sama ada resipinya itu mengikut citarasa Taehyung atau tidak. Baginya , tidak salah untuk mencuba , kan ?
" Kalau tak sedap , aku akan bakar buku - buku resipi yang aku pelajari selama ni dan abunya akan aku pijak - pijak " Ujar Hyemin sambil memakai pelapik untuk menutupi sebahagian badannya , atau lebih senang dipanggil apron.
" Dia akan pulang makan tengah hari pada pukul 2 tengah hari , dan sekarang dah pukul 12 tengah hari. Ah ! dua jam sahaja ! " Bebel Hyemin , berkerut dahinya memandang jam dinding di dapur itu.
Kuali diambil lalu diletakkan di atas dapur . Dia mengambil ayam yang telah sedia dipotong di dalam peti sejuk . Segala rempah - rempah dikeluarkan dari kabinet dapur. Setelah itu , bermula lah acara memasak Min Hyemin .
Merasa dirinya sebagai seorang isteri , Hyemin cuba untuk menggalas tanggungjawab itu sebelum benar - benar menggalas tanggungjawab sebenar sebagai suri rumah kepada suaminya . Hyemin sepatutnya memberi layanan kepada Taehyung seperti seorang isteri . Sepertimana Taehyung melayannya sebagai suami kepada Min Hyemin.
●●●
Tuan Jeon berdiri kini berdiri . Dia berhadapan dengan anak menantunya , Kim Taehyung.
" Kamulah satu - satunya anak harapan Appa . Tolonglah Taehyung kali ini saja " Rayu Tuan Jeon kepada Taehyung . Dia ingin menghantar Taehyung ke Beijing selama dua minggu , dia mahu Taehyung menguruskan syarikat yang baru dibuka di sana sementara Jungkook masih lagi dalam tahanan polis.
" Im Sorry , Appa . Tapi jadual Taehyung memang padat " Taehyung memejamkan matanya , dia terpaksa membohongi Tuan Jeon . Gila ! dia tak mahu meninggalkan Hyemin seorang diri !
" Kalau pasal Yeojachingu kamu tu , tak usahlah risau . Kalau tak boleh berpisah kamu bawalah dia sekali ke sana . Asalkan kamu dapat menjenguk syarikat di sana sementara Jungkook tiada. Tolonglah Tae.. " Terbeliak mata Taehyung mendengar Tuan Jeon berkata sedemikian .
" M-mana appa tahu ? " Gugup Taehyung bertanya kepada orang tuanya itu . Tuan Jeon tersenyum sinis memandang Taehyung.
" Jungkook ceritakan semuanya kepada Appa , janganlah kamu hiraukan tentang itu . Kalau tak keberatan bawalah dia duduk di sini sementara kamu ke sana . Boleh juga dia teman Omma kamu " Jelas Tuan Jeon lembut . Namun apa yang dikatakan olehnya kedengaran mustahil bagi Taehyung untuk melakukannya.
Tak sempat Taehyung ingin membantah , Tuan Jeon bercakap terlebih dahulu." Jungkook cakap , kamu nak kahwin dengan dia kan ? " Soal Tuan Jeon terus , tiada dalih - dalih lagi.
" M-mworago ?! " Terjerit Taehyung mendengarnya , secepat ini Jungkook menceritakan segalanya kepada Appa? Sungguh melampau !
" Beri masa untuk Taehyung , saya akan fikirkan "
Segera Taehyung berjalan meninggalkan bilik kerja Tuan Jeon . Setelah keluar dari pejabat , dia mengambil objek nipis yang diselit di dalam poketnya lalu lantas dia menelefon seseorang." Beritahu Jungkook yang aku mahu berjumpanya sekarang , SEKARANG ! " Wajah Taehyung kelihatan merah menahan marah . Merasa dirinya melampau , dia menjauhkan telefon yang dipegangnya dari telinga . Nafasnya ditarik dalam , lalu dihembus dengan perlahan.
" Beritahu Jungkook , aku akan ke pejabat dia sebentar lagi " Mendengar jawapan Dokyeom , segera dia mematikan panggilannya. Nafasnya ditarik dalam.
Drtt Drtt.
Taehyung melihat nama yang terpampar di skrin telefonnya terlebih dahulu sebelum dia menjawab panggilan tersebut. Tersenyum dia melihat panggilan daripada Hyemin.
YOU ARE READING
[2017]Obsession
Fanfiction"Aku gilakan kau!" Ayat yang sama namun diungkapkan daripada dua orang lelaki yang berbeza. Kim Taehyung , obses dengan cinta Hyemin. Jeon Jungkook , obses dengan tubuh badan Hyemin. Dua lelaki yang mencuba mendapatkan perhatian seorang gadis ya...