Curang ?

2.4K 242 21
                                    

Tiga hari sudah pun berlalu selepas perkahwinan Jeon Jungkook dan Jeon Hyemin. Perkahwinan yang pada mulanya dibantah Hyemin namun kerana Eommanya . Dia terpaksa juga meneruskan perkahwinan itu.

" Bila awak nak pulang ke Itaewon ? " Soal Jungkook sambil membetulkan kemeja yang dipakainya. Hyemin yang sedang termangu di atas katil segera memandangnya.

" Saya fikir minggu depan , tapi buat apa saya nak balik kepada dia sedangkan dia tak sedarkan diri lagi " Mendengar itu . Pantas Jeon Jungkook mengukirkan senyuman sinisnya.

" Baguslah , lagipun saya nak pergi berbulan madu " Tubuh Hyemin didakap erat , seperti tidak puas lagi dia bermain cinta dengan perempuan itu sepanjang mereka berada di Villa tersebut.

" Ini bukan bulan madu ? Asyik terperap dalam bilik je " Hyemin menjelingnya. Jungkook ketawa melihat gelagat isterinya itu.

" Itulah maksud berbulan madu bagi saya " Jelas Jungkook . Satu tamparan lembut dihinggap di bahu lelaki itu.

" Saya bergurau sayang. Okay kita pergi Korea Utara " Sekali lagi , bahu Jungkook menjadi sasaran perempuan itu.

" Awak gila ? "

" Saya gilakan awak " Jawab Jungkook bersahaja.

" Awak memang gila " Setelah mengungkapkan kata itu . Mereka berdua ketawa bersama . Jungkook mengambil tempat di peha Jeon Hyemin.

" Jeon Hyemin , esok kita bertolak ke Langkawi Island Malaysia " Jelas Jungkook .

" Ha ? Serius ? Saya teringin sangat nak ke negara bercuaca panas ! " Teruja Hyemin mendengar lokasi berbulan madu mereka. Lagi - lagi dia sememangnya mengidam untuk pergi ke Malaysia. Kata orang ramai negara itu sungguh panas , tambahan lagi kalau berdekatan pantai.

" Boleh lah kita pakai seksi - seksi di sana nanti" Sakat Jungkook lagi. Dia tidak boleh berhenti berjenaka jika bersama Hyemin. Baginya mendengar tawa Hyemin adalah hobinya setiap hari.

Telefon Jungkook berbunyi buat kesekalian kalinya. Namun kali ini dia langsung tidak melihat nama si pemanggil. Telefonnya dimatikan lalu dicampak berjauhan darinya.

" Siapa tu ? dari kelmarin saya lihat telefon awak sering berbunyi " Hyemin agak pelik dengan kelakuan Jungkook yang sebegitu . Dia kelihatan cuak ketika mematikan telefonnya jika telefonnya berdering.

" Masalah syarikat " Dari riak wajah lelaki itu , dia kelihatan sedang membohongi Hyemin.

" Kalau ia merimaskan , awak matikan je lah telefon tu " Ujar Hyemin lembut. Rambut Jungkook diusap perlahan.

" Ni yang buat saya malas nak pergi pejabat ni " Jungkook mencebik seketika . Dia membiarkan sahaja Hyemin menilik wajahnya.

" Dah jangan mengada. Lagipun awak tak pernah melawat anak syarikat Jeongsan Trading di Busan kan ? " Hyemin menolak tubuh Jungkook menjauhinya.

" Memang tak pernah , tapi saya selalu dengar khabar yang syarikat Jeongsan di sini maju sebab berdekatan dengan Pusat Peranginan " Jelas Jungkook serius lalu dia bangun dari katil. Dia membetulkan kemeja hitam yang dipakainya sebentar tadi.

" Baguslah kalau macam tu. Hati Appa Jeon pun senang" Hyemin tersenyum manis . Jungkook yang berada berdekatannya dipandang lama.

" Okaylah saya pergi dulu " Jungkook mengalihkan pandangannya dari terus memandang Hyemin . Entah mengapa pandangan itu kelihatan seperti rasa bersalah dan simpati.

" Drive carefully . Take care " Ucap Hyemin sebelum dia melihat Jungkook meninggalkannya di dalam bilik tidur mereka.

Entah mengapa dia merasa pelik dengan kelakuan suaminya. Dia dengan perlahan mengekori lelaki itu sehingga ke tangga.

" Ye . Saya dalam perjalanan ke sana la ni.. " Lembut sahaja suara Jungkook berbicara. Telefonnya tak lepas di telinganya. Senyuman diukir sambil dia menuruni anak tangga satu persatu.

" Ye.. saya datang .. " Hyemin mula mensyaki sesuatu . Namun dia membuang perasaan berprasangka buruk jauh - jauh . Mungkin dia sedang bercakap dengan kawannya , fikir Hyemin.

●●●

Lee Dokyeom mengalihkan pandangannya. Sudah genap dua minggu Taehyung tidak menyedarkan diri dan dia juga langsung tidak mendapat khabar tentang Hyemin.

" Aku harus cari Hyemin , sebelum Taehyung sendiri yang mencarinya " Desis Dokyeom . Tangannya disilangkan sambil dia memandang Kim Taehyung yang terlantar di atas katil.

" Berani kau tinggalkan dia , sedangkan dia cintakan kau sepenuh hatinya " Rungut Dokyeom lalu berjalan meninggalkan kamar Taehyung . Sementara ketiadaan Hyemin dia terpaksa mengupah pembantu untuk menjaga Taehyung.

" Aku benci penipu " Langkah Dokyeom mati tatkala dia melihat gerangan di hadapannya . Segala kata - katanya tadi , ditarik serta merta pabila bayang Hyemin akhirnya muncul di pintu rumah tersebut.

" Dokyeom ssi , Taehyung dah sedar " Soalan pertama yang ditanya kepada lelaki itu bila dia berhadapan dengan Lee Dokyeom. Wajahnya kelihatan muram sahaja.

" Dia ada dalam bilik , masih tak sedarkan diri " Dokyeom berkata jujur . Tangannya disilangkan sambil dia meneliti wajah Hyemin.

" Kalau Puan Muda penat . Puan boleh berehat " Arah Dokyeom lalu tersenyum . Hyemin mengangguk perlahan lalu dia menapak ke dalam kamar Taehyung.

Perlahan kakinya melangkah masuk ke dalam kamar lelaki itu. Wajah Taehyung yang masih terbaring dilihat sayu . Tangannya menyentuh pipi lelaki kesayangannya itu.

" Saya lari dari Busan , semata - mata untuk awak Tae. Saya.. rindu awak " Ucap Hyemin. Airmatanya jatuh kembali ke pipi.

Hyemin memboloskan diri dari Villa yang dihuninya setelah ketiadaan Jeon Jungkook. Gadis itu mengikut sahaja kata hatinya yang sering menghasutnya untuk kembali ke pangkuan Taehyung. Lagipun dia amat merindui lelaki itu . Amat rindu.

" Maafkan saya Taehyung-ah. Saya tak tunggu awak "

●●●

Jungkook mengetap bibirnya. Amarahnya mula membuak apabila Hyemin memberikan pesanan kepadanya bahawa dia pulang ke Itaewon untuk sementara waktu . Hyemin juga memesan bahawa dia tidak pasti sama ada dia ada atau tidak untuk berbulan madu dengan suaminya itu esok hari. Dia menyuruh Jungkook membatalkan sahaja rancangan itu pada akhirnya.

Jungkook mencampak telefon pintarnya ke dinding . Baginya Hyemin cukup mencabar kesabarannya.

" kau isteri aku. Takguna " Urat - urat lehernya mula timbul . Tangannya dikepal sambil dia berjalan di sekeliling kamarnya bersama perempuan itu.

" Tak guna ! " Segala barang perhiasannya di atas meja jatuh ke lantai akibatnya. Cermin dihadapannya dipandang tajam.

" Kau-milik-aku " Tiga perkataan yang diungkapkan sebelum dia menapak meninggalkan kamarnya. Kunci keretanya dicapai kasar lalu segera dia meninggalkan Villa miliknya.

●●●

" Dokyeom , saya ada benda nak bincang dengan awak . Lepas makan kita jumpa di ruang balkoni rumah " Kata Hyemin perlahan . Dokyeom mengangkat wajahnya. Nasi yang berada di dalam mangkuk kembali menjadi tarikannya.

" nae " Balas lelaki itu sepatah . Wajah Hyemin langsung tidak dipandang lelaki itu.

" Kau jangan berani nak angkat kepala jika Hyemin yang berada di hadapan kau . Arrasseo ? "

Tersenyum Dokyeom pabila dia teringat akan kata - kata majikannya sebelum kedatangan Hyemin di rumah agamnya.

●●●

Suasana mula menjadi hening , Dokyeom memandang tajam gadis di hadapannya. Tangannya digenggam erat.

" Kenapa Puan Muda teruskan ? " Soal Dokyeom dengan nada yang kedengaran amat dingin . Tidak pernah Hyemin melihat Dokyeom sebegini jika dia bersama Taehyung dan dengannya sebelum ini.

" Saya dipaksa Dokyeom. Saya terpaksa teruskan"

●●●

[2017]ObsessionWhere stories live. Discover now