" Tak mudah untuk saya benarkan Puan muda keluar dari kawasan rumah ni " Jelas Dokyeom dengan riak wajah yang bersalah. Dia tak mahu mengkhianati majikannya , lagi - lagi dengan keadaan Taehyung yang sebegitu. Berat hatinya untuk melepaskan Hyemin pergi.
" Dokyeom awak tak faham masalah kami . Saya dan Taehyung perlu disatukan dengan cara yang betul dan ia harus dilakukan dengan berjumpa keluarga semula . Tiada pilihan lain lagi Dokyeom" Terang Hyemin agak beremosi , apa yang dia mahukan hanyalah kebenaran daripada Dokyeom untuk keluar daripada kawasan rumah agam ini.
" Saya buat demi Tuan Kim . Saya harap awak tak membohongi saya dan kekasih awak sendiri " Dokyeom menghulurkan kunci kereta kepada Hyemin.
Pantas Hyemin menyambut pemberian itu , lalu dia menaiki kereta tersebut . Tas tangannya diletakkan di tempat duduk penumpang .
Kereta yang dipandu Hyemin meluncur laju meninggalkan kawasan rumah agam Kim Taehyung. Lee Dokyeom hanya mampu melihat pemergian Hyemin dengan rasa kesal.
" Aku pasti akan dibunuh jika Tuan tahu tentang ini"
●●●
Hyemin memasuki perkarangan rumah agam keluarganya. Dia melihat ada sebuah kereta hitam diparkir di hadapan rumah agam mereka.
Dia mengharap apa yang disangkanya tidak akan berlaku tapi itulah hakikatnya.
Apabila Hyemin melangkah masuk ke dalam rumah agam itu , dia terlihat abangnya sedang duduk berbual bersama lelaki yang dia tidak mahu berjumpa buat masa ini. Jeon Jungkook.
Tergamam kedua lelaki itu melihat Hyemin berdiri kaku di pintu masuk rumah itu. Jungkook memandang Hyemin dengan pandangan yang sukar ditafsir manakala Yoongi ternganga melihat adiknya pulang dengan cara mengejut.
" Hyemin ? itu Min Hyemin kan ? " Soal Jungkook lalu berjalan menghampiri Hyemin. Wajah Hyemin dipandang lama sebelum dia memeluk erat tubuh perempuan itu.
" Akhirnya awak balik , sayang " Bisik Jungkook , tepat ke telinga perempuan itu.
" Maaf , saya nak berehat. Tolong lepaskan saya " Tergamam Jeon Jungkook mendengarnya. Dia mengharapkan Hyemin akan memeluk erat tubuhnya dek kerana rindu akan dirinya . Namun Hyemin menolaknya seperti mereka tiada apa - apa ikatan dan itu membuatkan dia agak terkejut.
" Hyemin . What wrong with you ? "
" I need some rest Jungkook "
Hyemin berlalu meninggalkan Jungkook dan Yoongi . Dia masuk ke dalam kamarnya. Airmata yang ditahan sebentar tadi akhirnya jatuh ke pipi. Tak sampai hati Hyemin ingin melihat wajah Jungkook buat masa ini.
●●●
" Lee Dokyeom beritahu kami sekeluarga yang Taehyung sedang tidak sedarkan diri . Mungkin dengan peluang yang ada Hyemin curi - curi keluar daripada rumah tu " Terang Jeon Jungkook sambil tersenyum girang.
Gembira hak miliknya kembali kepadanya mungkin?
" Tapi Kook . Kenapa Hyemin macamtu ? " Soal Yoongi. Masih pelik dengan tingkah Hyemin yang sebegitu rupa.
" Maksud kau ? "
" Dia macam tak mahu berjumpa kau " Jelas Yoongi.Tidak mahu berdalih lagi.
" Dia letih . Bersama Kim Taehyung adalah amat melemaskan dan meletihkan. "
●●●
Hyemin menghembus nafasnya , dia kelihatan gemuruh untuk memberitahu hal sebenar kepada keluarganya.
" Min ? terangkan kepada Eomma dan Appa sekarang macam mana Min hilang dan siapa yang culik Min ? " Puan Min Hyerim mula hilang sabar akibat lama menunggu penjelasan anaknya itu.
YOU ARE READING
[2017]Obsession
Fanfiction"Aku gilakan kau!" Ayat yang sama namun diungkapkan daripada dua orang lelaki yang berbeza. Kim Taehyung , obses dengan cinta Hyemin. Jeon Jungkook , obses dengan tubuh badan Hyemin. Dua lelaki yang mencuba mendapatkan perhatian seorang gadis ya...