Rela Menipu

3.6K 362 16
                                    

" Maafkan saya Puan Rin , tetapi Puan Min tidak mahu diganggu buat masa sekarang " Pengurus peribadi Puan Min segera mengejar langkah Puan Rin yang semakin pantas ke pintu bilik kerja bakal besannya itu.

" Rin ? jadi kau lah manusia yang beria - ria nak menggangu pekerjaan aku ? " Soal Puan Min dengan lagaknya.

" Maaf puan saya dah cuba ha-- "

" Takpe , awak boleh keluar " Arah Min Hyerim tegas . Pandangannya kembali bertaut dengan pandangan Jeon Rin .

" Lepaskan Jeon Jungkook , dia tak salah " Perlahan kata - kata itu dilemparkan kepada Hyerim .

Hyerim tersengih seketika , wajah Rin dijeling tajam. " Tapi anak kau bersalah , macam mana aou nak lepaskan orang yang patut dihukum ? " Perli Hyerim .

" Jangan cakap serupa awak tiada akal Hyerim , Hyemin masih belum dijumpai dan kita sendiri tak tahu siapa yang menculiknya sekarang . Mungkin orang itu dengki dengan perusahaan keluarga kalian yang berjaya dan melepaskan rasa dengkinya kepada anak - anak Min ? siapa tahu ? " Teka Jeon Rin , dia tidak mahu diakibatkan tuduhan tak masuk dek akal ini melibatkan anaknya , Perusahaan Jeongsan Trading akan terkena tempiasnya.

" Jadi , fikir- fikirkanlah guna otak awak yang bijak . Jangan disebabkan keegoan awak yang tetap nak menuduh anak saya , Jeongsan trading yang mendapat nama buruk . Kalau itu yang terjadi , Keluarga Jeon sendiri akan lingkupkan Minniest Holdings , ingat itu ! " Bertak Jeon Rin lalu menapak meninggalkan Min Hyerim yang terdiam seribu bahasa.

" Dia ugut aku ? beraninya dia ! " Min Hyerim memandang gerak tubuh Jeon Rin yang meninggalkan pejabatnya. Senyuman sinis terukir di bibirnya .

●●●

" Ada apa kamu nak jumpa Hyung ? " Soal Taehyung yang tergesa - gesa duduk berhadapan dengan Jeon Jungkook .

Baru sahaja Jungkook ingin memulakan bicara , matanya tertumpu ke arah baju Taehyung. " Hyung -- "

" eo ? " Taehyung menunduk memandang kemeja putih yang dipakainya , dengan wajah kaget yang dibuat - buat . Lantas dia menutup bahagian dadanya.

" Itu bukan kesan gincu kan Hyung ? " Soal Jungkook tenang, dia kembali duduk di tempatnya. Memandang Taehyung dengan wajah yang agak sedikit tenang berbanding tadi.

" Hyung dah jumpa pengganti Yen Noona ? " Soalan Jungkook dibalas dengan anggukan kecil daripada Taehyung . Tersenyum manis Jungkook mendengarnya .

" Patutlah , Hyung asyik hilang semenjak dua menjak ni " 

" hilang dengan bakal isteri kau , kan ? "  Desis Taehyung . Di dalam hatinya tak henti - henti dia mengucapkan terima kasih kepada pembantunya di atas maklumat yang diberikan . Jika tiada Lee Dokyeom yang memberitahu segala maklumat kepadanya , maka Taehyung akan menjadi suspek utama selepas Jeon Jungkook yang akan ditahan hari ini.

●●●

" Nampaknya dia berfikiran bahawa dia telah pun terlepas dari disyaki " Jungkook melebarkan senyumannya , memandang foto - foto yang kemas ditangkap oleh orang - orang suruhannya .

" Dia berfikir bahawa dia seekor ular yang licik , dia tak tahu ada ular yang lebih licik berbandingnya " Kini Yoongi pula yang melihat foto - foto itu . Mujur kelihatan adiknya dikurung di rumah yang mewah , jika tidak mahu sahaja dia menumbuk muka lelaki kacak itu dengan padu .

" Berani dia culik Hyemin ? dan berpura - pura tidak bersalah " Jungkook menjeling cawan di hadapannya . Tidak menyangka bahawa abang iparnya mempunyai perasaan dengan tunangnya sendiri.

[2017]ObsessionWhere stories live. Discover now