-Min Hyemin-

1.8K 211 3
                                    

+++++++++++++++++++++

Pada titik awal kehidupan aku , aku sudah mula sakit. Aku trauma akan air. Kerana air , aku hampir mati lemas dan kerana air juga , aku takut untuk meneruskan kehidupan.

Hidup di dalam air adalah suatu keluarbiasaan bagi aku. Aku kagum melihat haiwan - haiwan yang boleh duduk di dalam air. Sedangkan aku , masih trauma untuk mendekatinya.

Siapa aku ?

Aku seorang gadis yang keliru dengan masa depan yang bakal aku pilih. Aku keliru untuk melihat yang mana lebih baik dan sempurna untuk menjaga aku seumur hidupku nanti.

Kim Taehyung , seorang doktor dan seorang lelaki yang dapat merebut cinta pertama aku. Sejujurnya , aku amat mencintainya. Dia menjaga dan merawat aku di London selama beberapa tahun dan akhirnya aku ditinggalkan.

Dia meninggalkan aku oleh kerana desakan keluarga angkatnya untuk mengahwinkan dia bersama anak mereka , Jeon Yun. Dan dia mempersetujui dengan serta merta , tanpa memikirkan aku.

Setelah bertahun - tahun aku ditinggalkan tanpa khabar. Aku memilih untuk pulang ke tanah air tanpa pengetahuan keluarga.

Hidup aku keseorangan , aku sepi. Sehinggalah satu hari , munculnya seorang lelaki yang ingin menolong aku untuk terus hidup.

Dia sering melawat aku di rumah semenjak perkenalan kami. Dan semenjak itu , aku semakin selesa bersama dia. Tak lupa jua , dia sering menolong aku melupakan kisah-kisah hitam aku ketika di London dan itu menyebabkan aku lebih suka menceritakan apa yang lama tersimpan di dalam hati kepadanya.

Bila seorang lelaki dan perempuan bersama , sepastinya wujud satu perasaan istimewa antara kami. Walaupun sebenarnya aku masih tak mampu melupakan cinta pertama , tetapi aku cuba dan cuba untuk mencintainya.

Setahun selepas kami bersama , aku dan Jungkook akhirnya melangsungkan pertunangan di rumah agam Jeon.

Dan semenjak itu , aku dihantui oleh bayangan lelaki yang menjadi igauan aku dahulu. Kim Taehyung. Dia sering menganggu aku dan memohon aku untuk bersamanya. Ke mana sahaja aku pergi bersama Jungkook , pasti ada dia.

Sehinggalah satu hari , dimana aku terjatuh di dalam kolam renang di rumah keluarga Jungkook akibat tolakan Taehyung. Penyakit trauma akan air aku kembali semula.

flshbck-

Langkah aku diperlahankan tatkala tiba di bahagian timur kediaman tersebut , mata ku memandang ke arah kolam renang yang luas terbentang di hadapannya. Airmata milikku masih tak henti keluar mengalir ke pipi.

" Tak guna ! penipu ! " Cincin yang tersarung di jari manisku ditanggalkan . Cincin berlian yang bermakna itu aku ditenung lama.

" Apa lagi yang kau tunggu di sini ? " Suara garau yang mengejutkan aku sehingga membuatkan aku berpaling ke arah gerangan tersebut. Senyuman sinis diukirkan di bibirnya.

Mata aku terpejam rapat dan saat aku merasa tangannya menolak kuat tubuh aku sehingga terjatuh di dalam kolam renang itu. Mataku terpejam rapat.


' Tolong ! Oppa ! Omma ! Appa ! ' Seorang kanak - kanak perempuan kembali tenggelam selepas melaungkan nama ahli keluarganya.

' Adakah ini pengakhirannya ? '

" Adakah ini pengakhirannya ? "

✘✘✘

Selepas kejadian itu , Taehyung menculik aku di hospital dan mendera aku dengan kelemahan sendiri. Aku tak tahu bagaimana penyakit itu boleh berulang kembali.

Jujur aku katakan , saat aku kembali bersamanya. Aku dapat rasakan perasaan cinta kembali berputik antara kami. Aku mula mencintainya , cinta pertama aku.

Tetapi , aku keliru. Aku keliru untuk memilih antara dia atau Jeon Jungkook.

Aku memang patut keliru.. kan ?




++++++++++++++++++++++++++

Coming soon-

Kim Taehyung

[2017]ObsessionWhere stories live. Discover now