My love , Obsession Doctor - End -

2.2K 233 57
                                    

Sarah mundar - mandir di hadapan wad yang menempatkan sahabatnya. Dia dan Hyemin kini telahpun menjadi sahabat baik. Ini semua kerana bantuan yang Hyemin hulurkan buat dia dan Jungkook semasa lelaki itu tiada di sisinya. Dan sudi menjadi tempat luahan wanita itu ketika dia sedih melihat keadaan Jungkook.

Dia tak mahu semua ini berlaku kepada Hyemin. Dia pasti Taehyung mahukan Hyemin walaupun dia meninggalkan Hyemin dalam keadaan seperti ini.

" Sarah - ah , Hyemin okay ? " Soal Puan Jeon yang baru tiba. Sarah menggeleng laju. Dia tahu keadaan Hyemin tidak baik.

" Dia kena langgar ke sayang ? Cuba cerita dekat Omma " Soal Puan Jeon lagi. Dia masih mengambil berat akan keadaan bekas menantunya itu. Walaupun dia dan Jungkook sudah sah bercerai.

" Sarah sempat tolak dia ketepi dan kalau ada luka pun tak teruk. Cuma Sarah risau kemalangan ni akan ganggu mental dia. Dia terlampau banyak tekanan Omma , benda ni mesti akam tambah tekanan dia " Panjang lebar perempuan itu berbicara. Dia tulus menyayangi Hyemin sebagai sahabatnya. Dia ingin melihat perempuan itu bahagia bersamanya nanti.

" Harap tak ada benda serius berlaku " Ucap Puan Jeon lalu terduduk di atas kerusi. Dia juga risau akan keadaan bekas menantunya.

" Apa yang terjadi ? " Soal seseorang yang baru tiba. Segera Puan Jeon dan Sarah menoleh. Tergamam mereka melihat gerangan itu.

" Taehyung - ah "

●●●

" Ini tempat kemalangan dia ? " Soal Dokyeom kepada Sarah. Segera perempuan itu mengangguk. Agak gentar dengan keadaan ini. Sekarang barulah dia tahu betapa pentingnya Hyemin di mata semua orang.

" Kau pasti kereta tu dalam kelajuan tinggi ? Ataupun dia tak perasan ? "

" Mustahil dia tak perasan. Sebab Hyemin pakai baju berwarna cerah dan macam yang awak lihat. Keadaan cerah disini " Terang Sarah. Teringat saat Hyemin hampir dilanggar semalam. Seakan - akan pemandu itu ingin membunuh Hyemin.

" Siapa yang nak dia kemalangan ? siapa je yang bermasalah dengan dia sekarang. Atau lebih tepat , kematian Hyemin akan membawa untung kepada dia. Saya tak rasa kemalangan ini dibuat tanpa tujuan " Sarah menggunakan otak geliganya untuk berfikir. Dia pasti , Hyemin hampir dilanggar adalah disengajakan.

" Mana kau tahu ? kau pasti ? "

" Awak lihat saja kesan tayar ini , kesannya juga nampak baru. Dan saya tak rasa pemandu ini gila untuk bawa kenderaan dengan laju di kawasan hospital gila ini " Sekali lagi dia berkata - kata. Kali ini dia yakin , bahawa sahabatnya sengaja ingin dilanggar. Bukannya kemalangan yang tidak disengajakan.

" Aku akan cek semua cctv di kawasan ini "

●●●

" Siapa yang sanggup buat kau macam ni Hyemin" Taehyung mengenggam erat tangan Hyemin. Dia rindu akan perempuan itu. Dia selalu diberi khabar daripada Dokyeom tentang keadaan perempuan itu saat dia tak berada di sini.

Mendengar berita bahawa Hyemin kemalangan. Lagilah dia kabut ingin berjumpa perempuan ini.

Kepulangannya ke Korea sudah 2 bulan. Namun tiada siapa yang tahu keberadaannya melainkan Lee Dokyeom sahaja.

" Hyemin , aku tahu aku yang beri tekanan kepada kau. Sampai kau tertekan dan bila keadaan ni menimpa kau , lagilah trauma kau datang kembali. "

" Aku doktor yang merawat kau. Aku lebih tahu. Aku tahu kau dengar apa yang aku cakap. Aku cuma minta kau bangun Min. Bangun sayang. Kau perlukan aku kan ? " Tangisannya tersembur saat dia cuba menyedarkan perempuan itu. Dia terlalu sakit hati sehingga dia sanggup meninggalkan Hyemin dalam keadaan sebegitu.

[2017]ObsessionWhere stories live. Discover now