Endless Love

1.9K 207 6
                                    

Wajahnya yang sudah disolek ditatap lama. Benarkah perkahwinan ini adalah hanya perkahwinan palsu yang dibuat- buat untuk mengaburi mata Kim Taehyung ?

Tidakkah dia merasa bersalah dengan apa yang bakal dia lakukan sebentar lagi ?

Tidakkah dia kasihan akan Taehyung yang mengharapkan perkahwinan ini berlangsung dengan lancar. Bukan itu sahaja , lelaki itu juga amat mencintai Hyemin , dengan sepenuh hatinya.

" Ya Tuhan , kenapa aku perlu lalui hari ini. Kenapa aku tak dapat terima dengan apa yang bakal berlaku ni " Airmatanya jatuh berguguran daripada kelopak matanya. Dia tidak dapat menahan esak tangisannya kali ini.

" Aku berharap ini adalah perkahwinan yang sebenar dan bukan sebuah perkahwinan yang penuh dengan kepalsuan "

" Maafkan aku , Taehyung "

Pintu biliknya dibuka perlahan , wajah Dokyeom kelihatan di sebalik pintu tersebut. Lelaki itu dapat mengagak apa yang akan berlaku. Jadi segera dia mendapatkan Hyemin.

" Aku janji Hyemin , aku akan perbaiki semua. Kau jangan risau tentangnya. Semuanya akan baik nanti " Dokyeom menepuk perlahan bahu Hyemin lalu menarik wanita itu agar bangun dari kedudukannya sekarang. Airmata wanita itu dilap perlahan.

" Aku sendiri akan perbaiki semuanya nanti. Aku janji Hyemin. Aku akan satukan kau bersama Taehyung dengan sah. Dan bukan penuh dengan kepalsuan seperti sekarang "

" Aku rasa bersalah , aku tak patut teruskan rancangan tu kalau aku tahu ini yang bakal terjadi" Hyemin melepaskan tangisannya di situ.

Apakah ini balasan untuknya kerana berpaling daripada cinta sejatinya ?

Kononnya dengan mengahwini Jeon Jungkook , semuanya bakal pulih. Tetapi tampaknya semua semakin hancur. Dia berkahwin dengan orang yang langsung tidak mencintainya dan menduakan orang yang cinta mati kepadanya.

" Kau hanya tersalah langkah Hyemin. Kau boleh berundur dan perbaiki lagi. Aku kenal Taehyung , dia tak akan tinggalkan orang yang dia amat sayangi

sebab kau , adalah orang yang paling penting dalam hidup dia. Orang yang paling dicintai olehnya ialah kau Hyemin. Bukan sesiapa lagi " Sambung Dokyeom tenang. Wajah Hyemin diperbaiki sedikit olehnya.

" Anggaplah hari ini kau ingin bahagiakan dia. Beri kepercayaan kau kepada dia. Sentuh dia , cintai dia sepenuh hati kau. Hanya untuk beberapa hari sebelum semuanya musnah Hyemin. Buatlah yang terbaik untuk dia " Sambung Dokyeom lagi. Perasaan bersalah yang sedang Hyemin rasakan ketika itu perlahan - lahan menghilang.

Benar apa kata Dokyeom , dia perlu membahagiakan lelaki itu. Sementara Taehyung masih belum tahu status sebenarnya sebagai pasangan kepada Jeon Jungkook.

" Lap air mata tu , jangan tunjuk yang kau sedih depan dia. Lebarkan senyuman tu. Aku minta diri dulu " Dokyeom menghulurkan sehelai sapu tangan kepada Hyemin. Lalu mengorak langkah keluar dari kamar persiapan pengantin itu.

" Fighting ! " Hyemin memberikan semangat kepada dirinya sendiri.

●●●

Jungkook memegang kepalanya yang tidak pusing itu. Fikirannya sering melayang memikirkan Hyemin. Ingin sahaja dia menjerit ketika itu.

" Jungkook-ah. Bawalah kereta ni elok - elok " Sarah yang turut berada di dalam kereta tersebut hanya mampu menahan sabar melihat lelaki itu.

Buat masa sekarang , dia memilih untuk bersama lelaki itu sehingga dia melahirkan anaknya. Dia juga yakin bahawa anak itu hasil daripada mereka berdua. Bukan sesiapa lagi. Walaupun pada asalnya dia hanya ingin membolot harta lelaki itu. Entah kenapa tiba - tiba wujud rasa cinta kepada Jungkook setelah dia mengandungkan anaknya.

[2017]ObsessionWhere stories live. Discover now