" Aku pergi "
Segera lelaki lampai itu bangun dari katil. Dia menuju ke almari. Hyemin langsung tak menoleh , dia tahu apa yang lelaki itu sedang lakukan sekarang.
Dia tidak sama sekali menyalahkan Taehyung. Semuanya salah dia. Silap dia.
Kalau dia tidak menipu lelaki itu , semua ini takkan terjadi.
Kalau dia tak berkahwin dengan Jungkook , airmata lelaki itu tak akan jatuh.
Kalau dia tidak pulang ke rumah sewaktu lelaki itu tidak sedar , perkahwinan palsu ini tidak akan berlaku.
" Taehyung , sa-- " Tak sempat Hyemin ingin mencapai tangannya. Taehyung terlebih dahulu melangkah keluar daripada bilik itu.
Dan pastilah Hyemin tidak akan mengalah , dia mengikut langkah lelaki itu sehingga di depan muka pintu rumah. Nama lelaki itu disebut berkali - kali.
" Taehyung - ah... kalau awak taknak tengok saya lagi. Saya boleh pergi. Awak tak per-- "
" Aku sayangkan kau. Aku terlampau percayakan kau sampai aku tolak cinta isteri aku. Aku tolak cinta dia sampai nafas terakhir dia. Sebab kau Hyemin. Dan sekarang , kau musnahkan satu kepercayaan yang aku bagi sepenuhnya dekat kau. Kau musnahkan rasa cinta ni tanpa berfikir "
Taehyung memandang tepat ke arah Hyemin. Dia benar - benar kecewa kali ini.
Dia sudah cuba merubah dirinya. Tetapi mungkin dimata Hyemin dia tetap seorang lelaki yang obses. Obses terhadap cintanya.
Jadi , lebih baik dia mengundur diri. Dia tak sanggup diperlaku sebegini. Cintanya dipijak , seakan langsung tiada nilai di mata Hyemin.
" Aku langsung tak terfikir kau akan buat aku macam ni. Semua ni benar - benar di luar kotak fikiran aku "
" Anggaplah yang kau sendiri memusnahkan cinta ini. Anggap saja kau yang retakkan hati ni. Jaga diri " Sambung Taehyung. Tangisan Hyemin di belakangnya langsung tidak dia peduli.
Seperti mana dia lakukan kepada Yun , kini dia lakukan pula kepada Hyemin.
Kakinya melangkah keluar dari rumah itu. Airmatanya jatuh saat dia menoleh ke belakang. Memandang wajah yang bakal dia rindui nanti.
Hyemin perlu rasa , apa yang dia rasakan.
Dan akhirnya Taehyung pergi meninggalkan Hyemin.
●●●
" Aku menyesal .. Aku tahu ini semua salah aku " Hyemin kembali menungkum ke atas meja. Dokyeom yang melihatnya juga sedih.
Dia tak menyangka Taehyung meninggalkan Hyemin. Sedangkan selama ini dia yang beria tidak mahu ditinggalkan.
" Dah terlambat Min , dia dah pun berangkat ke Kanada " Jelas Dokyeom lalu mengeluh. Sungguh dia juga merasa bersalah ketika ini.
Dia seperti memberi galakan kepada perempuan itu untuk terus menipu Taehyung. Sedangkan Taehyung mengarahkannya untuk menjaga Hyemin jika Hyemin tidak berada disampingnya.
" Aku tak akan maafkan diri aku "
●●●
Jungkook menyandarkan dirinya di kepala katil. Sudah lima bulan dia ditempatkan di hospital gila ini , namun dia tidak merasa apa - apa perubahan.
Kadang - kala dia menangis ,
Kadang - kala dia ketawa ,
Dia sendiri tidak faham dengan dirinya. Sudah lama dia memendam perasaan ini. Sebenarnya dia mahu meluahkan sesuatu , tetapi dia tak mampu.
Dan kini dia kembali menangis.
" Aku sedih tengok keadaan kau macam tu. Aku tak rasa kau patut duduk dalam bilik terkurung tu "
Sarah memandang lemah ke arah suaminya. Perutnya yang sudah memboyot diusap perlahan.
" Kan bagus kalau mama yang mati malam tu , pasti papa takkan terseksa macam tu. Mama cintakan papa sayang "
" Walaupun niat mama pada mulanya hanya nak kan saham keluarga papa. Tapi lepas mama mengandungkan kamu , mama sedar dimana salah mama. Mama tak patut buat macam tu , kamu tak salah. Kamu hanyalah hasil daripada dosa yang papa dan mama telah lakukan. Dan jalan penyelesaiannya , adalah tanggungjawab papa dan mama sendiri sayang. Mama cintakan papa. Tunggu papa kau baik ye sayang ? "
Sarah mengusap perutnya , airmatanya jatuh ke atas perutnya sendiri. Menunjukkan kesedihannya kepada anak di dalam perutnya itu.
Hanya satu bulan lagi , sebelum Eunjung lahir ke dunia. Ada juga Sarah berdoa agar dia mati semasa melahirkan anak ini nanti. Tetapi apabila dia memikirkan masa depan Eunjung nanti cepat - cepat dia kembali munasabah diri.
Dia perlu menjaga anaknya , dia perlu berada di samping anak kecil itu. Jika dia tiada , siapa lagi yang akan menjaga anaknya ?
Dia tak mahu anaknya dijaga oleh orang lain , kerana kasih sayang seorang ibu kandung lebih penting bagi Eunjung. Dia perlu bertanggungjawab , walaupun seorang diri.
" Sarah sayang .. " Panggil seseorang yang berada di belakangnya sejak tadi. Dia mendengar sahaja luahan hati perempuan itu.
" Appa ... "
●●●
" 5 bulan dah Taehyung tinggalkan kau , tak kan kau nak duduk macam ni ? Sampai bila Min ? Sampai Taehyung balik baru kau nak bangkit ? "
Tengking Dokyeom kepada Hyemin. Selama 5 bulan dia bersabar , hari ini dia meluahkan segala.Dia sedih melihat keadaan Hyemin sebegitu. Mendiamkan diri , berkurung di dalam bilik. Dia letih , dia mahu lihat perempuan itu meneruskan hidup. Biar Taehyung tahu bahawa perempuan itu kuat dan boleh meneruskan hidup dengan sempurna.
Bukannya menunjukkan kelemahannya kepada lelaki itu.
" Hyemin , dengar cakap aku ni " Dokyeom menekup kedua pipi perempuan itu supaya memandangnya. Tajam anak matanya memandang Hyemin.
" Taehyung akan pulang , kalau kau dalam keadaan kuat. Taehyung akan balik , kalau dia lihat kau kuat harungi semua ini. Kau anggap saja yang ini adalah hukuman yang dia beri kepada kau Min. Apa yang dia mahu hanyalah kau , kau dengar ni. Dia hanya cintakan kau , dan dia akan kembali"
Melihat tiada reaksi yang diberikan daripada Hyemin. Dokyeom mengeluh perlahan. Dengan perlahan dia bangun. Namun baru sahaja kakinya ingin melangkah , tangannya dipegang kuat oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan Min Hyemin.
" Failkan penceraian aku dengan Jungkook. Esok "
●●●
Sebulan kemudian ..
" Puan Jeon , kalau boleh saya sebagai Ayah Lee Sarah ingin meminta maaf kepada keluarga ni. Kerana dah menyusahkan keluarga Jeon dan sedikit sebanyak dah mencemarkan nama baik keluarga ni " Ucap Tuan Lee kepada Puan Jeon dan suaminya yang turut berada di situ.
" Saya gagal melaksanakan tanggungjawab saya sebagai bapa dengan baik. Saya menggunakan anak saya untuk kepentingan saya. Kalau Puan Jeon nak marah , marah saja saya. Sarah tiada kena mengena dalam hal ni " Sambung Tuan Lee. Dia merasa bersalah , kerana mempergunakan anaknya untuk kepentingannya dan menghalau anaknya selepas dia mengetahui Jungkook memutuskan hubungannya dengan anak tunggalnya itu.
" Ani , puan Jeon dan Tuan Jeon. Kalau puan dan tuan mahu saya pergi dari kehidupan Jungkook. Saya rela , saya rela bawa diri dan anak dalam perut ini demi menjaga nama baik keluarga ni. Maafkan saya sebab menyusahkan Jungkook , dan keluarga besar ni. Kalau saya pandai jaga diri , saya takkan jadi sebegini " Jelas Sarah panjang lebar. Jauh di sudut hatinya sungguh perit , saat dia memutuskan untuk membawa diri daripada kehidupan lelaki itu.
" Kalau benar anak dalam kandungan awak anak Jeon Jungkook , berhenti panggil saya Puan dan suami saya Tuan. Kalau benar awak ikhlas mencintai Jungkook , teruskan mencintai dia kerana saya tak akan halang hubungan awak dengan dia lagi " Terang Puan Jeon dengan tenang. Senyuman di bibir diukir perlahan.
Bersambung.
Dah nampak ending dia macam mana HAHAHAHAHAHA
YOU ARE READING
[2017]Obsession
Fanfiction"Aku gilakan kau!" Ayat yang sama namun diungkapkan daripada dua orang lelaki yang berbeza. Kim Taehyung , obses dengan cinta Hyemin. Jeon Jungkook , obses dengan tubuh badan Hyemin. Dua lelaki yang mencuba mendapatkan perhatian seorang gadis ya...