+++++++++++++++++++Menjadi seorang doktor psikologi bukan mudah untuk lelaki yang seusia dengan aku. Ia memerlukan pengetahuan dan pengalaman yang banyak untuk merawat mental yang tidak normal.
Tetapi , aku berjaya. Aku berjaya mengejar impian aku untuk menjadi seorang doktor. Dan selama aku mengejar impian aku terlupa akan sesuatu. Sesuatu yang mungkin boleh membuatkan aku ketagih kerana tidak pernah sekalipun merasakannya.
Cinta.
Min Hyemin , perempuan pertama yang menjadi igauan aku. Aku terlalu menyayanginya , terlalu sehingga aku tak mahu berpisah dengannya walau sesaat.
Aku turut berjaya mendapatkan cinta yang aku cari dan memiliki cinta tersebut.
Sehingga di satu masa , aku merasakan munculnya sifat obsesi dalam diri. Setiap malam aku akan melihat wajahnya sebelum tidur. Setiap pagi dia akan menjadi orang pertama yang perlu aku lihat. Setiap waktu berputar , hanya Hyemin yang ada di benak fikiranku.
Berkahwin dengan Yun bukanlah pilihan aku. Aku dipaksa , aku terpaksa menyembunyikan diri daripada Hyemin supaya aku dapat melupakannya. Malangnya , aku tak boleh. Sikitpun gadis itu tidak mahu berganjak dari pelusuk otak dan hati aku.
Kerana terlalu mencintai Hyemin , Yun sering menjadi mangsa atas perlakuan ibu dan bapanya. Aku .. sering mengecewakannya. Bukan sekali aku menolak cintanya malah berkali-kali.
Sehinggalah aku berjumpa kembali gadis itu. Gadis yang tidak mahu pergi dari kehidupan aku.
Hari itu , hari yang paling sakit yang pernah aku lalui. Melihat gadis yang aku cintai selama ini menjadi tunangan adik ipar sendiri. Sakitnya , hanya aku yang rasa.
Dan aku , Kim Taehyung. Tidak akan berhenti mengacau dan menganggu Hyemin sepanjang pertunangannya bersama Jungkook.
Aku , aku terlalu cintakan dia. Dan tak mungkin aku ingin lepaskan dia kepada sesiapa pun. Dia milik aku.
Sebab dia , aku punya.
++++++++++++++++++++++++
Promoters -
Simen ada book nak reccomend dekat semua espicially jungkook fans.
the author is - psychopathazz
Bacalah ff dia , srs daebakkk. simen suka gila semua works dia ! ❤
YOU ARE READING
[2017]Obsession
Fanfiction"Aku gilakan kau!" Ayat yang sama namun diungkapkan daripada dua orang lelaki yang berbeza. Kim Taehyung , obses dengan cinta Hyemin. Jeon Jungkook , obses dengan tubuh badan Hyemin. Dua lelaki yang mencuba mendapatkan perhatian seorang gadis ya...