" Saya dah mempertahankan cinta kami , apakan daya saya ditindas keluarga kandung sendiri " Hyemin menjelaskan tentang perkahwinannya dengan lebih terperinci. Dokyeom yang mendengar hanya mampu mengetap bibirnya , tidak dia menyangka Hyemin boleh melangsungkan perkahwinan secepat ini.
" Kenapa tak call saya ? " Soal Dokyeom. Wajah Hyemin dipandang tajam.
" Saya terlampau serabut dengan semua hal. Awak tahu ? bila saya jejaki kaki saya dalam rumah saya , orang pertama yang saya nampak , Jungkook " Adu Hyemin lalu mengeluh panjang. Bercerita dengan seseorang adalah jalan penyelesaiannya untuk menghilangkan tekanan yang dilalui .
Dia melihat Lee Dokyeom sebagai seorang yang dipercayai dan boleh dibuat sahabat untuk meluahkan isi hati.
Sebenarnya apa yang difikirkan olehnya , sama sekali tidak benar. Dokyeom bukanlah seorang lelaki yang peramah dan sering membantu orang.
Sifatnya dengan Taehyung , tidak jauh beza. Sombongnya , lagaknya sama seperti Taehyung.
" Dan awak terus setuju untuk kahwin dengan dia? Awak tak fikirkan perasaan Taehyung ke huh ? " Suara Dokyeom mula meninggi .
" Saya mimpi Taehyung bunuh Jungkook "
" Huh ? "
" Saya taknak Taehyung disumbat dalam penjara disebabkan kebodohannya " Hyemin menunduk , jari - jemarinya menjadi tempat permainannya sementara Dokyeom masih mendiamkan diri.
" Jadi , bila nak balik ke Seoul balik ? " Soal Dokyeom dengan serius. Hyemin yang memandangnya hanya mampu meneguk perit liurnya.
" Kalau hak penjagaan Puan Muda dah jatuh ke tangan Jungkook . Tiada apa lagi yang saya boleh lakukan melainkan melepaskan awak pergi jika awak perlu pergi " Dokyeom meraup kedua wajahnya . Dia merasa amat bersalah kerana mengkhianati majikannya.
Selama ini , Taehyung yang menjaganya. Memberi gaji yang cukup kepadanya untuk menyara ibu dan kakaknya yang menyambung pelajaran ke menara gading. Namun , inikah balasan yang harus dia beri kepada Kim Taehyung ?
" Jangan sesekali risau tentang Taehyung , saya janji saya sendiri akan terangkan semuanya "
Adakah dengan mengkhianati Kim Taehyung akan membuatkan dia sedar akan kesalahannya yang sering ditutup dengan kebaikannya ? Atau pun taat dengan segala arahannya akan membuatkan dia bahagia ?
●●●
" Jungkook , baliklah . Kau dah mabuk teruk ni " Pujuk Jung Hoseok . Kawan perniagaan Jeon Jungkook atau lebih senang dipanggil sahabat niaganya sejak dulu.
Yoongi yang berada di sebelah Jungkook turut termangu . Memikirkan adiknya yang baru sahaja lari meninggalkan suaminya dan keluarga kandungnya sendiri.
" Aku sedih . Aku ingatkan kahwin dengan dia akan buat dia sentiasa ada di samping aku. Tapi semuanya hancur musnah , huh " Jungkook meneguk kembali Wain anggur yang sedia tertuang ke dalam gelas kaca lutsinar miliknya.
" Ubat apa yang Kim Taehyung beri kepada adik aku huh ? " Yoongi memotong percakapan Jeon Jungkook . Wain anggur yang juga menjadi pilihannya diteguk perlahan. Fikirannya melayang ke langit.
" Siapa yang kau dengan Yoongi cakapkan dan apa yang dia buat semua tu bukan masalah aku dan aku tak perlu tahu pun . Yang aku tahu , sekejap lagi pemandu peribadi aku sampai dan hantar korang berdua ke Villa " Hoseok meloloskan dirinya dari terus berdiri di hadapan dua manusia yang sedang mabuk di hadapannya .
" Gila , cinta mereka buatkan aku jadi gila " Yoongi menghentak gelas yang sudah pun kosong di atas meja , lalu lantas dia meninggalkan Jungkook keseorangan.
YOU ARE READING
[2017]Obsession
Fanfiction"Aku gilakan kau!" Ayat yang sama namun diungkapkan daripada dua orang lelaki yang berbeza. Kim Taehyung , obses dengan cinta Hyemin. Jeon Jungkook , obses dengan tubuh badan Hyemin. Dua lelaki yang mencuba mendapatkan perhatian seorang gadis ya...