++++++++++++++++++++
Pada mulanya , aku bukan orang yang sebegini. Aku dilahirkan dalam keluarga yang ditaburi dengan kemewahan. Sejak kecil , hidup aku dididik dengan displin , protokol dan menjaga maruah keluarga. Rupanya , hidup di dalam perhatian orang lain tidak mudah seperti yang dijangka.
Apabila umur aku sudah mencecah belasan tahun. Aku dihantar ke sekolah ternama di Korea Selatan.
Dan sejak itu , aku berkenalan dengan seorang lelaki yang turut mempunyai nasib seperti aku. Hidup didalam kemewahan namun sosialnya disekat.
Song Yunhyeong nama diberi. Kami bersahabat sehingga aku melanjutkan pelajaran ke Universiti Of Kingdom di negara luar. Sejak itu , aku langsung tak menerima khabar tentangnya.
Selepas bertahun-tahun aku menetap di negara luar . Akhirnya aku kembali ke tanah air. Niat aku yang pertama adalah untuk berjumpa dengan Yunhyeong.
Perjumpaan yang tak dijangka , aku bertemu dengannya di kaki lima. Ketika itu dia boleh dikatakan sedang berada di bawah pengaruh Alkohol.
Tidak percaya dengan kelakuannya. Aku sendiri menyiasat tentang apa yang dilakukan setiap hari. Aku tak sangka , dia sudah liar. Kesopanan dan kelembutannya sewaktu di bangku sekolah telah berubah 100%.
Dan nasib tidak menyebelahi aku , aku turut terjebak sama sepertinya. Dia sering mengajak aku untuk menjadi liar sepertinya.
Minum arak , berjudi , bermain dengan perempuan. Itulah yang dilakukan oleh kami berdua setiap malam.
' Kau perlu tahu , hidup protokol kita hanyalah di depan orang ramai. Di belakang , tiada siapa yang tahu apa yang kita lakukan dan peluang itu harus direbut oleh orang-orang ternama seperti kita untuk berhibur '
Kemunculan Min Hyemin pada mulanya mengubah sedikit cara kehidupan aku. Aku tidak tahu mengapa aku amat tertarik dengannya. Lebih tepat , tubuh badannya.
Aku menjaga dia di sebuah kondominium memandangkan dia tak mahu berjumpa keluarganya buat masa itu . Dia sering bercerita tentang lelaki yang meninggalkannya sewaktu dia dilanda kesusahan. Entah kenapa , terbuka hati aku ingin menolong perempuan ini.
Hyemin , perempuan pertama yang membuat aku tertunduk lemah. Perempuan yang berjaya membuat aku gila akan dirinya.
Tetapi , jujur aku katakan. Aku tak menganggap dia lebih. Mungkin sekadar mainan ?
Mainan yang tak akan aku lepaskan. Aku sumpah aku tak akan lepaskan Min Hyemin. Walaupun akan ada pertumpahan darah. Hyemin tetap milik aku. Aku obses akan dirinya untuk kepentingan aku sendiri. Lebih tepat , mainan yang membawa untung kepada aku.
Dan inilah diri aku. Aku baik di hadapan orang ramai , aku digelar idol oleh pekerja - pekerja bawahan aku. Tetapi , tiada siapa yang tahu apa yang aku lakukan di belakang.
Kadang - kadang , kita tak perlu jadi diri sendiri untuk kelihatan hebat bukan ?
++++++++++++++++++
Coming soon -
Min Hyemin
YOU ARE READING
[2017]Obsession
Fanfiction"Aku gilakan kau!" Ayat yang sama namun diungkapkan daripada dua orang lelaki yang berbeza. Kim Taehyung , obses dengan cinta Hyemin. Jeon Jungkook , obses dengan tubuh badan Hyemin. Dua lelaki yang mencuba mendapatkan perhatian seorang gadis ya...