-Min Yoongi-

1.7K 248 19
                                    

Baca baik - baik dan hadamkan apa yang ditulis. Korang akan faham apa yang penulis cuba sampaikan :)

●●●

Siapa aku ? apa yang aku mahu ?

Aku mahukan kesengsaraan dalam hidup Min Hyemin. Aku tak mahu dia menjadi manusia yang terlalu diagungkan semua orang. Sedangkan aku sebagai abang dipinggir , diabaikan dan dihantar ke Singapura semata - mata untuk menaikkan martabat perempuan itu. Harta Minniest Holdings juga dijatuhkan atas nama dia.

Siapa dia yang perlu diagungkan ? dia hanyalah anak kedua dalam keluarga Min dan sering menyusahkan keluarga ni termasuk aku.

Sejak kecil , dia bermain tenis bersama aku , menemani aku kemana sahaja aku pergi memandangkan jarak umur antara kami tidaklah jauh. Hubungan kami baik , seperti semua abang dan adik di seluruh dunia.

Hingga satu hari , Hyemin terjatuh ketika bermain tenis dengan aku. Dia tergelincir di gelanggang kerana permukaan yang licin akibat terkena air hujan.

Guess what ? Aku dimarahi Appa kerana tidak menjaga adik dengan baik. Sedangkan dia yang mengajak aku untuk bermain tenis pada petang itu dan telahpun aku cegah tetapi dia yang berdegil.

Sehinggakan Appa menggelar aku seorang abang yang tak guna kerana tak boleh melindungi adik sendiri. Sakit itu , hanya aku yang tahu betapa sakitnya.

Dendam yang aku simpan. Akhirnya aku luahkan sewaktu dia berumur 18 tahun. Aku menolak dia hingga dia terjunam ke dalam kolam yang mempunyai kedalaman 20meter. Puas hati aku melihat dia terkapai-kapai meminta pertolongan.

Apa yang aku harap ialah agar dia mati , tetapi entah siapa yang terlalu baik hati. Menyelamatkan dia daripada terus lemas.

Dan sejak itu , aku tahu bahawa dia trauma akan air. Dia takut jika berdekatakan dengan kolam renang dan dia paling takut untuk mandi di dalam kolam. Tch , baru diuji sikit dah trauma.

Aku , seorang abang yang terlalu membenci adik kandung aku sendiri. Selama ini aku hanya berpura-pura untuk mencari dan menyelamatkan perempuan itu daripada terus terselamat. Ulang , hanya pura-pura.

Berbaik dengan Jungkook adalah salah satu strategi rancangan aku agar tidak dihidu pihak polis dan keluarga. Sengaja aku berpura-pura mencari Hyemin walhal , kehilangannya berpunca daripada aku.

Ya , aku yang menyuruh Kim Taehyung menculik Hyemin sewaktu di hospital. Supaya dia pergi jauh daripada keluarga aku.

Kepulangan aku ke Korea seawal dua bulan daripada apa yang diberitahu Appa dan Eomma.

Aku merancang segalanya. Agar dia lenyap dari keluarga ini.

Dan , daripada muncul depan mata aku.

Aku , Min Yoongi yang obses untuk membunuh perempuan ini. Perempuan yang bergelar adik atau lebih tepat , darah daging aku sendiri.

++++++++++++++++++++++++++

Coming soon -

Jeon Jungkook.

[2017]ObsessionWhere stories live. Discover now