Perkahwinan Sebenar Dan Palsu

2.3K 238 25
                                    

Hari ini akan berlangsungnya pernikahan aku bersama Jeon Jungkook. Lelaki kedua yang aku sayangi . Tapi malangnya , aku keliru sama ada aku mencintainya ataupun tidak.

Hati ini telah dicuri oleh Taehyung , tetapi aku juga risau akan Jungkook dan bayangan yang menimpa aku kelmarin. Adakah itu bermaksud aku mencintai dua lelaki dalam satu masa ?

Ah , aku buntu !

" Min dah siap " Soal Eomma seraya berjalan mendekatiku. Aku hanya mampu menayangkan senyuman yang tidak berapa ikhlas kepadanya. Maafkan Min Eomma tapi Min tak mahu perkahwinan ini !

" Eomma tahu , Min terpaksa bernikah dengan Jungkook kan ? " Aku dengan kadar segera memandang Eomma. Tipulah kalau seorang ibu tidak mengetahui isi hati anaknya ketika anaknya sedang sedih. Eomma sudah makan garam lebih banyak berbanding aku.

" Tapi Min , cuba Min fikirkan baik - baik . Berkahwin dengan Taehyung bukan jalan penyelesaiannya Min " Eomma cuba untuk memujuk aku. Tetapi aku hairan , jalan penyelesaian ? Eomma tahukah kisah aku bersama Taehyung ketika kami di London ?

" Jalan penyelesaian ? " Tanya aku , cuba untuk menguji Eomma.

" Eomma tahu tentang semuanya. Siapa Kim Taehyung dan apa hubungan kamu dengan dia sewaktu di London dua tahun lepas. Eomma tahu semuanya " Jelas Eomma dengan riak wajah serius.

" Eomma terkejut , bila dengar kamu nak mengahwininya sedangkan dia tinggalkan kamu dan berkahwin dengan Jeon Yun tanpa pengetahuan kamu Min . Sanggup kamu menerima lelaki itu lagi ? selepas isterinya ditimpa sakit dan meninggal , baru dia cari kamu. Ambil kamu dengan cara yang salah , itu yang kamu mahukan?" Eomma memegang erat tanganku . Aku melihat airmatanya mula bergenang. Salahkah apa yang aku lakukan selama ini ?

" Jungkook tu , bukanlah bagus mana tapi dia tak pernah menipu kamu , tak pernah sakitkan hati kamu sebab itu Eomma percayakan dia. Buka mata kamu luas - luas Min " Sambung Eomma lagi. Tersentap hati aku mendengar segala butir - butir yang dibicarakannya.

" Satu sahaja Eomma nak tanya " Eomma mula memandang aku dengan serius. Aku membalas pandangannya dengan berani.

" Kamu yakin , memilih Taehyung akan membahagiakan kamu ? Dia tu psiko , kalau dia stress dia akan abaikan kamu dan masa itu baru kamu akan nampak " Eomma mengambil nafas sebelum menyambung kata - katanya.

" Berurusan dengan orang psiko dan obses terhadap kamu , akan membahayakan diri kamu sendiri " Aku bagaikan ditimpa batu besar yang berat pabila mendengar kata - kata Eomma. Apa yang Eomma katakan , sungguh membuat aku bertambah bingung.

" Bernikah dahulu dengan Jungkook , selepas hak menjaga kamu jatuh di tangan Jungkook . Barulah kamu pulang kepadanya . Pada masa itu , barulah kamu perlahan - lahan beritahu dia hal yang sebenar . Dia tak akan apa - apakan kamu kerana hak penjagaan kamu dah jatuh ke tangan Jungkook" Terang Eomma panjang lebar , lalu berjalan meninggalkan aku keseorangan di dalam bilik.

Apa yang Eomma katakan , semua benar.

Semuanya benar .

Aku harus meneruskan perkahwinan ini . Perkahwinan ini akan tetap dilangsungkan tak kira apa pun yang terjadi. Demi Eomma dan keluarga aku , aku rela berkorban cinta.

Aku cuma berharap , pilihan aku kali ini tidak akan ada salahnya. Aku cuma takut.

Takut jika Jungkook berpenyakit sama seperti Taehyung.

Obses akan aku , Min Hyemin.

●●●

" Jeon Jungkook " Panggil paderi yang ditugaskan untuk mengahwini Jeon Jungkook dan Min Hyemin.

[2017]ObsessionWhere stories live. Discover now