Terbongkar

2.1K 240 39
                                    

Hening. Itu yang boleh dikatakan kepada dua manusia yang sedang menikmati makan malam mereka. Taehyung masih lagi sama , tidak berminat langsung untuk bercakap dan mengeluarkan kata - kata kepada kekasihnya.

" Tae , sampai bila kita nak begini ? " Hyemin kini berdiri. Dia tidak sanggup dipulaukan oleh lelaki ini. Sudah lah mereka mahu melangsungkan perkahwinan pada lusa hari. Namun Taehyung langsung tidak berminat untuk berkomunikasi dengannya.

Siapa sahaja yang terima kenyataan ini ?

" Taehyung , saya dah letih untuk menghadap orang yang seperti awak . Awak mahukan perkahwinan kita diadakan tapi awak langsung tak tunjukkan minat untuk berkahwin dengan saya. Awak ingat saya mainan ke Tae ? " Tempik Hyemin kepada lelaki itu. Taehyung masih statik tanpa mengeluarkan kata - kata.

" Taehyung , awak tak cintakan saya ke ? Awak hanya anggap saya mainan awak je ke ? " Airmata wanita itu mula berlinangan. Dia terasa seperti dipermainkan oleh dua orang lelaki saat ini.

" Aku , atau Jungkook yang kau pilih ? "

●●●

Jungkook menghayun langkahnya ke dalam pejabat milik Tuan Jeon. Kalau dahulu dia disangkakan sebagai lelaki yang budiman , kini tidak lagi. Jungkook sudah menjadi salah seorang lelaki yang jahanam di atas muka bumi ini.

Setelah Sarah ditinggalkan begitu sahaja , dia kembali kepada dunia asalnya.

Menghalau perempuan itu dari rumahnya adalah salah satu apa yang dilakukan olehnya kelmarin. Dia mengheret Sarah keluar daripada rumahnya setelah mendapat tahu bahawa gadis itu mengandungkan anaknya.

Senyuman diukir apabila terkenangkan peristiwa itu , wajah Tuan Jeon dipandang dengan riak yang sukar ditafsir.

" Jungkook , Appa nak tanya kamu satu soalan dan Appa harap sangat kamu dapat jawab soalan appa dengan baik "

Jungkook menggaru lehernya yang tidak gatal. Jangan dikata bahawa lelaki tua ini sudah mengesyaki dia.

" N-nae , appa ? " Jungkook memandang appanya sambil tersengih.

" Kook , apa ni ? " Tuan Jeon melemparkan beberapa keping gambar intim dia bersama beberapa orang gadis di kelab malam di atas meja. Tidak cukup dengan itu , telefon bersaiz besarnya menayangkan video anaknya sedang berpeluk mesra bersama perempuan lain , selain Hyemin.

" Appa .. " Jungkook tidak tahu apa yang ingin dikatakan lagi setelah melihat foto-foto dan videonya yang terpampang jelas tentang sifatnya yang sebenar.

" Kamu , memang memalukan keluarga kita Jungkook " Tuan Jeon memegang kepalanya , tidak tahu apa yang ingin dikata kepada anaknya ini. Dia fikirkan anak tunggalnya itu berperangai baik rupanya sangkaannya meleset jauh.

" Kamu sedar tak apa yang kamu lakukan Kook ? Kalau Eomma tahu tentang ini , apa yang kamu nak jawab ? " Soal Tuan Jeon bengis. Tiada kata yang ingin diungkapkan kepada anaknya yang berdiri statik di hadapannya.

" Apa yang appa nak buat dengan kamu ni " Tuan Jeon meraup wajahnya. Mengenangkan keluarga Min yang pasti berang jika tahu tentang ini , bertambah pusing kepalanya.

" Mulai hari ini , hentikan semua ni Jungkook "

" Buka topeng kamu Jungkook . Jangan beriak baik di khayalak ramai jika kamu tak mampu nak lakukannya. Di hadapan , kamu dikenali sebagai lelaki yang budiman namun di belakang , kamu lebih jahat daripada seekor iblis "

Jungkook terpaku , kata - kata Tuan Jeon  yang dihambur kepadanya sungguh menusuk ke hatinya.

" Dan satu lagi , Appa minta kamu untuk ceraikan isteri kamu "

[2017]ObsessionWhere stories live. Discover now