" I miss you Taehyung "

1.7K 208 21
                                    


Setahun 7 bulan sudah berlalu , namun aku masih berdiri di sini. Menunggu sesuatu yang tak akan pulang. Berlatarkan permandangan yang indah. Aku melihat burung - burung berkicauan , ada yang sedang terbang , ada juga yang bertenggek di atas pokok.

Inilah rutin harian hidup aku. Semenjak Taehyung meninggalkan aku setahun yang lalu. Banyak perubahan yang berlaku. Paling ketara kepada diri aku sendiri.

Selepas aku menfailkan penceraian aku bersama Jungkook. Apa yang aku fikirkan adalah Taehyung akan kembali. Namun dia langsung tidak menjenguk ataupun melawat rumah ini. Dia sudah bencikan aku. Buktinya ?

Dia bahagia duduk di negara itu. Dia bahagia bersendirian disana. Dia bahagia hidup tanpa aku di sisinya.

Mengapa aku perlu sedih , sedangkan aku yang meminta semua ini terjadi. Aku pernah berkata dengan diri aku sendiri , pemergian Taehyung angkara diri aku sendiri. Aku yang meninggalkannya. Dan sekarang aku tak perlu menyesali atas apa yang aku lakukan.

Dokyeom , dialah sumber semangat aku pada masa sekarang. Dia sering menyuruh aku menjadi kuat dan tabah. Walaupun aku selalu mendiamkan diri , sedikit banyak nasihatnya sampai jua ke hati aku. Dan kini , aku menjadi wanita yang lebih ke arah kemajuan. Aku perlu memajukan diri sendiri. Walaupun tanpa Taehyung.

●●●

" Puan Muda Min , petang ni awak ada mesyuarat dengan Klien dari Malaysia. Awak lupa ? " Soal Dokyeom yang duduk di hadapan pintu kamar Hyemin. Mungkin sejak tadi.

Senyuman diukir untuk lelaki itu. Perlahan Hyemin berjalan mendekatinya.

" Klien dari Malaysia ? petang ni ? Aku tak tahu apa - apa pun " Jawab Hyemin tenang dan sedikit matang.

Ya , kini perempuan itu menjadi perempuan yang lebih matang. Matang dalam menguruskan kehidupannya , matang dalam menyelesaikan masalah di syarikat keluarganya.

Dia telah pun menjadi Naib Pengarah di Minniest Holdings. Walaupun dia sering ditindas oleh beberapa ahli keluarganya. Namun keputusan Tuan Min tetap. Untuk menjadikan anak perempuannya sebagai Pengarah di Minniest Holding satu saat nanti.

" Kalau macamtu aku balik dul-- "

" Kau ni aku gurau sikit pun tak boleh. Ye aku tahu , petang ni ambil aku macam biasa. Aku nak mandi ni " Jelas Hyemin lalu tersenyum sinis. Sengaja dia mengangkat tangannya di hadapan Dokyeom.

" Eee kau ni , makin pengotor aku tengok. Dahlah aku nak makan. Tengok kau macam ni lagi buat aku nak telan kau hidup - hidup " Dan dia berjalan meninggalkan Hyemin yang termangu di situ. Menahan marah dengan kata - kata Dokyeom.

●●●

" Pastikan kau langgar dia. Kalau boleh sampai dia tak dapat berjalan lagi "

" Kalau susah sangat , kau sediakan semuanya. Biar aku yang selesaikannya "

Segera Min Yoongi mematikan panggilan. Dia tersenyum puas saat dia merasa bahawa rancangannya untuk memusnahkan Min Hyemin bakal berjaya nanti.

Dia mahukan jawatan sebagai Naib Pengarah. Itu sahaja tujuannya melakukan semua ini.

" Min , Min , adik yang bodoh "

●●●

" Cepatnya anak kau membesar. Pejam celik pejam celik dah setahun "

Selepas mesyuaratnya tamat petang tadi. Segera Hyemin datang ke Hospital Jejang. Dia ingin menjenguk juga bekas suaminya itu. Walaupun mereka sah bercerai , dia masih perlu tahu tentang perkembangan lelaki itu.

Dan itu langsung tidak menjadi masalah buat Sarah. Dia lagi menggalakkan perempuan itu menjenguk Jungkook. Dalam masa yang sama dia boleh berbual tentang lelaki itu.

" Itulah , saya pun tak sangka dia boleh berjalan dengan cepat "

" Dia kuat , macam mama dia juga " Jelas Hyemin lalu menguntumkan senyuman manisnya buat Sarah dan anaknya yang telah lahir. Kini usia Eunjung telah mencecah setahun. Dan anak gadis itu membesar dengan baik bersama Keluarga Jeon.

" Sarah , cintakan dia dengan ikhlas. Cintakan dia dengan sepenuh jiwa raga awak " Hyemin menepuk bahu wanita itu. Bayi yang didukung olehnya diambil seketika.

" Dulu , saya silap. Saya gunakan dia untuk dapatkan kemewahan. Sampai masa saya betul-betul cintakan dia dan mengandungkan Eunjung. Dia buang saya " Sarah cuba menahan tangisnya. Melihat wajah Eunjung yang amat mirip dengan bapanya. Lagilah airmatanya pecah.

" Itu masa silam dia Sarah. Nanti saya yakin dia bakal sembuh dari penyakit kemurungan tu dan memilih awak sebagai isteri dia " Hyemin berkata sambil bermain - main dengan bayi yang berusia 8 bulan itu. Wajahnya benar - benar sama dengan Jungkook.

" Saya rasa kalau Jungkook lihat wajah Eunjung, mesti dia mahukan anak ini dan ibunya kan Eunjung ? "

●●●

Selepas melawat Jungkook di hospital. Hyemin pulang ke rumah. Dengan badan yang letih dia berjalan menuju ke tempat dia memarkir keretanya. Bahunya yang lenguh diurut - urut perlahan.

Dia membuka beg tangannya , mencari kunci keretanya yang menghilang entah ke mana. Dalam masa yang sama hatinya merasa tak sedap , seperti sesuatu bakal berlaku. Terlalu leka dia mencari sehingga dia tidak perasan keberadaannya di tengah jalan raya.

Mendengar deruan enjin yang menderau ke arahnya. Segera Hyemin menoleh ke tepi. Tergamam dia saat melihat sebuah kereta sedang berkelajuan tinggi semakin menghampirinya.

" Hyemin ! "

Tubuh Hyemin ditolak ke tepi. Dia juga turut melompat bersama Hyemin yang hampir dilanggar tadi. Dia dah mengagak perkara ini bakal berlaku. Kerana dia merasa tak sedap hati saat Hyemin berjalan pulang tadi.

" Hyemin - ah , awak okay ? Jom kita ke klinik. Awak luka ni "

Sarah mengangkat tubuh Hyemin yang terbaring lemah di atas jalan raya itu.

" Hyemin - ah , Hyemin ! "

Bersambung ...

Lepaskan rindu uweh.

[2017]ObsessionWhere stories live. Discover now