True Jeon.

2.3K 248 61
                                    

Wajah Hyemin dibelek - belek oleh lelaki yang bernama Jeon Jungkook . Dia tersenyum manis tatkala melihat tangan gadis itu kemas memeluk badannya . Mereka sedang berbaring dalam satu selimut yang sama tanpa sebarang pakaian.

Memikirkan apa yang berlaku antara dia dan Hyemin semalam. Bertambah manis senyuman yang dikuntum olehnya. Rambut Hyemin menjadi tempat permainannya apabila dia tidak berhenti menyentuh perempuan itu.

" Kenapa awak tak boleh jadi milik saya seorang Min ? " Jungkook berbisik kepada gadis itu. Walaupun dia tahu bahawa gadis itu tidak mendengar apa yang dikatanya kerana sedang nyenyak tidur berbantalkan dadanya.

' atau lebih tepat , mainan kepunyaan aku '

" Saya akan lepaskan awak kepada dia. Tatap wajah dia sepuasnya sebab selepas itu awak tak akan lihat lagi wajah Kim Taehyung melainkan gambarnya yang menghiasi ruang memorial nanti" Sekali lagi Jeon Jungkook berbisik ke telinga kecil Hyemin.

Jeon Jungkook yang penuh dengan misteri. Atau lebih layak digelar Jeon Killer. Dia paling membenci orang yang berani mengambil apa sahaja barang miliknya , terutamanya mainan kesayangannya iaitu Min Hyemin.

Berlatarbelakangkan sebuah keluarga bangsawan yang dihormati di Korea Selatan. Dia dapat menutup segala kesilapannya dengan wang dan semua itu telah diketahui oleh lelaki yang turut mencintai perempuan yang dijadikan mainan milik Jeon Jungkook , Kim Taehyung.

●●●

" Kenapa susah sangat kau untuk terima kenyataan bahawa adik aku dah pulang ke pangkuan keluarga dia dan dah bahagia ? " Yoongi menaikkan nada suaranya. Dia berasa sebal berhadapan dengan lelaki gila yang menginginkan adiknya , Kim Taehyung.

" Aku perlukan dia , sekarang. " Taehyung tidak mahu bercakap banyak. Badannya terlalu lemah untuk dia terus berdiri di hadapan rumah agam milik keluarga jutawan itu.

" Tapi dia tak perlukan kau , dan kau perlu balik " Yoongi menolak tubuh Taehyung hingga lelaki itu jatuh ke lantai lalu berlalu ke dalam rumahnya. Pintu utama ditutup rapat bagi menghalang lelaki itu memecah masuk ke dalam , walaupun sebenarnya keberadaan Hyemin bukan di dalam rumah itu.

" Aku , perlukan kau " Taehyung masih lagi terduduk di hadapan pintu rumah tersebut. Airmatanya perlahan menuruni kelopak matanya. Mukanya pucat dan cengkung manakala tubuh badannya semakin mengurus , dia dengan lemah bangun daripada lantai itu.

' Saya tahu Hyemin , awak tiada di dalam. Saya tahu ke mana awak pergi dan siapa yang menemani awak saat ini. Kalau mungkin bukan kerelaan awak , mungkin terpaksa ? '

Seperti tahu dengan kata hati gadis itu , akhirnya dia berangkat pulang ke rumahnya. Dalam jiwa yang sedih dan perasaan kecewa.

●●●

" Tuan Muda Jeon yang disayangi. Silalah menjamu selera " Hyemin berkata - kata sambil meletakkan hidangan yang dimasak sendiri olehnya ke atas meja. Jungkook yang duduk statik hanya memandang wajah Hyemin yang kelihatan gembira dan ceria pada hari itu.

" Kenapa ceria sangat pagi ni ? Ada apa - apa ke ? " Soal Jungkook ingin tahu. Hidangan yang dimasak oleh Hyemin langsung tidak menarik perhatiannya.

" Salah ke saya nak tunjukkan keceriaan saya untuk awak ? Nanti kalau saya muram je awak ingat saya bermasalah pula . Lagipun saya isteri awak kan ? " Hyemin duduk bersebelahan dengan lelaki bertubuh lampai itu kemudian dia mencium kedua pipi lelaki itu.

" Awak mesti mahukan morning kiss daripada seorang isteri kan ? " Hyemin kemudiannya menyenduk nasi goreng yang menjadi santapan pagi mereka pada hari itu ke dalam mangkuk lalu meletakkannya di hadapan Jungkook terlebih dahulu.

[2017]ObsessionWhere stories live. Discover now