Perang Salib Ketiga

851 33 3
                                    

Sepanjang Perang Salib Ketiga Richard dan Salahuddin tidak pernah bersemuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sepanjang Perang Salib Ketiga Richard dan Salahuddin tidak pernah bersemuka. Walaubagaimanapun, bala tentera kedua-dua seteru ini bertembung dalam pertempuran besar semasa Perang Salib Ketiga sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali.

Dalam pertempuran-pertempuran tersebut, bala tentera Salahuddin tewas dalam kesemua pertemuan. Walaubagaimanapun sebuah peperangan tidak dimenangi dengan hanya pertembungan di medan tempur.

Kali pertama bala tentera Salahuddin bertembung dengan Richard adalah semasa kepungan di Acre. Sebelum ketibaan Richard, bala tentera Salib (yang diketuai Guy de Lusignan, Raja Kerajaan Salib Jerusalem ) telah mengepung kota pelabuhan yang dikuasai orang Islam iaitu Acre. Bala tentera Salib itu pula dikepung oleh bala tentera Islam pimpinan Salahuddin. Kepungan dalam kepungan itu telah telah berlangsung hampir dua tahun sebelum armada dan bala tentera Richard tiba di perairan Acre.

Dengan bantuan bala tentera Richard (dan juga bala tentera Philip II, Raja Perancis), bala tentera Salib akhirnya berjaya memperoleh kemenangan apabila pasukan pertahanan Acre menyerah kalah. Ini adalah kemenangan pertama Richard terhadap Salahuddin.

Kemudian bala tentera Richard meneruskan perjalanan mereka untuk menakhluk Jerusalem dengan bergerak ke arah selatan. Semasa perjalanan inilah, bala tentera Salahuddin melakukan serangan demi serangan terhadap bala tentera Richard. Walaubagaimanapun, serangan-serangan ini mengalahkan semangat Richard dan anak-anak buahnya. Mereka terus bergerak perlahan dan dengan penuh disiplin tanpa memperdulikan serangan musuh.

Arahan Richard sejak mula lagi adalah jelas. Mereka tidak akan menyerang balas serangan bala tentera Salahuddin. Mereka akan bergerak dengan perlahan dan formasi yang rapat bagaikan kura-kura besi menuju ke Jaffa.

Walaubagaimanapun, pertempuran akhirnya berlaku jua. Pasukan berkuda Hospitaller yang tidak tahan dengan serangan pemanah-pemanah Islam akhirnya melakukan rempuhan terhadap bala tentera Ralahuddin. Richard tidak mempunyai banyak pilihan selain mengarahkan anggota-anggota tenteranya yang sebelihnya untuk melakukan serangan..

Kekuatan pertahanan tentera Salib dan keampuhan rempuhan mereka menyebabkan satu lagi kekalahan kepada Salahuddin. Ramai tentera Islam yang terkorban. Hanya tindakan pantas Salahuddin mengumpulkan kembali bala tenteranya sebelum berundur menyelamatkan mereka daripada kekalahan yang amat besar.

Richard dan bala tenteranya tiba di Jaffa dan dalam masa hampir setahun selepas itu melakukan dua cubaan untuk menghampiri Jerusalem. Dua kali Richard cuba mengepung Jerusalem tetapi pada kedua-dua cubaan itu, Richard berasa ragu-ragu dan membatalkan hasrat untuk melakukan kepungan. Bala tentera Salahuddin telah menguasai kawasan-kawasan strategik di kawasan geografi yang besar di sekitar Jerusalem. Amat sukar untuk Richard menguasai Jerusalem tanpa korban nyawa dan masa yang besar.

Kegagalan Richard pada kali kedua untuk melakukan kepungan terhadap Jerusalem memberi keyakinan kepada Salahuddin untuk melakukan satu lagi serangan besar ke atas Richard.

Kali ini serangan ditumpukan kepada kubu Ascalon. Kubu tersebut telah dirobohkan oleh Salahuddin sebelum ini. Walaubagaimapun Richard dan bala tenteranya telah membina dan membaiki kubu itu dan menjadikan kubu itu milik mereka.

Salahuddin mengepung kota tersebut ketika Richard tidak berada di kubu tersebut. Pada ketika itu Richard sedang melakukan serangan di sebelah utara. Dalam masa yang singkat, bala tentera Salahuddin berjaya menguasai kubu tersebut. Walaubagaimanapun, kubu kota (citadel) kubu tersebut masih tidak dapat ditawan. Pasukan pertahanan tentera Salib masih menghuni kubu kota itu.

Pasukan pertahanan kota tersebut hampir menyerah tetapi mereka membatalkan hasrat mereka apabila Richard tiba dengan armadanya di perairan kubu tersebut. Dengan tidak semena-mena, bala tentera Richard berjaya menguasai semula kubu tersebut.

Bala tentera Salahuddin terpaksa keluar dari kubu tersebut dan melakukan satu lagi serangan nekad ke atas bala tentera Richard di luar kubu. Walaubagaimanapun, bala tentera Salahuddin terlalu keletihan dan sekali gagal membawa kemenangan kepada Salahuddin. Richard menang buat kali ketiga.

Namun begitu, kemenangan-kemengangan dalam pertempuran-pertempuran bersejarah ini gagal menganugerahkan Richard matlamat utamanya iaitu Jerusalem. Sultan Salahuddin masih mempunyai kelebihan tempat sendiri dan sumber-sumber ketenteraan yang menyeliputi sekeliling Jerusalem. Jikapun Richard menguasai Jerusalem, Salahuddin masih berada di sekitarnya.

Salahuddin memastikan Richard tahu tentang hakikat ini dalam perutusan-perutusan baginda kepada Richard. Richard akhirnya menerima hakikat bahawa Jerusalem berada di luar gengamannya. Lagipun dia mahu segera kembali ke England.

Setelah hampir tiga tahun menguji kehebahatan masing-masing, Richard dan Salahuddin akhienya menandatangi perjanjian damai Ramlah yang menamatkan Perang Salib Ketiga. Salahuddin mangkat tidak lama selepas itu akibat sakit. Richard pula terkorban akibat dipanah ketika mengepung sebuah kastil di England.

Richard X Salahuddin: Pertembungan Dua Gergasi di Era PeperanganWhere stories live. Discover now