" hai saya Ema, ini adik saya Amy. "
"Eh, mana ade! Akulah kakak. Kau adik! "
"Aku lah! "
"No! Aku kakak! "
Riuh rendah warung kecil Pak Cik Idrus di Kampung Bakul Rotan atau singkatannya, Kabaro.
"Ema, Amy sudah... Penat atok tengok kamu berdua ni. " Haji Aziz menegur cucunya sambil membuat lagak menampar angin.
"Amy ni ha, dia cakap dia kakak pulak! Padahal Ema yg kakak, bukan dia. Huh! " terang Ema dengan muka cemberut.
"Amy, kamu tu adik.. Ini kakak kamu, Ema. Ckp maaf kat kakak ye, sayang. " Haji Aziz berkata lembut sambil memegang bahu kedua2 cucu2nya itu.
"Maaf " Amy berkata sambil hulurkan tangan.
Ema menyambut dan senyum.
"Bagus... Ni la cucu2 atok" Haji Aziz menggosok ubun2 mereka.
Ubun2 yang tidak pernah dicium oleh ibu bapa mereka.
Haji Aziz teringat akan anaknya yang telah dua belas tahun meninggalkan mereka tanpa jejak. Ingatkah lagi anaknya itu dengan ibubapa mereka di kampung?
Skip.
"Nenek! Kitorang dah balik... " Ema dan Amy berlari ke arah pangkin dgn laju. Nk lawan sapa sampai dulu.
Mareah hanya menggelengkan kepalanya.
"Baik2, jatuh karang! " Mareah memberi peringatan sambil menuangkan air kopi ke dalam cawan.
"Nenek tahu tak, tadi kan... Ema dgn Amy gaduh kat warung. Best gila gadoh! " mereka melagakan penumbuk mereka.
"Memang bising la tadi... Penat atok pujuk" Haji Aziz menyampuk.
"Kitorang kasi gegar warung tadi tu! " mereka ketawa sambil makan pisang goreng yang rangup bersama kopi panas. Terliur author...
"Dah2, jangan asyik gelak je. Pergi ambil bakul, tokong kutip baju kat ampaian nun. " Mareah memuncungkan mulutnya ke arah ampaian.
Ema menunjukkan kiraan satu, dua, tiga, lari!!!
"Soorry nenek, ada hal! " mereka laju menghilang.
"Ish budak2 ni la.. Macam2 hal" Mareah memandang suaminya yang tersenyum itu.
"Budak2 ni cerdik orangnya. Tapi, kalau diorang dapat kasih sayang ibu bapa, mesti lagi cerdik. " Haji Aziz teringatkan lagi ibu bapa kepada kanak2 tersebut.
"Anggap lah kita ni mak bapak diorabg, bang haji oi" Mareah menepuk lembut paha Haji Aziz.
Haji Aziz hanya menggeleng.
"Sepatutnya si Za... " tak habis lagi ayat yang dituturi Haji Aziz, ada suara jeritan dari jauh.
"Jit oh Jit. Cucu2 kau terjun bendang! Kau pergi tengok kejap. " Jamil membuat aduan.
"Ya Allah, budak2 oi... Penatlah atok macam ni.. " Haji Aziz mengambil kopiah lalu turun dari pangkin.
"Bendang sapa diorang terjun tu?" soal Haji Aziz.
"Bendang Pian. Orang tua tu memang mengamuk sakan dah" Jit menghidupkan motornya.
"Jom cepat. Nanti lunyai pulak cucu2 aku dengan Pian tu" Haji Aziz pun membonceng motor tersebut.
Di bendang @ sawah.
"Kitorang ambil selipar je lah.." Ema membuat muka panas."Macam mana selipar kau boleh ada dalam bendang? Jatuh dari langit? Hah?! " Pian menyoal kanak2 dua orang di situ. Nasib baik budak, kalau besar memang dah lama mati.
"Kitorang main lambong2 kasut tadi. Tengok2, dua2 masuk bendang. Begitulah alkisah selipar terbang di kala senja" Ema membuat penerangan sambil membuat sastera yang agak menjengkelkan itu.
"Dah2, pi balik sekarang! Tak padan dengan perempuan, buat masalah merata. Kelmarin rumah Daud, hari sebelum tu rumah Jan, harini aku pulak! Dah lah weii.. Insaflah, atok hampa penat dengan hampa. Tak dak kasih sayang mak pak jadi macam ni lah, setiap hari kacau orang! " bebel Pian sambil mengutuk.
"Amboi, melampau!" jerit Haji Aziz dari jauh. Dia risau dengan pernyataan Pian yang akan menyakitkan hati cucu2nya itu.
"Ema, Amy pergi balik! " Haji Aziz sudah bawak aura Abang Long Aziz, gangster Kabaro.
Ema dan Amy bergegas balik ke rumah untuk mandi.
"Kamu semua pergi balik. " orang2 kampung mula bersurai.
"Pian, kenapa kamu malukan cucu2 aku tu depan orang ramai? Benda boleh bincang. Bincanglah elok2.. Lagi satu, kenapa kaitkan pasal mak bapak semua tu? Mereka dah tak dak mak ayah lah... " Haji Aziz mengurut perlahan dadanya.
"Saya geram Pak Jit oi.. Dah banyak kali sangat! " Pian melepaskan rasa tak puas hati.
"Perangai depa memang macam tu. Alah, setakat bendang ja, bukan emas pun. Dahlah, I'm sorry " Pak Jit berundur diri. (Kemain speaking Pak Jit ni...)
Skip.
Ema dan Amy berjalan pulang sambil mengikis lumpur kering di jari mereka.
"Kita tak pernah tanya siapa mak ayah kita kan? " Amy menyoal kakaknya.
"Elleh, sapa cakap tak kenal. Kan mak ayah kita nama Zafwan dan Rosila. Itulah nama mak ayah kita. "
"Itu aku tahulah, masalahnya Pian cakap tadi, kita tak dapat kasih sayang mak ayah langsung. Takkan mak ayah mati lepas kita dilahirkan. Macam pelik je" Amy membuat mulut muncung.
"Tak yah fikirlah. Kan atok cakap diorang dah mati." Ema membuat dono dengan adiknya itu.
"Tapi kan.. "
"No buts! " Ema memintas.
"Jom kita lumba, sapa sampai dulu dia yang menang." Ema menjongketkan keningnya.
"Okay, jom! " Amy senyum sinis.
Satu
Dua
Tiga!!"Eh, kereta siapa tu? " Ema dan Amy brek mengejut.
"Kereta pak cik kut. " Amy membuat spekulasinya sendiri.
"Aku dah lama berkenan dengan kereta BMW yang mewah macam ni." Ema menyentuh permukaan besi berwarna hitam bersinar itu.
"Hoi, jangan peganglah! Kereta tu mahal! Karang tercalar, susah pulak. " seorang lelaki biadab menjerkah mereka.
Kemudian, turun seorang lelaki dan perempuan yang masih muda. Berpakaian memang smart giler ah!
"Raykal Irfan, salam dengan atok dan nenek. " lelaki itu menyuruh anaknya dengan lembut.
Ema dan Amy berkedip melihat budak lelaki itu. Setahu mereka, mereka tak pernah ada sepupu yang berspesis lelaki.
"Jom salam diorang" Amy berbisik.
"Jom. " mereka berdua menapak dan menghulurkan tangan tapi pasangan tersebut tidak mengendahkan mereka dan terus masuk ke dalam kereta.
Mareah menahan air mata yang bergenang di tubir matanya itu.
Terus kereta itu bergerak laju meninggalkan budak2 yang berlumpur kering di baju.
"Kerek gila nak mati! Pergi mampos ah! " Ema geram dengan perlakuan pasangan tersebut.
"Entah, ingat bagus sangat?! " Amy menjulingkan matanya ke atas.
"Dah, jom masuk. " Haji Aziz memanggil cucu2nya itu.
Hai semua.. Author harap korang tak bosan baca cerita author ni.. Author baru je nak berjinak2 dalam dunia penulisan ni.. Hehew
Bye... Jumpa lagi.
Wait!
Vote n comment! 👇👇
YOU ARE READING
Twins Fighter! [C]
Teen FictionEma dan Amy, pasangan keras kepala yang selalu sahaja bergaduh, dan nak tunjuk 'siapa paling kuat'. Sekolah ini dah macam tempat untuk bermaharajalela bagi Ema, Amy, Amani, Ain dan Halal. Setiap kehidupan, tak sempurna kalau tiada dugaan dan ujia...