Tempoh tiga hari sudah berlalu, hari ini mereka perlu menjejakkan kaki ke sekolah kembali setelah bercuti selama tiga hari. Sepanjang tiga hari ini, hanya kebosanan yang mengisi hari mereka. Jadi, petang ini Ema dan Amy akan berangkat ke asrama.
****
Sesampainya di asrama. Ema merebahkan badannya ke atas tilam empuk itu. Di halakan matanya ke arah Amani yang bermuka keruh itu. Dia ni memang tak reti nak senyum dah ke?
"Amani... " lirih suara Ema.
"Haah, pehal? " nada membeku seperti robot kedengaran.
"Aku minta maaf sebab hari tu... " jelas Ema.
Kelibat Amy sudah hilang. Mungkin sedang mandi atau ke mana2.
"Small matter bro, tak de pape lah... Aku faham perasaan kau waktu tu, k? " Amani mula melakar sedikit senyuman, tapi masih tak ikhlas.
"Aku nak tanya sikit boleh? " Ema mula bangkit dari pembaringannya.
"Apa? "
"Macam mana nak ikhlaskan senyuman kau tu macam dulu balik? " soal Ema. Kelihatan muka Amani seperti tersentak.
Kemudian Amani membalas,
"Berubah. Kalau kau berubah, bukan setakat senyuman ikhlas. Pelukan ikhlas pun aku boleh bagi" terus Amani berlalu pergi.Ema merasa seolah-olah jantungnya berhenti. Ok, apa dah jadi sebenarnya ni?
"Tapi.. " ayat Ema terhenti kerana kelibat Amani sudah hilang dari matanya.
Hanya keluhan kasar dilepaskan.
***********
Amy yang sedang mengangkat baldi menoleh ke arah Halal. Dia mula melaungkan nama Halal sekuat yang boleh. Kalau boleh, biar dengar sampai London.
"Takyah jerit2 lah. Suara memang tak reti nak perlahan ke? " teguran sinis diberi oleh Halal. Amy hanya membulatkan matanya, mulutnya macam tak mampu nak buka.
"Why? Terkejut? " soal Halal lagi.
"Aku dah cuba cara lembut, tapi korang berkasar. So, aku terpaksa guna cara kasar supaya korang lembut. K? " Halal terus keluar sambil mengukir senyuman yang dibuat-buat.
*********
"Ema!!! " terus Amy menepuk bahu kakaknya. Ema hampir terjatuh namun berjaya disambut oleh Amy.
"Eish.. Geli lah! " terus Amy ditolak oleh Ema.
"Tadi kan... " terus Amy bercerita satu per satu kejadian yang menimpa dirinya.
"Elleh, aku pun ada k. Macam ni.... " giliran Ema pula bercerita.
"Kau jangan risaulah. Kita tengok lama mana diorang mampu bertahan" sinis sahaja nada Ema.
Amy hanya mengangguk tanda mengiyakan kata2 kakaknya.
"We will see" kata seseorang yang mencuri dengar perbualan mereka itu. Namun, suara dan kehadirannya tidak disedari oleh Ema dan Amy.
***********
Jam menjangkau pukul 11 malam. Amani, Halal dan Ain telah selamat ke alam mimpi. Tapi bukan bagi Ema dan Amy. Mereka sedang menyiapkan dua buah karangan yang diberi oleh cikgu minggu lepas. Terlupa agaknya.
"Kita kena cepat weyh! " ujar Amy.
"Mestilah, kau ada nampak aku lambat ke sekarang? " soal Ema.
"Ok lah... " Amy hanya mengeluh. Orang nak bagi semangat pun tak boleh. Huh, nyampah!
*********
Halal bangun lalu mengejutkan Amani dan Ain. Tujuan mereka adalah untuk berqiyamullail.
Amani yang terpisat2 bangun meregangkan badannya. Ain pula menggosok2 matanya seperti bayi saja lagaknya. Tolonglah, geli tekak dengar
Kemudian, mereka bertiga menyucikan diri seperti menggosok gigi dan berwuduk.
Tikar sejadah dibentang mengikut arah kiblat. Takbiratul ihram dilaungkan Ain selaku imam tahajjud.
Ema terdengar sedikit suara yang mengganggu tidurnya. Matanya dicelik sedikit. Laungan takbiratul intiqalat hasil suara Ain agak kuat itu membuatkan Ema terjaga.
Hatinya dipagut rasa bersalah. Tapi, dia tetap memejamkan kembali matanya.
Salam diberi, solat tahajjud, taubat hajat dan witir telah berjaya dilaksanakan. Doa dipanjatkan dengan penuh khusyu', keampunan diselangi tangisan dan zikir dialunkan. Terasa sayu dan kecil diri ini kepada Allah apabila berjaga malam seperti ini.
Benarlah, hamba yang bangun solat malam adalah hamba yang terpilih. Mereka kemudian mengaminkan doa lalu mereka bangun, mengemaskan kembali telekung dan sejadah. Mereka bersalaman dan bercakap2 perlahan.
Mereka kemudian memakai tudung dan membuka naskah al-Quran. Amani di sini, Halal di sana dan Ain pula di situ. Di tempat yang berlainan.
Masing2 mula mambaca dan menghayati ayat2 Allah dan mukjizat rasulullah, Muhammad SAW.
Setelah jam menjangkau 3.45 pagi. Mereka menyambung tidur mereka. Perlahan2 Ema membuka matanya sedikit.
Ternyata, kata2 yang dituturkan oleh dirinya pada petang tadi memakan diri sendiri. Air matanya perlahan2 turun dari longkang matanya itu.
Dia mengambil selimut dan menekup mulutnya. Takut jika suaranya terkeluar sehingga menyedarkan kawan2nya itu.
'Ya, aku kalah. Aku kalah. Aku kalah. Aku berdosa. Ya Allah, aku berdosa ' perlahan2 lagi air matanya menitis. Dia memejamkan mata untuk menghayati keinsafannya malam ini. Namun, bila Ema membuka matanya, dia terkejut. Amani berlutut di hadapannya dan mengesat air mata milik Ema.
Dia tersenyum ikhlas sambil menahan titisan mutiara keikhlasan yang terlahir daripada hati. Dia kemudian memeluk Ema sekuat hati.
Ema lantas mengetatkan pelukannya dan menangis di bahu Amani. Sungguh, hatinya terlalu lembut meskipun sikapnya kasar.Ema kemudian meluahkan isi hatinya sambil mengelap air mata keinsafannya.
"Bukan setakat senyuman ikhlas, pelukan ikhlas pun aku mampu bagi, Ema" kata Amani.
"Kau jahat" kata Ema kepada Amani. Lalu dia ketawa sendiri.
"Kau jahat sebab tak ajak aku bertaubat awal2" lalu dia menekup mukanya ke bantal. Mungkin dia ingin meraung di dalam bantal itu.
Amani hanya tersengih.
"MIJ yang jahat. Diorang tak suruh aku awal2" balas Amani.
"Ha? MIJ? " Ema mula melayarkan muka tak fahamnya.
"Dahlah... Aku nak kau pergi ambil wuduk dan solat at least dua rakaat, boleh? " pinta Amani. Ema hanya mengangguk lemah.
"Tapi aku nak niat solat apa? " soal Ema.
"Kau nak solat berapa rakaat? " soalan dibalas soalan.
"Kau nak minta aku solat berapa? " soal Ema lagi.
"Lima boleh? Tahajjud dua, taubat dua, witir satu" kemudian Amani mengajarkan sedikit ilmu kepada Ema. Ema hanya mengangguk faham.
Kemudian bermulalah fasa baru bagi Ema kerana malam itu. Mungkin Allah telah membuka hati Ema pada malam ini, tapi bagaimana dengan Amy? Moga ada cahaya untuknya.
Vote and comment.
YOU ARE READING
Twins Fighter! [C]
Teen FictionEma dan Amy, pasangan keras kepala yang selalu sahaja bergaduh, dan nak tunjuk 'siapa paling kuat'. Sekolah ini dah macam tempat untuk bermaharajalela bagi Ema, Amy, Amani, Ain dan Halal. Setiap kehidupan, tak sempurna kalau tiada dugaan dan ujia...