Amy mendepakan tangannya sebelum rebah di atas tilam empuk. Tudungnya ditarik kasar dan terus dilemparkan ke tepi. Haa.. Leganya!
Telefonnya diambil, dia memasang muzik di telefonnya untuk menenangkan kepalanya. Terlayar kembali bagaimana dia mendapatkan telefonnya kembali.
"Akhyar Amirah dan Akhyar Fatimah, guru disiplin panggil, pergi bilik dia" laung Rina, dia kemudian mengambil kehadiran pelajar di dalam kelas. Kelihatan macam sibuk sekali.
Amy dan Ema sempat berlari-lari di koridor. Main tarik-tarik, gelak-gelak, sekali tengok macam terencat akal.
"Ini telefon siapa? " soal guru tersebut.
"Saya" jawab Amy, tunduk menekur lantai."Kenapa telefon awak dijumpai di sekolah? " soalnya lagi.
Amy menelan air liurnya, kemudian dia tersedak dan terbatuk-batuk kecil.
"Kenapa ni? "Soal Ema, risau melihat mata adiknya berair.
"Tercekik air liur" sengih Amy. Kemudian dia kembali serius. Air liurnya ditelan lagi. Idea, idea, idea... Cepat datang.. Apa yang aku nak kelentong ye? Ha!!.
"Telefon saya hilang waktu hari balik kampung, saya ambil barang kat sekolah sebab itulah telefon saya dijumpai di sekolah. Takkan saya nak bawa telefon datang asrama dan sekolah, kan? " tipu Amy, ini sahaja cara untuk dapatkan kembali telefon pemberian atok.
"Baik, saya percayakan awak. Now you can get out" arah guru disiplin tersebut. Ema dan Amy mengeluh kasar.
"Cuai lagi, kan orang dah jumpa. Pastu sibuk cakap telefon hilang" bebel Ema kepada adiknya. Bahu adiknya ditumbuk perlahan.
"Lain kali, tak payah bawak datang sekolah dah, bahaya" putus Ema, kalau kantoi lagi sekali, berenang dalam air lah iPhone 7 plus itu.
Tiba-tiba bunyi noti wassap masuk, lekas-lekas Amy membukanya. Rina telah menghantar jadual peperiksaan akhir tahun untuk tingkatan empat pada minggu hadapan.
Amy mengeluh lagi, malasnya nak study!!!
Balik kampung hari ini adalah minggu yang paling tak best dalam dunia, best apanya kalau asyik kena paksa study saja. Bosan macam ni.
Tiga hari memang tidak cukup untuk menghabiskan masa untuk keluarga + study + mandi + bersembang, kalau author list, satu chap pun tak cukup."Amy, berapa subjek lagi yang belum study? " soal Haji Aziz sambil memasang butang baju. Mereka bersiap-siap untuk menghantar kembar itu kembali ke sekolah.
"Hmm.. Entah, tak kiralah pula" balas Amy. Ema pula hanya senyum penuh makna kepada Amy, study pun cikeed macam kuman, acah study macam banyak.
************
Ain mengajak mereka sebilik untuk menunaikan solat hajat dua rakaat sebelum memulakan study. Amani selaku orang yang paling lewat ambil wudhuk dikenakan denda sebagai imam. Tak achi betul...
Selepas solat hajat, mereka mengalunkan bacaan surah yaasin dan memohon dipermudahkan urusan pada hari esok dan seterusnya. Tiada lagi gelak ketawa, tumbuk menumbuk, gurau-senda apa semua, kini masing-masing fokus untuk menelaah buku-buku pelajaran.
**************
Akhirnya, setelah empat hari tidak makan, minum, tidur, mandi.
Ok, menipu jerr.. Tidur tu paling banyak daripada study sebenarnya.
Ok, sambung balik.Setelah empat hari bertungkus-lumus, memerah keringat, ok, menipu lagi. Dalam dewan ada pendingin hawa sebenarnya.
Senang cerita, setelah empat hari menghadapi peperiksaan, akhirnya peperiksaan telah tamat. Tamat dengan penuh tragis. Soalan sains tadi memang payah macam nak bersalin saja gayanya.
Alhamdulillah,semakin hari, Ema dan Amy semakin menampakkan perubahan dari segi akhlak, sahsiah, ah..sama je la kan? Senang cerita, nampak semakin baik dan sopan.
Sekali pandang,memang terus jatuh cinta dengan lima ketul itu. Mana pergi mereka yang dulu? Hmm... Entahlah. Tapi asalkan, diorang semakin membaik.
"Assalamualaikum, weyh korang! Sini kejap" panggil Ema kepada Fayyadh. Lambat-lambat mereka datang.
"Kenapa? " soal Hadi. Kepala yang gatal digaru kasar.
"We all nak minta maaf sangat-sangat atas kesalahan yang telah kami buat. Korang memang tabah dan bersabar. Tahun depan, kami janji, kami tolong BTD untuk memperkasakan akhlak islamiah dalam biah sekolah ini" tutur Ema, tidak sangka dia boleh berucap sebegini rupa.
"Inn shaa Allah... Hmm.. Kita doakan agar dipeemudahkan urusan, ye" sampuk Faizi. Dia tersenyum ikhlas.
"Kami balik dulu ye.. Assalamualaikum " Ema, Amy, Halal, Ain dan Amani berlalu seusai memberi salam.
Hubungan mereka dengan MIJ semakin membaik. Tapi tak adalah 'baik' sangat. Biasa-biasa saja.
Lima ketul itu diambil menjadi ahli BTD setelah mereka yang mempelawa diri untuk menyertai badan ini. Perubahan mereka menyebabkan cikgu-cikgu berasa senang dan gembira.
Tanpa mereka sedari, pelakuan mereka itu adalah satu dakwah kepada rakan-rakan nakal mereka yang lain. Tak lupa juga, Rokiah. Dia turut ingin berubah setelah kematian neneknya. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk mereka dan kita semua, wahai warga wattpad sekalian.
Mereka saling berpelukan dan mengucap kata sayang kepada kawan masing-masing. Pada hari akhir persekolahan, mestilah sedih dan sayu.
Akhirnya, kereta Vellfire telah selamat berlabuh di depan pagar asrama Ema dan Amy. Mereka menghela nafas sebelum menaiki kereta ini. Kenangan yang menyimpan selama satu tahun ini terlalu bermakna dilubuk hati mereka. Adakah ini dinamakan ukhwah?
Kereta ini mula bergerak menuju ke tempat asalnya. Mereka berpaling ke belakang dan melambai ke arah sekolah dan asrama mereka.
Bye... Kami akan merindui segala kenangan untuk tahun ini.
YOU ARE READING
Twins Fighter! [C]
Teen FictionEma dan Amy, pasangan keras kepala yang selalu sahaja bergaduh, dan nak tunjuk 'siapa paling kuat'. Sekolah ini dah macam tempat untuk bermaharajalela bagi Ema, Amy, Amani, Ain dan Halal. Setiap kehidupan, tak sempurna kalau tiada dugaan dan ujia...